Sambung lagi sahut cabaran 15 hari menulis blog. K.fiezz teruskan dengan topik yang ketujuh. Topik yang ni menarik juga..Jom baca

Jom tengok cabaran hari ketujuh Obsession, Hobi, Pasion..

blogging, fiezasani

Obsession, Hobi, Pasion

Hobi 
  • Melayan Netflix bila kat rumah. Macam sekarang ni bergilir masuk pejabat & kerja dari rumah. Bila turn kerja dari rumah lepas siapkan tugasan,  melayan rancangan kat TV sambil buat kerja-kerja rumah pula. Kalau bosan tak ada cerita kat tv, k.fiezz buka Netflix lah uolll..Tapi jarang k.fiezz layan Netflix hari kerja. Biasanya k.fiezz melayan Netflix, hari cuti je sebab k.fiezz suka tengok sampai 2-3 pagi. Jangan ditanya cerita apa. Kalau k.fiezz baca info cerita tu menarik untuk k.fiezz, terus tengok tanpa was-was. Biasa pilihan k.fiezz genre thriller, comedy, action

  • Mengumpul Beg. Ni memang dari zaman anak dara sampai lah sekarang memang dah hobi kumpul beg. Tak boleh lah tengok bag. Mesti terlekat. Tapi tak lah semua beg k.fiezz tengok, mesti beli. Tengok design juga. Kalau pada mata k.fiezz menarik. Memang melekat lah jawabnya. Kat rumah dah melambak beg-beg. Malas nak cakap. haha. Tapi beg-beg tu idak lah terbiar je gitu. K.fiezz guna ikut kesesuaian untuk jalan-jalan, balik kampung & bercuti.  

Obsession
Kecantikan. Dah berusia ni makin berminat pula dengan kecantikan. Sampai tetiba dah jadi agen sah Obsess Cosmetic. Haha. Dulu tak layan pun mekap-mekap ni. Nak mekap pun tak pandai. Tapi bila dah meningkat umur ni, eh boleh jadi minat pula dengan mekap-mekap ni. Tak lah pandai sangat mekap tapi boleh lah mekap simple bila keluar kerja atau jalan-jalan. 
So kalau  korang nak produk-produk Obsess Cosmetic, boleh roger k.fiezz. Eh ter promote pula. hehe

Passion
Blog. Semua nak cerita dalam blog. Masak, buat apa, beli apa, apa aktiviti yang k.fiezz buat setiap hari, semua nak kongsi kat dalam blog kesayangan ni. Sebab mungkin dulu masa zaman remaja, k.fiezz suka tulis diari so dah jadi habit nak menulis. Dulu tulis secara manual. Sekarang taip je. Lagi senang.

5 Comments

  1. kita geng bab netlfix! hehehehe bab kecantikkan.. hmmm klu jenis suka dress up pun masok bab kecantikkan juga tak?

    ReplyDelete
  2. Kalau bab kumpul beg memang lah rabia suka beli dan kumpul.lepas tu jarang pakai. bagi dekat org je.

    ReplyDelete
  3. kak fiezz ..bak join jugak boleh keee

    ReplyDelete
  4. wow best tu obsession dan passion fieza cuma mama tak de kumpul beg.. beg plastik aje mama suka simpan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha part plastik ni sama la mamapp!!! Macam2 beg plastik simpan, lepas tu ada selit dalam beg. Nanti bila shopping, tadaaa dah bawak plastik. Bila tiba-tiba dapat barang ke apa, alaaa malasnya nak pegang2. Tadaaa plastik ada!

      Delete