Semalam k.fiezz & mr hubby ke Semenyih kejap. Ada temujanji dengan penyewa & agen rumah. Dengan penyewa sebab dia nak pulangkan balik kunci rumah. Dia dah tak menyewa kat rumah kitaorang. Dengan agen tu pula, k.fiezz & mr hubby plan nak jual rumah kitaorang di Semenyih tu. Jadi panggil agen untuk uruskan semua. Hope ada lah pembeli yang berminat dengan rumah kitaorang di Semenyih ni. Aamiin.

So lepas setel urusan, terus gerak balik rumah. Tapi sebelum tu plan nak ke kedai emas. eh. kenapakah?haha. Ada lah. Ada orang nak belanja hadiah birthday. Kecil tapak tangan nyiru sis tadahkan. haha. Mr hubby suruh cari kedai emas yang tak perlu masuk dalam mall sebab tengah musim COVID ni, risau nak masuk ke mall. 

Cari punya cari dalam Mr Google, jumpa 1 kedai emas kat area Puncak Jalil. Kira satu jalan lah nak balik rumah kitaorang. So okey lah. Proceed. Tapi tak jadi beli kat kedai tu sebab diaorang tak terima kad. Tunai sahaja. Mr hubby nak bayar guna kredit kad. Halahhhh. Dah berkenan gelang pandora. Siap pilih charm dia. Eh!!haha..

Tak pe lah cari kat kedai lain nanti. So lepas tu kitaorang cari kedai makan sebab dari pagi weiii tak makan benornya. Kebetulan kat area kedai emas yang kitaorang pi tu, meriah kedai makan, gerai-gerai tepi jalan yang jual macam-macam makanan. Eh..Suka pula kat sini sebab macam-macam ada. Area umah kitaorang, memang tak ada lah ceritanya. Sendu.. Ada pun food court je. 

Masa lalu kat jalan situ, nampak gerai yang jual Keria Gula Melaka ni. Harus berhenti nak beli. Favourite weiii.. K.fiezz beli 1 kotak (16 keping keria) RM10.00. Lepas beli keria gula melaka, kat seberang jalan ada satu kedai makan melayu. Brunch kat situ lah. Senang. Dah lapor benorr weiii..Dah tua-tua ni tak tahan lapar. haha. 


Keria Gula Melaka, Nasi Ayam

Keria Gula Melaka.. Dap dap..Tak tau lah sebab lapar ke atau memang sedap. Tapi ikut deria rasa k.fiezz semalam, sedap..haha..


Keria Gula Melaka, Nasi Ayam

Nasi Ayam.. Rasa dia boleh lah. K.fiezz tak minat sangat nasi ayam tapi sebab yang ni je tak perlu tunggu lama, k.fiezz pilih je lah ni...

So lepas makan ni, terus gerak balik rumah. Plan nak beli emas tu, sambung cari kat kedai emas yang lain nanti. Lagipun kat kedai yang kitaorang tengok di Puncak Jalil ni, agak mahal upah diaorang. Nanti sambung cari lagi. Tak lupa, hokay. haha. Dasar mata emas. haha.  

5 Comments

  1. Nampak sedap la....keria tu....nasib SA x leh makan...

    ReplyDelete
  2. cucur keria, aduh lama tak makan ni

    ReplyDelete
  3. eiii lamanya tak makan keria, tapi letak tepi lah dulu, now tengah dlm proses nak buang lemak tepu akibat PKP 1.0 :))

    ReplyDelete
  4. Nasi ayam is my favorite food. Keria tu lama dah tak makan. Last makan masa beli di bazar ramadhan

    ReplyDelete