Sambung lagi cabaran 15 hari menulis blog. K.fiezz teruskan dengan topik yang kelima. Topik yang kelima ni menarik sangat. Mesti ramai suka. hehe

Jom tengok cabaran hari kelima | Kalau Aku Kaya..Hidup aku berubah. Ewah..berangan..

blogging, fiezasani

Kalau Kaya Apa K.fiezz Nak Buat?

1 - Untuk pembaca setia blog k.fiezz, mungkin tahu k.fiezz & mr hubby struggle untuk dapatkan zuriat sendiri. Jadi k.fiezz nak buat IVF sebab nak buat IVF ni perlukan kos yang tinggi...Macam Permaisuri Agong & Dato' CT mampu buat banyak kali sebab diaorang mampu. Kitaorang tak mampu.. Uwaaaa...

2 - Buat umrah. Bawa mak & abah sekali. 

3 - Buka perniagaan. K.fiezz selalu berangan nak pencen awal & buka perniagaan sendiri. hehe.

4 - Belikan rumah besar untuk mak & abah dan untuk kitaorang (k.fiezz & mr hubby). Dah ada rumah besar, kena lah cantik kan. So nak hired interior design untuk reka hias rumah. hehe

5 - Nak tolong orang susah atau yang perlukan bantuan tanpa risau berapa banyak jumlah duit yang ada dalam bank. Memang sedekah tak boleh berkira tapi kalau dalam situasi sekarang kadang-kadang terpaksa berkira. huhu. Tapi kadang tu malas nak fikir, sedekah je berapa yang termampu.

6 - Setelkan semua loan peribadi k.fiezz & mr hubby yang berlambak tu. haha.

7 - Melancong. Yeay.. Sebab k.fiezz & mr hubby suka jalan-jalan / cuti-cuti. hehe

Setakat ni, tu je yang terfikir nak buat kalau k.fiezz kaya. Kalau ada lagi, k.fiezz top up nanti. hehe. Berangan kan percuma.

4 Comments

  1. doa kan akak moga number 1 tercapai.. amin amin

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan tercapai hajat yang pertama tu. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. Semoga impian k.fiezz dipermudahkan dan tercapai suatu hari kelak.. aameennn

    ReplyDelete