Dah duduk kat rumah ni, kadang-kadang je keluar itu pun bila turn masuk ke pejabat, aktiviti mekap k.fiezz pun dah jarang. Nak buat makeup simple tutorial pun malas tau. Adeh, perangai sangat tau. Baru ni k.fiezz ajak mr hubby keluar, minggu lepas. Pi kedai je. Tapi mekap tetap onz. Walaupun macam tak berapa nak ada mood nak mekap tapi wajib lah juga mekap simple tapi cantik. haha. Nak juga cantik tu. Untuk k.fiezz cantik lah hasilnya..tak tahu la kat orang lain yea..                            

Maklum lah sejak PKPB ni asyik duk ulang ke pejabat - rumah - pejabat - rumah. Rentas negeri balik kampung atau pi bercuti memang, semua tak boleh. Larangan buat masa sekarang sebab nak mengekang penularan virus COVID-19 yang dah kekal 4 digit sekarang ni kat negara kita.  Moga cepatlah Allah angkat virus ni dari muka bumi kita..Aamiin. Jadi berbalik pada topik PKPB ni, bukan lah k.fiezz nak cerita pasal PKPB. Bila tengah PKPB ni, ramai antara kita bergilir-gilir ke pejabat sebab nak mengurangkan pergerakan & tak ramai sangat pekerja-pekerja di pejabat dalam satu-satu masa. K.fiezz pun dalam kategori yang masuk penggiliran bertugas. Bos bagi pilihan samaada kitaorang nak 3x seminggu (sepenuh hari bekerja) atau datang hari-hari (kerja 1/2 hari). K.fiezz?Harus lah k.fiezz pilih 3x seminggu Sis pun nak kurangkan pergerakan sebab k.fiezz naik pengangkutan awam ke tempat kerja. Entah dengan siapa-siapa berselisih dalam tren tu. Jadi bila bergilir-gilir 3x seminggu saja masuk pejabat, kuranglah aktiviti di luar rumah. Keluar bila turn masuk ke pejabat sahaja. Dah jarang-jarang keluar ni, bila sesekali keluar walaupun nak ke kedai je, tetap nak mekap. Mekap simple tapi cantik. eh gitu..perahsan..haha..

MEKAP SIMPLE TAPI CANTIK

Tadaaa..ni lah hasilnya video tutorial mekap simple tapi cantik yang k.fiezz buat laju-laju sesambil nak siap keluar pi kedai. haha. Kemain tau. Pi kedai pun nak bermekap bagai. 

Tapi tak lah susah sangat pun sebab guna Obsess Foundation ni senang bangat. Tak payah nak pump botol ke apa. Tak payah nak kotorkan jari jemari. Pekap je span dalam cushion, lepas tu dap kat muka. Bagi sekata, Siap..Cepat kan. Simple cara guna, hasilnya full coverage kat muka kita. Tutup lah segala parut-parut jerawat, jerawat, jeragat kat muka kita ni. Lepas tu calit dengan lipmatte obsess. Dah siap. Mr hubby pun tak ada lah tunggu lama sangat. Guna Obsess Foundation ni memang cepat & pantas gitu. Tu yang sayang lebih tu.


FUNGSI OBSESS FOUNDATION

Untuk korang yang tak berapa familiar dengan Obsess Foundation ni, meh nak cerita sikit fungsi dia. 

  • Full coverage
  • Boleh pudarkan parut-parut pada muka & tutup kesan jerawat, jeragat atau hitam-hitam pada muka & menutup kesan-kesan ni pada muka.
  • Ada perlindungan UV. (yang ni penting tau sebab kalau tak nak muka kusam atau berjeragat nanti, wajib pakai sunscreen/sunblock). Kalau malas nak pakai sunscreen/sunblock sebab ada setengah yang berminyak, melekit. So tepek je obess foundation ni. Senang. Dah siap ada perlindungan UV sekali.Tak berminyak & tak melekit pun.


Kelebihan Obsess Foundation

  • Ringan macam tak pakai apa-apa pun kat muka
  • Tak perlu nak kotorkan jari jemari kita sebab dah siap span dalam bekas. Cermin pun ada. 
  • Warna ikut ton kulit kita. Ada yang memula mengadu, nampak cerah lepas pakai obsess foundation tapi lepas sejam dua lebih kurang, foundation akan ton down ikut warna kulit kita.
  • Senang nak guna & cepat
  • Tahan lama (2-3 bulan) bergantung pada kekerapan penggunaan 

Untuk k.fiezz yang jenis suka mekap ni, kadang datang hari malas nak mekap tapi nak juga mekap bila keluar walaupun simple-simple, k.fiezz memang suka sangat dengan Obsess Foundation ni sebab dia cepat, mudah. Mekap simple pun boleh. Nak mekap beria pun boleh. Tengok pada kerajinan masing-masing. Yang penting untuk k.fiezz, hasilnya pun bagi nampak effect flawless gitu. ewah. hehe..

Sapa yang nak cuba Obses Foundation ni, roger je k.fiezz >> https://wa.link/383jk3

5 Comments

  1. simple2 tapi cantik ni paling best :D

    ReplyDelete
  2. simple tapi cantik hasilnya :)
    shida pun sorg yg makeup sgt2 simple..xpernah makeup lawa2
    kecuali time kawen dulu heheee

    ReplyDelete
  3. Rajin sis mekap... nnt pakai face mask x nmpk jugak muka tu yg malas tu... hihihi... dasar pemalas kn kakmim ni?

    ReplyDelete
  4. makeup simple-simple bagi mrs pip is always the best.
    entahlah, saya rasa mereka yang mekap simple, just nice to look beautiful. xoxo.

    ReplyDelete
  5. simple gila!!!! so nice and pretty

    ReplyDelete