Semalam kawan office k.fiezz bagi cup cake coklat ni. Kawan k.fiezz ni memang rajin masak-masak & dia selalu bagi pada k.fiezz atau bawa ke pejabat. Kalau dengan k.fiezz bukan setakat dapat makanan, buah atau tanaman yang dia tanam kat kawasan rumah pun rajin dia bagi. Selalu lah k.fiezz dapat daun kunyit, bunga kantan, pisang, daun kesom. Bunga Telang pun dia ada bagi. Seronok betul orang yang tinggal di kawasan rumah ada tanah ni. Boleh menanam macam-macam. Kalau kawan k.fiezz bagi bunga kantan, memang me 'laksa je lah kerja k.fiezz. hehe. Sebab tak tahu nak masak menu apa yang ada guna bunga kantan. 

Berbalik pada cerita kisah cup cake coklat ni pula. Semalam lepas kawan k.fiezz bagi cup cake coklat ni, dia cakap ada kisah. Mula-mula kawan k.fiezz nak tulis di facebook tapi dia cakap dia tak tag k.fiezz. Dia suruh k.fiezz baca bila dia update nanti.  Musykil juga di situ, eh..Ada kena mengena dengan k.fiezz ke kisah cup cake coklat ni. Kebetulan semalam kawan k.fiezz ni bekerja dari rumah tapi dia masuk pejabat sekejap nak setelkan kerja. So lepas dia siapkan kerja & sebelum dia balik,  k.fiezz jenis tak menyabor suruh dia cerita terus.  Kawan k.fiezz pun cerita lah di sebalik kisah cup cake coklat ni. Baru lah  tahu kisahnya. Sweet & touching dengar lepas kawan k.fiezz cerita.

Petang semalam nampak kawan k.fiezz ni up status kat facebook dia kisah cup cake ni. Nak tau apa story dia. Jom baca.  K.fiezz screenshot dari status dia. Malas nak taip semula. hehe..

cup cake coklat


Alaaaa..touching bila k.fiezz baca. thank you mami, abg Saeef & adik Umar. Aunty aamin kan sekali doa mami, Saeef & Umar ni yea. Berkat hari Jumaat, mana tahu Allah angkat doa anak-anak comel ni. So sweet both of you. thank you. 

Kawan k.fiezz ni pun masa anak-anak dia tanya soalan ni, dia pun touching. Sebab kawan k.fiezz ni pun pernah menunggu lama untuk dapat 2 orang putera dia ni. Dia kahwin setahun lepas k.fiezz dan dia dapat anak lepas 7-8 tahun kahwin. So masa anak-anak dia tanya soalan ni, dia pun sebak sebab dia tahu perasaan orang menunggu zuriat lama ni macamana.. K.fiezz pun sebak masa kawan k.fiezz cerita. Tapi ku tahan dari jatuh air mata ni. haha..I try to act like cool. Tapi apapun k.fiezz Aamiin dalam hati. Moga doa anak-anak ni Allah dengar & makbulkan. Aamiin

Okey tu lah kisah di sebalik cup cake coklat ni. 

Dah makan cup cake coklat kawan k.fiezz bagi ni. Sedap. Tak manis. K.fiezz suka brownies atau apa-apa kuih yang dia buat. Dia selalu kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. hehe. Kawan k.fiezz ni ada juga ambil order brownies tapi dia buat suka-suka saja bukan secara serius. 

"Thank you u for da cup cake coklat & doa u dengan anak-anak untuk i & husband. Moga Allah limpahkan rezeki berlipat ganda pada u sekeluarga". Aamiin. 

6 Comments

  1. amin ya rab..

    semoga ada berita gembira tahun 2021 ni inshaaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. i am praying for u too k.fiez.. insyaAllah ..... rezeki ada :)
    i pun hari hari doa for myself utk ketemu jodoh hahahahaha tapi 7 years tak nampak rupa.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Aamiin semoga kak dpt cahaya mata yg ramai dan anak yg soleh solehah aamiin . makbulkan doakan ku ya allah .

    Nampak sedap cupcake kwn kak fieza buat tu .

    ReplyDelete
  4. kak fiez suka makan brownies teringat pula aiskrim brownies mcd tu haaa..
    Kak Fiez moga apa yg dihajati termakbul oleh Allah swt Amin :)

    ReplyDelete
  5. Moga dikurniakan anak yang soleh dan solehah kak...Amin Ya Rab :)

    ReplyDelete
  6. amiin.. Tak sabar nak tunggu junior akak... yang ada pon sorang je tak meriah bila berkumpul.. hihi..

    ReplyDelete