Siapa nak belajar cara mekap simple. Ewah macam pandai je k.fiezz ni, kan. Haha. Idak lah pandai benor pun. Sikit-sikit tu boleh lah.  Ni cara mekap yang k.fiezz biasa buat terutama di hari bekerja. Untuk k.fiezz, mekap ni ada 2 jenis. Pertama - Mekap Simple & Kedua - Mekap Yang Heavy. Heavy ni maksudnya mekap lebih tebal dengan pakai eyeshadow, mascara dan seangkatan dengannya. Tapi majoriti kita, wanita di Malaysia ni suka makeup  simple je. Sebab tak banyak benda nak kena tepek kat muka. K.fiezz sendiri antara yang suka makeup simple ni. 

CARA MEKAP YANG SIMPLE

Jom tengok cara mekap yang simple k.fiezz selalu praktikkan. Ni memang paling basic lah. Dulu sebelum k.fiezz suka main warna-warna di mata, pakai mascara, eyeliner dan seangkatan k.fiezz pun dalam kategori yang suka makeup simple ni. So ni cara mekap simple k.fiezz. 

Sebelum mekap jangan lupa buat rutin penjagaan muka dulu sebelum proses mekap. Rutin penjagaan ni korang pakai dulu di  muka >> Cleansing, Toning, Serum, EyeCream & Sunscreen. Langkah berikutnya baru mekap seperti dibawah. 

  • Guna foundation
  • Lepas tu dap dap dengan loose powder
  • Calit lipstik/lipmatte
  • SIAP
Simple kan. Dulu k.fiezz makeup simple macam ni je. Lepas tu baru k.fiezz berjinak-jinak ke langkah berikutnya pakai eyeshadow, eyeliner, blusher.  Macam mascara, kadang-kadang je k.fiezz guna. Bila hari bekerja, k.fiezz mekap simple je macam di bawah ni.  

cara mekap simple,cara mekap yang simple, makeup simple, best foundation untuk kulit berminyak, best foundation untuk kulit kering, obsess foundation

Nak selit juga transformasi sis bersama Obsess. Ewah. hehe. Yang ni mekap hari bekerja.
K.fiezz cuma guna Obsess Foundation, Loose Powder, Cream Blusher & Lipmatte. Tu saja. 
Cream Blusher tu boleh cover sekali untuk jadikan eyeshadow & lipmatte. Kalau nak bawa travel atau ulang alik ke pejabat, bawa 4 barang ni pun dah cukup. 

BEST FOUNDATION UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Dalam cara mekap simple k.fiezz di atas ni, no. 1 yang k.fiezz guna adalah foundation. Yea. foundation paling penting dalam proses mekap sebab foundation boleh tutup segala parut jerawat, jerawat, jeragat atau apa-apa parut di muka yang kita tak nak orang nampak. Lepas dah pakai foundation , dap dap kan loose powder untuk bagi mekap tak berminyak dan tahan hingga ke petang. Fungsi loose powder ni untuk serap lebihan minyak pada kulit jadi hasil mekap kita nampak matte. Kalau guna foundation sahaja, efek dia glowing. 

Bercakap pasal foundation, meh nak selit sikit best foundation untuk kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi. Senang cerita best foundation yang sesuai untuk semua jenis kulit.  Kalau tanya k.fiezz, memang pilihan k.fiezz obsess foundation. Sejak dah guna Obsess Foundation, memang tak tukar yang lain. Memang sentiasa dengan Obsess Foundation. Hasilnya puas hati & serasi dengan k.fiezz buat apa nak tukar yea tak..Kita setia pada yang satu. Cewah. 

cara mekap simple,cara mekap yang simple, makeup simple, best foundation untuk kulit berminyak, best foundation untuk kulit kering, obsess foundation

Kombinasi yang terbaik untuk makeup simple

Sebab Kenapa K.fiezz Suka Obsess Foundation - 
  • Ada SPF 50 (tak yah pakai sunscreen asing) sebab dah siap pakej dalam foundation. Untuk info kita kena pakai sunscreen yea utk elakkan kulit jadi cepat kusam dan pembentukan jeragat. 
  • Full Coverage (semua kawasan di muka, dia akan tutup dari sebarang parut, jerawat dan seangkatan dengan tu) jadi hasilnya nampak kulit kita smooth je. 
  • Travel friendly (senang bawa sana sini. saiz dia kecil je). Dengan k.fiezz sekarang ada 2 saiz (Normal & Baby). Kalau yang baru nak cuba-cuba, boleh amik saiz baby dulu.
  • Vanilla scented
  • Semi-matte
  • Glowing effect
  • Tahan lama (bergantung pada kekerapan penggunaan). Macam k.fiezz yang memang pakai hari-hari ni, saiz normal boleh bertahan 2-3 bulan. Jimat sangat!!

Note - terbaru untuk tahun 2021 ni, dah ada tambahan 2 shades baru. Jadi total 5 shades yang ada sekarang. 2 kod baru tu - Ivory & Beige. Ivory untuk yang kulit putih melepak. Beige - untuk kulit cerah boleh, kulit warna cekelat2 macam k.fiezz pun boleh sebab hasilnya dia akan nampak neutral. Tazabarr plak nak try yang Beige tu. Tapi kena habiskan dulu yang k.fiezz pakai sekarang ni kod - Ginger. Jangan membazir..Nanti k.fiezz share na kat sini macamana hasil pakai kod Beige tu. 

cara mekap simple,cara mekap yang simple, makeup simple, best foundation untuk kulit berminyak, best foundation untuk kulit kering, obsess foundation

5 shades obsess foundation..

Jadi kalau korang yang suka mekap simple terutama hari bekerja sebab kita rushing nak bekejar ke pejabat, korang guna Obsess Foundation & Loose Powder ni pun dah lengkap. K.fiezz pun kadang kalau lambat, pakai ni je dulu dari rumah. Dah sampai pejabat, baru kaler-kaler mata sikit, pipi sikit & penutup baru calit lipmatte

Kadang tak perlu mekap beria nak nampak cantik. Makeup simple pun dah cukup cantik macam k.fiezz ni. Eh. perahsan . hehe

Nak order barang Obsess, boleh roger k.fiezz >> 0163333046

4 Comments

  1. Sisiyat pun pakai obses untuk blusher..cantik warna dia :-)

    ReplyDelete
  2. atie sampai skrg tatau foundation color apa yg sesuai dgn kulit..huhu kena pergi mall and check

    ReplyDelete
  3. best tengok orang mekap. tapi tu lah, umi ni takda kerajinan nak mekap muka sendiri. haha

    ReplyDelete
  4. seronok tengok org yang pandai make up ni. cantik.

    ReplyDelete