Sampai dah semalam Haier air fryer beli untuk mak di CJ WOW Shop. Semalam birthday k.fiezz tapi mak yang surprise dapat hadiah dari kitaorang (k.fiezz, mr hubby & adik k.fiezz). Hehe. Kisahnya masa mak datang bulan lepas, mak nampak k.fiezz guna air fryer. Terus mak berkenan nak juga. Mula-mula duk usya dalam shopee. Tapi tak jumpa yang okey. So mak cakap nanti nak try tengok kat area Kuala Kangsar kalau ada yang murah-murah. 

Lepas tu masa mak ke rumah adik k.fiezz kat Kajang, mak cakap dengan adik k.fiezz nak air fryer ni sebab kat rumah adik pun ada juga air fryer. Mak tak lah suruh kitaorang beli. Mak cakap dia yang nak beli sendiri. Adik k.fiezz whatsapp k.fiezz ajak kongsi beli kat shopee. K.fiezz okey je lah. Tapi bulan lepas bajet kureng sikit. K.fiezz cakap kat adik, KIV dulu. 

TERNAMPAK OFFER HAIER AIR FRYER KAT CJ WOW SHOP


Kebetulan baru-baru ni, k.fiezz tengah mengadap laptop sebab tengah buat kerja (kerja dari rumah). Sambil tu tv memang buka je walaupun k.fiezz tak tengok. Perangai sebab tak suka rumah macam sunyi bila duk rumah. hehe. K.fiezz memang tahu masa tu tengah program CJ WOW Shop tapi k.fiezz tak concentrate tengok pun. Sekali mr hubby yang tertengok. Masa tu pengacara tengah promote Haier air fryer ni. Terus mr hubby cakap, boleh la beli untuk mak. Good idea. Terus k.feizz setuju. Aplikasi CJ WOW Shop memang dah install dalam handphone k.fiezz. Sebab sebelum ni pernah beli <<  Periuk 5 Beradik  >> so senang kerja. Terus login kat CJ WOW Shop & order Haier air fryer ni. Beritahu dengan adik k.fiezz dah order Haier Air Fryer ni untuk mak, beli kat CJ WOW Shop. Adik pun okey & transfer duit. 

haier air fryer, cj wow shop, cj wow shop tracking,

CEPAT & PANTAS CJ WOW SHOP


Cepat juga order kat CJ WOW Shop ni. K.fiezz ingatkan sebab tengah PKP ni, barang mungkin lambat sikit penghantarannya. K.fiezz order 18hb Januari 2021. Check dalam CJ WOW Shop tracking, 20hb Januari barang pick up dari Klang. Esoknya 21hb Januari, barang dah sampai kat Kuala Kangsar. Lepas tu terus bawa keluar untuk hantar kepada penerima (mak k.fiezz). 

Petang semalam selamat sampai Haier air fryer ni kat mak. Pagi semalam k.fiezz dah cakap dengan mak awal-awal suruh standby handphone kat tangan, mana tahu orang yg nak hantar tu telefon nak tanya lokasi rumah (maklum lah rumah kampung,tak ada ber nombor).  Memang orang yang hantar tu ada call mak tanya lokasi rumah & dia dah familiar kat kawasan situ. Cuma nak tahu rumah yang mana satu je.

ELOK BERFUNGSI Haier air fryer


K.fiezz tau dah style mak, mesti simpan Haier air fryer tu dulu. Nak tunggu k.fiezz & adik k.fiezz balik kampung baru nak try sebab nak suruh kitaorang ajar. Semalam telefon mak, betul macam k.fiezz cakap. Abah k.fiezz beritahu mak nak simpan. haha. K.fiezz cakap suruh cuba terus. Kalau rosak tak boleh berfungsi, boleh complaint. Malam tadi mak cuba goreng fries. Alhamdulillah well function.  Jadi okey la maksudnya tu, boleh berfungsi.  

Berapa saiz Haier Air Fryer ni? Sorry, k.fiezz cari semula details dalam CJ WOW Shop tak ada. Mungkin dah sold out so dah dikeluarkan dari senarai barang. Tapi kalau tengok gambar mak bagi, rasanya sedang-sedang gitu. 

BERAPA HARGA Haier air fryer?

Berpatutan. RM199 sahaja. free delivery + free gift (bekas container atas Haier air fryer - rujuk gambar atas).

Overall puas hati dengan CJ WOW Shop. Dah 2 kali beli kat sini, barang-barang yang dibeli puas hati & berbaloi dengan harga. Eh ni kang ada juga yang terpengaruh tiap kali tengok CJ WOW Shop. haha

4 Comments

  1. nak beli juga ni ! aduh byk betul benda nak beli ni,,,huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Berbaloi + murah hehee..shida beli kat shopee je kak fieza :)

    ReplyDelete
  3. wah..lebih rajin ke dapur lepas ni ;)

    ReplyDelete
  4. liez terjebak beli AF dekat Go Shop sebab nak warna merah. Kebetulan beli sbb nak memudahkan suami dan anak utk goreng nugget ke sosej ke bila liez dlm pantang. tp sekarang husband mmg guna setiap hari utk prepare lunch box dia ke ofis..serius worth it beli

    ReplyDelete