Sejak 1 dunia dilanda COVID-19. Semua terkesan dari segi sektor ekonomi, kewangan malah cara hidup kita juga turut berubah. Kena ikut Norma Baru.Yea..korang..Seperti yang kita tahu & sedia maklum, sejak COVID 19 mengganas di seluruh dunia, kita kena hidup dengan cara norma baru iaitu KERAP BASUH TANGAN, PENJARAKAN FIZIKAL & GUNA PENUTUP MUKA. Demi untuk keselamatan diri & juga orang sekeliling kita. Sebab kita pun tak tahu siapa antara kita atau kita sendiri yang mungkin pembawa virus berbahaya ni dalam tak sedar. Nak atau tak nak, norma baru ni jadi rutin harian kita sekarang. 

Dah semuanya norma baru ini banyak lah bertukar dalalm rutin kita termasuk lah rutin kita yang suka shopping dan makan di kedai. Kalau sebelum ni nak beli apa, terus keluar. Nak makan, terus keluar tuju ke kedai yang kita nak. Sekarang ni dalam norma baru, duduk rumah & kita guna servis foodpanda saja. Nak makan, guna food delivery & nak beli barang, guna servis pembelian barang secara online. Servis foodpanda pun ada tawarkan servis ni juga iaitu pandamart

food delivery, servis foodpanda, norma baru, pkp, servis penghantaran online

FOOD DELIVERY 

Kita di Malaysia pun masih dalam tempoh PKP. Rutin harian kita yang sebelum ni bila hari cuti keluar makan, keluar shopping & lain-lain. Rutin tu dah bertukar kepada konsep duduk di rumah seperti saranan kerajaan. Walaupun dalam tempoh PKP ni, kita masih boleh keluar bekerja & keluar membeli barang keperluan tapi untuk makan di kedai belum sepenuhnya berani sebab virus COVID masih berlegar. Jadi pilihan untuk kita yang sebelum ni bila hari cuti keluar makan di kedai atau restoran dengan menukar kepada pembelian makanan secara online menggunakan food delivery . Pilihan yang tepat & selamat untuk kita. K.fiezz & mr hubby sendiri antara pengguna tegar servis foodpanda. Mr hubby sejak kes COVID ni, memang elak makan di kedai. Kalau tetiba rasa nak makan makanan kegemaran atau k.fiezz malas nak masak, food delivery lah jawapannya dengan food panda. hehe. Bukan setakat makanan saja, barang-barang dapur dan barang keperluan rumah pun ada yang kitaorang beli gunakan servics pandamart juga. Senang gitu.  Konsep di hujung jari & tanpa sentuhan.

food delivery, servis foodpanda, norma baru covid,

SELAMAT KE DARI COVID GUNA SERVIS ONLINE NI?

Okey, persoalannya selamat ke dari dijangkiti virus COVID ni walaupun kita guna servis online seperti food delivery. Selamat sebab kita tak keluar. Betul tu sebab kita cuma duduk di rumah. Order & tunggu sahaja rider foodpanda hantar makanan di rumah. Tapi tapi bungkusan makanan yang dibawa oleh rider masa penghantaran kepada kita. Semasa proses penghantaran dari rider hantar kepada kita, mungkin dia ada ter bersin atau ter batuk & rembesan air liur terkena pada plastik bungkusan ataupun mungkin pekerja yang menyediakan pesanan makanan kita di kedai, tak mengamalkan norma baru COVID iaitu mencuci tangan sebelum membuat proses penyediaan makanan. Hah, macamana pula tu,kan?

Menjawab persoalan itu...

Secara jujurnya selamat yea korang. Risiko jangkitan COVID dari kurier atau pekerja kedai yang kita order makanan, sangat sangat rendah sekiranya mereka mengamalkan norma baru atau langkah penjagaan yang betul. Walaupun virus COVID boleh bertahan pada plastik bungkusan antara 24-72 jam namun penularannya sangat rendah sekiranya mereka kerap membasuh tangan & mengikut 7 langkah pencucian selama 20 saat. Tidak lupa juga pemakaian penutup muka semasa proses penyediaan  & penghantaran makanan. Jadi risikonya sangat rendah sekiranya mereka mengikuti langkah penjagaan yang betul. 

