Bila kakak fiezz obsess dengan bau rumah, bau bilik yang wangi. Kena fresh gitu all da time. Haha. So kali ni k.fiezz beli bliese air freshner dengan member pejabat yang merangkap agen Bliese. Bliese air freshner ni lagi menarik sebabnya cuma kita set kan saja beberapa minit sekali so dia akan sembur-sembur di ruangan yang kita letak bliese air freshner ni. 

Bliese Air Freshner

Bliese air freshner ni ada 4 aroma bau yang kita boleh pilih mengikut kesukaan masing-masing. 4 pilihan aroma yang korang boleh pilih >> Cherry Blossom, Fairy Breeze, Tropical Spa & Vanilla Bouquet. Bliese Air Freshner dari jenama Bliese ni, korang boleh beli 1 set (Dispenser, Refill, Bateri & Paku).. Yang paku ni kalau korang nak letak di dinding. Untuk keselamatan yang mana ada anak kecil tu kalau letak di tempat yang boleh capai, jap gi anak ingat mainan diaorang pi main. 

Untuk yang dah ada dispenser dari jenama lain, korang boleh beli refill bliese air freshner ni sahaja. Botol bliese ni boleh muat dalam dispenser lain juga. Ada seorang pegawai tempat k.fiezz dia beli refill bliese air freshner ni sahaja sebab dia dah ada dispenser. Memang boleh muat botol bliese air freshner ni dengan dispenser yang dia ada.

AROMA PILIHAN BLIESE AIR FRESHNER

Aroma pilihan k.fiezz, cherry blossom. Memang suka sangat bau cherry blossom ni.  Bau bunga-bunga yang lembut & tak terlalu kuat sangat. Just nice untuk k.fiezz. Bila dia sembur tu, wahhhh sedap bau dia..Yang ni k.fiezz letak di ruang tamu. Ada haritu mr hubby letak dalam bilik sebab mr hubby cakap dalam bilik macam bau masam-masam. haha. Eh..tak boleh jadi ni. Terus tanya mr hubby nak beli 1 lagi untuk letak dalam bilik pula. Dalam bilik bau cherry blossom ni lagi kuat sebab bilik kitaorang tak berapa luas, jadi bau tu berlegar dalam bilik. Tambah pula bilik kitaorang berhawa dingin, lagi la semerbak bau dia. 

So tanya mr hubby nak tambah satu lagi untuk letak dalam bilik pula. Sebab yang cherry blossom ni k.fiezz letak di ruang tamu. Sementara nak dapat satu lagi yang baru order ni, k.fiezz tukar-tukar bliese air freshner yang ada ni. Kejap letak di ruang tamu, kejap dalam bilik. 

Bliese Air Freshner kali ni k.fiezz pilih aroma Fairy Breeze pula. Aroma fairy breeze, pegawai k.fiezz yang dah beli komen memang wangi sangat.. Tak sabar nak dapat yang ni. K.fiezz beli 1 set juga sebab dispenser yang penah beli dulu entah mana-mana. Ke ada beli sebelum ni. Entah tak ingat. Kisah lah kan. Dah order pun 1 set. 

bliese air freshner,

Bliese Air Freshner ni ada essential oils sekali. 
Macam yang korang tahu essential oils ni fungsi dia menenangkan minda. Jadi bila setiap kali semburan tu, bukan sahaja menenangkan tapi juga mewangikan rumah. Love it. Siapa tak suka kan bila balik dari kerja, melangkah masuk dalam rumah tenang je. Baru lah seronok duduk rumah. Tambah-tambah tengah PKPB ni, hah. Memang tak boleh ke mana. Samaada ke tempat kerja atau beli barang-barang keperluan sahaja. Banyak masa di rumah, jadi kita nak lah rumah kita tempat yang seronok dan best sebab rumah bau WANGII..hehe


bliese air freshner,

 4 pilihan aroma ikut kesukaan masing-masing
Dispenser tu ada 2 pilihan timer. Samaada 15 minit atau 30 minit sekali semburan. K.fiezz kan suka wangiiii semedang, k.fiezz set 15 minit. hehe. 


bliese air freshner,

Tahan sehingga 60 hari

Untuk yang tertanya boleh beli Bliese Air Freshner ni di mana, korang boleh cari agen-agen yang berdekatan ataupun di Shopee pun ada. Macam k.fiezz ni, beli dengan member pejabat yang jadi agen Bliese.

Harga 1 Set - RM35.00
Harga Refill - RM20.00

Selain dari Bliese air freshner ni, ada juga yang jenis gantung-gantung dalam kereta tu, boleh baca di sini << Segarkan Rumah Dan Kereta Dengan Wangian Dari Bliese Air Freshner >>..

4 Comments

  1. need this in my room as well, tapi for now i suka pakai candle lagi :)

    ReplyDelete
  2. Shida biasa guna glade.. Nanti boleh cuba bliese pula :)

    ReplyDelete
  3. Wah nanti boleh cuba juga ni

    ReplyDelete
  4. wow bestnya.. mama suka menda2 wangi mcm ni

    ReplyDelete