Ingat tak baru-baru ni k.fiezz ada kongsi pasal tak terima barang shopee & k.fiezz mintak refund dari shopee. Korang boleh rujuk sini << Seller Suruh Request Refund >>. Kan k.fiezz cakap seller yang suruh, laju je lah k.fiezz fill up form untuk minta refund dari shopee. eh bukan lah k.fiezz ni main-main nak beli barang. Udah tak terima barang yang order, nak buat apa lagi. Minta refund je lah lagipun seller yang suruh. 

Cuma ni pengalaman yang bikin panas je hati dengan seller yang k.fiezz deal ni.

Nak tahu sebab apa?Nampak tak perbualan kat bawah ni, seller yang suruh k.fiezz requet refund dari shopee, kan?

Tapi seller kurang asam ni...

refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Baik punya ayat. Tak tahu lah dia faham ke tak yang dia tulis tu. 'dear, click refund yea?'

DISPUTE REFUND

Dia reject, gais request refund yang k.fiezz buat ni padahal dia yang suruh. Lepas dia tolak permintaan k.fiezz untuk refund dari shopee tu, dia chat dengan k.fiezz macam orang tak bersalah. Bawah ni conversation kitaorang..Memang bikin panas je masa chat dengan dia. Tak tahu lah dia faham ke tak bahasa melayu. Ni pun conversation ada selit BI sebab mr hubby pun masuk campur. Mana mr hubby tak masuk campur, masa beli sarung bantal dekat seller ni, guna kredit kad mr hubby. Mau member tak HOT!! Dalam kes ni k.fiezz dah contact J&T & pihak J&T yang maklumkan penghantaran barang k.fiezz ni dibatalkan atas permintaan seller. Lepas tu J&T minta k.fiezz hubungi sendiri seller. K.fiezz maklumkan pada seller & dia yang minta k.fiezz request refund dari shopee. Laju lah k.fiezz isi form. Eh sekali dia dispute refund yang k.fiezz buat tu. Tak ke berasap tengok. 


refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Lepas dia dispute refund , dia chat dengan k.fiezz macam orang tak bersalah.

refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Nampak tak k.fiezz musykil dia ni faham bahasa ke tak?dia suruh amik gambar barang. Kejadah nak ambil gambar, barang pun k.fiezz tak terima!!


refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

K.fiezz screenshot tracking J&T bagi kat dia. Nak menyenangkan, k.fiezz buat petak tu untuk dia tengok ada remarks - Penghantaran di batalkan


refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Dia balas gini pula yang dia dah pos. Sabo je lah melayan seller tak reti bahasa ni..


refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Lepas dah bagi screenshot J&T tu, dia mengalah. Dia suruh biar shopee yang handle. Masa ni pun memang shopee dah take over pun kes kitaorang ni..

refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Shopee memang dah ambil pun kes k.fiezz ni sebab seller dispute refund

TENGOK RATING SELLER

Lepas dari chat dengan seller bermasalah ni, Mr hubby saja tengok kedai seller ni & check rating seller. Korang tengok lah yang 1star, berapa belas ribu orang bagi. Amikkkk...Banyak tau belas ribu tu. Maksudnya seller ni tak berapa bagus benornya. Samada servis dia tak okey atau barang-barang yang dijual tu ada masalah.

So mr hubby suruh k.fiezz buat tips sikit kalau nak beli di shopee ni, selain dari check rating seller yang 5* tu, korang check juga rating 1*. Kalau banyak sangat macam seller ni, korang boleh nilaikan sendiri nak beli atau tidak dengan seller bermasalah macam ni. 

refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund

Kalau baca review yang orang bagi 1* tu, macam-macam complaint tau. Silap k.fiezz masa nak beli tu tak check rating dulu. Ingatkan okey. So lesson learn lah ni. 

BERJAYA DAPAT REFUND DARI SHOPEE

Alhamdulillah kes k.fiezz ni, k.fiezz berjaya dapat refund dari shopee sebab barang memang tak sampai pun pada k.fiezz. Jadi duit refund akan masuk semula ke dalam kad kredit mr hubby sebab pembayaran di buat guna kad kredit. Legaaa..Setel kes. 


refund dari shopee, tak terima barang shopee, dispute refund


SEMAK RATING SELLER SEBELUM BELI

Shopee memang platform yang jadi pilihan ramai sekarang ni untuk buat pembelian online. Selain dari harga yang jauh lagi murah, ada free shipping, ada baucer-baucer diskaun yang menarik, pastikan sebelum membeli di situ, korang jangan lupa check dulu rating seller macam yang k.fiezz beritahu di atas ni. Kalau tak, dapat seller sengal macam ni. Kita yang stress. Kita shopping sebagai salah satu terapi nak rileks minda, dapat seller macam ni, jadi stress pula. haha.

Jadi hati-hati bila shopping di mana-mana platform online. 

Walaupun begitu, shopee tetap jadi pilihan k.fiezz untuk shopping.. hehe. Tak serik, hokay..Shopee memang ramai seller cuma kita kena pandai pilih seller yang mana kita nak beli barang dari kedai dia. 
Check rating dulu tau sebelum beli!!

 HAPPY SHOPPING, GAIS!!

4 Comments

  1. alhamdulillah dapat refund.
    buat sakit hati betullah seller ni.
    kalau beli brg kat shopee, biasa memang akan check rating dan tengok review pembeli.
    kalau harga ok, tapi review tak ok, selalu saya skip.
    lagi2 kalau caj pengeposan mahal, memang rugi kalau barang x sampai.
    nasib baik shopee ambil alih kes ni.

    ReplyDelete
  2. Pengajaran tapi prosesnya memang sukar.

    ReplyDelete
  3. salam kak fizz...tq share ni... saya tk selalu shoping online kalau tak perlu. tapi entry kakfizz ni sangat membantu.

    ReplyDelete
  4. Uiii geram kalau chatting dengan orang tak faham bahasa ni.. tapi ni boleh jadi satu pengajaran kepada kita semua. Thanks kak sudi berkongsi pengalaman ni. Boleh jadi rujukan kepada kami sekiranya benda macam ni berlaku nanti.

    ReplyDelete