Menyambung lagi cabaran 15 hari menulis blog. Teruskan dengan topik yang ketiga pula walaupun dah terlepas beberapa hari tak update. Maafin.. Sis busy bila duk rumah. haha. Topik yang ketiga ni very da simple je. 

Jom tengok cabaran hari ketiga | Pictures of my handwriting 

blogging, fieza sani

Pictures of my handwriting

blogging, fieza sani

Dulu-dulu rajin lah menulis ni hah. Selain untuk buat kerja sekolah, k.fiezz suka menulis dalam diari. Sekarang menaip dalam blog ni pula. hehe. Sekarang kan canggih gitu. Serba serbi dalam komputer sahaja. Bila semua dah menggunakan komputer, sesekali kena menulis tu jadi kekok pula. Tulisan pun dah macam apa je. 

Orang cakap tulisan ni menggambarkan si penulisnya. Dari jenis tulisan k.fiezz ni boleh assume tak k.fiezz ni macamana orangnya. hehe Tulisan k.fiezz ni ikut jenis pen. Kalau pen mata halus, lawa lah tulisannya. Kalau mata yang besar tu, adeh menyampah tengok tulisan sendiri. haha. 

Huruf yang k.fiezz guna bila menulis semua huruf besar, tau. Biasanya kalau kita menaip di whatsapp atau sosial media, bila guna huruf besar ni menggambarkan kita tengah marah. Tapi k.fiezz guna tulisan besar ni bukan marah pula tau. Dah terbiasa guna huruf besar. Macam pelik bila tulis huruf kecil-kecil. Ni kalau tulis dengan menggunakan tangan secara manual je guna huruf besar-besar. Bila menaip, idak lah sis nak guna huruf besar. Kang orang ingat sis ni asyik marah je kerjanya. haha.

4 Comments

  1. Tulis tangan guna huruf besar ini melambangkan orang yang berwawasan tinggi, selalu ingin di hadapan

    ReplyDelete
  2. cantik tulisan fieza.. sebijik2..

    ReplyDelete
  3. Tulisan cantik. Huruf besar semua lagilah senang nak baca.

    ReplyDelete