Banyak kali dah k.fiezz tulis topik cara refund shopee ni. Share lagi sebab kali ni kes agak unik sebab seller pula yang suruh k.fiezz request refund. haha. Kebiasaanya k.fiezz request refund ni bila barang tak terima so k.fiezz yang pilih sendiri untuk request refund dari shopee. Hah, kali ni seller yang suruh k.fiezz request refund dari shopee. Dah kenapa pula,kan?

TAK TERIMA BARANG SHOPEE

Kisahnya k.fiezz order sarung bantal murah dari shopee. K.fiezz nampak 4hb November 2020 barangnya dah pick up pun dari seller. So okay. Tunggu je lah barangnya sampai. Tapi esoknya, tak bergerak..esok pun sama. Eh...Dah kenapa ni. Tak apa. Kita chill chill je. Sampai lah 8hb November 2020, barang dah scan pick up di J&T Puchong Utama. Tapi lagi sekali, lepas tu statik tak bergerak juga. Hmmm..Apa masalah barang tak bergerak-gerak ni. K.fiezz pun tak ada check dalam sistem tracking J&T. Sampai lah harini, dah kebetulan k.fiezz buat kursus online sebab Bekerja Dari Rumah jadi sesambil tu k.fiezz cuba call  J&T..dan..jeng jeng. apa kah status sarung bantal murah yang k.fiezz order dari Shopee ni..

cara refund shopee,refund dari shopee, tak terima barang shopee, sarung bantal murah

Call J&T Untuk Semak Status Sarung Bantal

Sebelum k.fiezz call J&T , k.fiezz dah check dalam sistem J&T dan memang confirm barang masih tak bergerak. Nak call J&T ni pun jenuh juga weiii. Beberapa kali juga call J&T baru dapat cakap dengan customer service dia. Bila dah dapat cakap dengan J&T tu, k.fiezz tanyalah status barang. Dan difahamkan Penghantaran barang dibatalkan..Bila tengok balik dalam sistem tracking J&T tu, baru lah k.fiezz perasan ada remark kat belah bawah tu. K.fiezz tanya J&T maksudnya apa tu?seller yang batalkan penghantaran ke? J&T suruh k.fiezz contact seller sendiri. 

Check dengan Seller pula

K.fiezz pun chat dengan seller di shopee. K.fiezz tanya direct je lah. Tak ada mukadimah bagai dan k.fiezz dapat jawapan sempoi dari seller. Haha. Apa seller reply. Check it out bawah ni.  

cara refund shopee,refund dari shopee, tak terima barang shopee, sarung bantal murah

Yea..seller jawab itu sahaja. So k.fiezz pun dengan senang hati ikut saja arahan. Mungkin ada masalah dengan sarung bantal yang k.fiezz order agaknya. Tu yang seller ambil balik & batalkan penghantaran. Cuma seller tak maklumkan pada k.fiezz. Sampai lah k.fiezz sendiri yang check. Haih..part ni sabo je lah...Patutnya seller lebih efisien maklumkan pada customer. Ni customer pula yang check sendiri. kalau kata customer tu jenis tak kisah, duit tak dapat balik lah..Kira seller dapat juga lah bayaran sebab shopee akan bayar juga memandangkan tak ada komplen dari customer yang mengatakan tak terima barang shopee. Tapi dapat kakak fiezz ni yang agak berkira juga so bila seller dah bagi green light suruh refund dari shopee, laju je lah kakak fiezz isi form


cara refund shopee,refund dari shopee, tak terima barang shopee,sarung bantal murah

Jadi isi lah form request refund dari shopee ni..Isikan sebab & detail sikit kenapa nak request refund

cara refund shopee,refund dari shopee, tak terima barang shopee, sarung bantal murah
Nanti bila korang check balik dalam order korang semula, dia akan keluar macam ni.

Proses berikutnya tunggu je lah duit akan masuk semula dalam akaun. Duit ni akan masuk dalam akaun kita ikut pada cara bayaran masa order yea. Kalau guna Shopee Pay, dia masuk situ lah. Kalau kata bayar guna kredit kad, dia akan masuk semula kat dalam kad. Hah, gitu lah cara dia. 

K.fiezz punya refund ni baru je k.fiezz submit harini. Tak tahu lah proses dia berapa lama untuk dapat semula duit refund. Tunggu je lah..Tadi pun dapat e-mail dari shopee suruh bincang dengan seller, bila k.fiezz balas e-mail tu, kena reject pula. Sabar je..Tak pe lah, tunggu je lah ikut proses return refund macam biasa

Lagipun tak urgent sangat nak guna duit. Plus total refund k.fiezz tak banyak sangat. Maklumlah k.fiezz beli sarung bantal murah je. hehe...Tapi murah murah pun, duit juga,kan. Kalau time sesak, berguna juga nilai yang tak seberapa ni hah..

5 Comments

  1. shopee skrg mmg ada byk masalah and complaint, ada yg salah hantar barang.. terlalu ramai org beli, diorg pun dah kalam kabut kan

    ReplyDelete
  2. alahai tak sampai pula barangnya.. mujur boleh refund tq for sharing fiez

    ReplyDelete
  3. kalau saya, lebih kepada frust tak dapat barang tu huhuh

    ReplyDelete
  4. kalau cuya refund..dalam seminggu gak la...

    ReplyDelete
  5. kak fieza paling xsyok..kita dah bayor baru bgtau wane yg kite nk xde sedangkn dlm shop msh available..yg ni saya frust!

    ReplyDelete