K.fiezz sendiri setiap kali terima bungkusan makanan dari food delivery ataupun rider hantar barang yang dipesan, lepas keluarkan semua barang-barang dari plastik, k.fiezz akan terus cuci tangan dulu. 

KONSEP TANPA SENTUHAN

Seperti yang kita sedia maklum juga, disebabkan virus COVID ni banyak restoran, kedai yang terpaksa menutup pintu kepada pelanggan untuk datang makan ke kedai.  Macam sekarang ni, banyak dah kedai dibuka tetapi perlu amalkan SOP yang dah ditetapkan & had pelanggan yang boleh berada dalam kedai pada satu-satu masa. Cara lain untuk pastikan kedai-kedai makanan ini terus kekal beroperasi adalah dengan mengamalkan konsep tanpa sentuhan. Yang mana konsep baru ini membuat penghantaran kepada pelanggan tanpa sentuhan dengan menggunakan servis foodpanda.  Dengan konsep ini, kedai hanya gunakan perantara food delivery saja & pelanggan membayar lebih awal semasa membuat pesanan. Jadi kedai hanya berurusan dengan penghantar makanan & penghantar makanan yang akan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Dengan cara ini, risiko penularan virus COVID lebih rendah dan selamat. Kita juga sebagai pelanggan bukan sahaja hidupkan industri makanan tetapi membantu penghantar makanan untuk terus mencari rezeki. Macam yang kita tahu juga, sejak penularan virus COVID ni, ramai kehilangan pekerjaan. 

KURANGKAN RISIKO PENULARAN VIRUS COVID-19

Sebaik saja bungkusan makanan kita sampai, terus keluarkan dari plastik dan terus basuh tangan kita ataupun kita boleh gunakan hand sanitizer. Ini untuk kurangkan risiko penyebaran virus dari bungkusan makanan kepada tangan kita. Pastikan juga sebelum makan, kita basuh dahulu tangan untuk langkah keselamatan. Kita juga boleh panaskan semula makanan dalam microwave untuk langkah penjagaan sebab bila masuk dalam microwave kemungkinan boleh mematikan semua kuman dan virus. Ni ikut pandangan peribadi k.fiezz..Lagipun difikir secara logiknya, tempoh pengendalian & penghantaran makanan yang singkat sebelum sampai kepada kita, risiko penularan virus semasa servis penghantaran online ini sangat rendah

Konsepnya di sini, kita jaga kita. Dari pekerja, penghantar makanan & kita sendiri sebagai pelanggan, Sentiasa amalkan langkah penjagaan yang betul untuk keselamatan diri masing-masing.

Tak kisah samaada kita gunakan servis food delivery atau servis penghantaran online tanpa sentuhan ini yang menggunakan pembayaran secara atas talian dan mempraktikan jarak sosial, kita mengambil serius untuk praktikkan langkah penjagaan yang betul untuk memberikan keselesaan dan kelegaan untuk kita menjalani kehidupan dengan norma baru sepanjang berdepan dengan situasi pandemik virus COVID 19 ini. 

Apapun kita doakan, semoga virus ni cepat berlalu dari Malaysia & 1 dunia supaya kita boleh jalani kehidupan biasa kita seperti sebelum ini. Aamiin.

#kitajagakita

4 Comments

  1. Insyaallah selamat, sama2 kita patuh SOP 🤗

    ReplyDelete
  2. such a good post kan, moga segalanya selamat kan.. moga covid ni terputus rangkaian soon

    ReplyDelete
  3. mama la tu yang selalu guna khidmat servis online.. apapun kena patuhi SOP insya allah selamat

    ReplyDelete
  4. Betul. Kita kena sentiasa patuhi sop sama-sama

    ReplyDelete