Masa tengok packaging set pinky Cosmoderm Perfect Balanced yang terbaru dari rangkaian produk Cosmoderm ni memang dah tertarik sangat. Sebab warna pink. Maklum lah pink  & perempuan kan sangat bff (best friend foreva) gitu. Walaupun k.fiezz bukan lah penggemar warna pink sangat. Tapi sebab warna packaging dia pink, jadi tertarik weii. Eh ada yang tak kenal ke jenama Cosmoderm ni?Ish korang ni, takkan tak kenal.

Produk Cosmoderm ni diiktiraf halal oleh JAKIM. Nak cari produk cosmoderm ni pun tak lah susah sebab banyak di jual terutama di farmasi. Kalau masuk farmasi atau mana-mana mall mesti nampak rangkaian produk Cosmoderm ni berderet di rak jualan. Ramai yang suka dengan produk Cosmoderm sebab kebanyakan bahan yang digunakan dari bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E, Minyak Pokok Teh, Co-Enzyme Q-10 dan juga herba tradisional seperti manjakani. Produk Cosmoderm ni juga jadi pilihan rakyat Malaysia sebab bebas Paraben & Sulfat. Sesuai dengan moto Cosmoderm untuk menghasilkan produk yang halal, selamat, suci & berkesan. Rangkaian Produk Cosmoderm ni terdiri dari produk penjagaan diri & penjagaan kulit. 1 badan lah senang cerita. 

Kalau baca testimoni dari orang yang menggunakan produk Cosmoderm ni, ramai berpuas hati dengan hasil dia yang memuaskan hati. Hasilnya pun superbb. Harga produk Cosmoderm ni pun berbaloi & berpatutan. Mampu milik untuk dibeli semua orang. 

SET PINKY Cosmoderm Perfect Balanced

Terbaru dari Cosmoderm, set pinky Cosmoderm Perfect Balanced yang dihasilkan untuk mereka yang ada masalah kulit eczema, kegatalan kulit, sunburn. Jangan risau, semua jenis kulit boleh guna termasuk lah kulit sensitif. Menggunakan dua formula utama dalam set pinky Cosmoderm Perfect Balanced ni adalah Prebiotik & Calamine. Apa pula ni?tak faham. Jom kita baca lebih lanjut apa fungsi dua bahan utama dalam set pinky Cosmoderm Perfect Balanced ni.

APA TU PREBIOTIK & CALAMINE dalam Set Pinky Cosmoderm Perfect Balanced ni?

Prebiotik - makanan untuk bakteria yang baik bagi bantu ekosistem kulit kita. Ia merangsang pertahanan / pertumbuhan kulit secara semulajadi di samping boleh mencerahkan kulit serta memastikan kulit kita seimbang.

Calamine  - Memberi manfaat pada kulit untuk menenangkan seperti meredakan kegatalan atau kemerahan pada kulit muka, kurangkan kegatalan & membantu kurangkan masalah kulit berminyak. Serta boleh juga membantu yang ada masalah ekzema. Sesuai semua jenis kulit (normal, sensitif, berminyak atau berjerawat.

Dah tengok bahan utama yang ada dalam set pinky Cosmoderm Perfect Balanced ni, jom kita tengok apa ada dalam set ni pula. 

Set Pinky Cosmoderm Perfect Balanced

cosmoderm perfect balanced,produk cosmoderm,

Ada 4 produk dalam set pinky Cosmoderm Perfect Balanced ni iaitu -

1 - Foaming Cleanser
2- Toning Lotion
3. - Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA++

Untuk guna set pinky cosmoderm perfect balanced ni, korang tak payah risau sebab dah siap nombor pada setiap produk. Korang ikut saja langkah penggunaan mengikut nombor pada produk. 

cosmoderm perfect balanced,produk cosmoderm,

Foaming Cleanser 

Bebas paraben, fragrance, SLS/SLES & pewarna tiruan. Membersihkan wajah dengan lebih mendalam sekaligus mengeluarkan segala kotoran & celaan pada wajah kita. Selain ia juga boleh kurangkan masalah minyak berlebihan di muka. 


cosmoderm perfect balanced,produk cosmoderm,

Toning Lotion

Bebas paraben, pewarna & pewangi tiruan. Dalam bentuk cecair bewarna merah jambu. Menggunakan bahan calamine & prebiotik yang boleh melegakan masalah kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan memberi lembapan. Ia juga boleh meningkatkan pertahanan semulajadi dengan kekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. 


cosmoderm perfect balanced,produk cosmoderm,

Smoothing Wow Cream

Memberi lembapan pada wajah kerana kandungannya yang membantu 3x peningkatan kelembapan kulit, Mengembalikan lembapan kulit yang hilang serta dapat kurangkan cela pada permukaan kulit. Diformulasikan dengan calamine yang pekat untuk bagi kelegaan pada kulit & membaiki daya tahan kulit. 

cosmoderm perfect balanced,produk cosmoderm,

SunMilk SPF 25PA++

Kalau tengok nama dah tahu apa fungsi sunmilk SPF ni.. Untuk melindungi kulit dari kesan sinar UVA & UVB. SunMilk SPF ni boleh meningkatkan perlindungan pada kulit kita terutama di negara kita yang cuaca panas. Selain ia boleh kekalkan kecerahan kulit. Ia juga boleh bantu masalah kerengsaan kulit, sunburn & lain-lain yang berkaitan.

Cara Guna Set Pinky Cosmoderm ni?

Macam yang k.fiezz beritahu di atas ni, setiap produk ada label nombor. Jadi ikut je langkah mengikut nombor yang tertera pada setiap produk. 

1 - Cuci muka dulu dengan facial cleansing. Picit sikit je atas tapak tangan kemudian sapukan secara keseluruhan pada kawasan muka kita. Bilas dengan air.

2 - Selepas sesi mencuci, lap muka dahulu hingga kering. Kemudian letak sikit toning lotion atas tapak tangan dan dap dap secara keseluruhan pada muka.

3 - Calit Soothing Wow Cream pada muka & ratakan. Guna pada waktu siang & malam.

4 - Picit sikit SunMilk SPF 25PA++ ni pada jari. Kemudian calitkan sikit pada kawasan muka & ratakan. Yang ni guna di waktu siang. 

Kat mana nak dapat Set Pinky Cosmoderm Perfect Balanced ni korang boleh cari di mana-mana farmasi berdekatan seperti Watson, Guardian, Aeon Wellness atau boleh juga beli secara atas talian di  www.cosmoderm.com.my/ atau shopee .

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk cosmoderm, korang boleh rujuk di -

6 Comments

  1. packaging dia cantik kan.. pinky giltu

    ReplyDelete
  2. hai k.fiezz.. saya ni peminat color pink.tengok set cosmoderm color pink ni waduhhhhhh tergoda betul hehehe

    ReplyDelete
  3. SA dah pakai seminggu, memang best..harap2 masalah kulit muka SA selesai dengan adanya product ni...

    ReplyDelete
  4. hye fiezasani.. wah.. mcm best je.. lepas PKP ni makin cantik glowing pinkish pinkish laa ye... bestnye!

    ReplyDelete
  5. cantik la packaging dia.. international sangat :)

    ReplyDelete
  6. sweetnya color cosmoderm baru. bagus utk kulit sensitif ni ada calamine dgn probiotik

    ReplyDelete