Sambung lagi cabaran 15 hari menulis blog. K.fiezz teruskan dengan topik yang keempat. Topik yang keempat ni pun untuk k.fiezz very da simple je. Senang nak jawab. eh. Eksen nau. haha. Okey jom tengok apa kah topik untuk cabaran hari keempat ni.

Jom tengok cabaran hari keempat | Sebelum tidur anda buat apa?

blogging, fiezasani

Sebelum Tidur K.fiezz Buat Apa?

Jujur tau jawapan ni. haha. Sebelum tidur k.fiezz scroll sosial media. Instagram lah Facebook lah kat handphone. Turun naik duk scroll kadang sampai terlelap. haha. Perangai sangat tau. 

Aktiviti yang ni bila dah landing atas katil. Sebelum landing tu, duk melayan tv. Hari cuti k.fiezz layan Netflix sampai tengah malam. Kadang sampai 1-2 pagi. hehe. Tapi kalau hari kerja, tak lah k.fiezz melayan Netflix ni. Kang ralit tak perasan jam dah pukul 11 malam. Hari kerja biasanya pukul 11mlm, k.fiezz dah landing atas katil. Masa ni lah duk main handphone scroll sosial media atas bawah.  Kalau dah bosan duk main scroll, k.fiezz  buka blogger dashboard. K.fiezz baca entry yang dah tulis & nak publish esoknya.

So ni lah aktiviti k.fiezz sebelum tidur. hehe.