Sabtu lepas birthday adik ipar. Jadi seperti biasa lah, wish melalui Whatsapp sahaja. Senang sekarang ni, kan. Pagi sabtu tu mr hubby kerja. Jadi sebelum mr hubby gi kerja. Mr hubby suruh k.fiezz cari surprise delivery birthday ada tak area Ipoh. Nak bagi surprise coklat bouquet pada birthday girl. Perempuan apa lagi kan, tak tahu nak bagi apa. Kita bagi coklat bouquet. Confirm suka punya. Perempuan mana tak suka coklat. Habaq mai sikit. Melainkan kalau diet tu, memang kena kontrol lah nafsu tak boleh makan coklat. Tapi selalunya perempuan ni kalah dengan coklat. Orang lain tak tau. K.fiezz ? memang confirm kalah. hehe..

Berbalik pada cerita nak buat surprise delivery birthday kat adik ipar ni. k.fiezz cari servis surprise delivery birthday ni di mana?Google, Facebook atau Instagram?Agak-agak yang mana satu? 

Cari Servis Surprise Delivery Ipoh

K.fiezz cari di Instagram lah, uoll..Buka instagram, k.fiezz cari melalui penggunaan hashtag #surprisedeliveryIpoh. Dan tadaaa banyak pilihan. Cari lah Instagram seller  yang paling aktif & kemaskini akaun dia. Cari punya cari, k.fiezz jumpa satu ni @qnqhadiah. Tengok instagram dia, memang nampak update akaun dia. So on....

Tips di sini, untuk korang yang meniaga di Instagram, pastikan akaun korang sentiasa update tau. Nampak tak potensi customer  macam k.fiezz ni cari penjual yang aktif di Instagram. hehe. Reminder kat diri sendiri juga ni. Akaun bisnes Obsess k.fiezz tu selalu juga beberapa hari tak update. hehe. Kadang kebuntuan derrr nak post apa. 

Coklat Bouquet Murah

Lepas dah dapat seller pilihan untuk surprise delivery birthday kat adik ipar ni, k.fiezz Whatsapp dengan seller. Alhamdulillah seller pun cepat response. K.fiezz tanya harga?Dia tanya berapa bajet k.fiezz. Mr hubby request nak coklat kit kat 26 keping. Simbolik umur adik ipar. So lepas bagitahu dengan seller apa yang k.fiezz nak, dia beri harga untuk coklat bouquet ikut request yang kitoarang nak ni, harga coklat bouquet RM70 + RM10 (runner). Eh, murah lah weiii..Ingatkan lebih RM100..Berbaloi lah kalau korang nak cari coklat bouquet murah untuk buat suprise delivery birthday. Area luar KL ni semua murah-murah kan. Kalau KL, mau RM100 gak ni. 

surprise delivery birthday, coklat bouquet, coklat bouquet murah, surprise delivery ipoh

so ni lah hasilnya. okey lah deko dia. simple je. 



surprise delivery birthday, coklat bouquet, coklat bouquet murah, surprise delivery ipoh
Happy Birthday Sis In Law. Hope you like it. 

Overall okey servis yang @qnqhadiah ni buat. Walaupun k.fiezz order last minute, dia boleh buat dalam masa singkat. Cuma dia beritahu penghantaran petang sikit hari tu. Dia tanya tak pe ke. K.fiezz okey je lah. Adik ipar bukan pi mana pun. Ada je kat rumah tu. 

Tapi masa runner datang nak buat suprise delivery birthday kat adik ipar, k.fiezz yang surprise. Sebab seller whatsapp k.fiezz beritahu, runner call adik ipar banyak kali tak berangkat. Ahh sudah. Kita nak buat surprise kat dia, kita pula yang surprise. K.fiezz bagi kat seller no.telefon mak mertua & seorang adik ipar. Suruh runner tu call antara salah satu nombor. Nasib baik mak mertua jawab runner call. Mak mertua k.fiezz tak syak apa lah masa keluar nak ambil coklat bouquet ni. Mak mertua pun tak tahu runner tu hantar coklat bouquet. Mak mertua ingatkan kurier biasa nak hantar barang. Bila keluar,tengok  runner yang datang lepas tu dia cakap nak ambil gambar, mak mertua suruh adik ipar keluar pi amik sendiri. haha. Kelam kabut dia capai tudung, baju apa yang ada. hehe..

Kalau korang yang nak cari surprise delivery birthday area Ipoh, boleh lah guna @qnqhadiah ni. Dari segi harga berpatutan, fast response dari seller & deko dia pun simple

7 Comments

  1. oh wow!!!! puas makan ni!! hehehe happy birthday adik kak fieza :)

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat coklat. happylah dapat makan coklat macam ni, kalau saya memang takkan share ni .. kena sembunyi2kan dari anak2. haha.

    ReplyDelete
  3. uih jambangan KitKat.. seronok kalau sy dapat ni..
    dala mmg suka KitKat.. skrng mudah kan dari mana2 pun kita blh nak suprise kan orang tersayang..

    ReplyDelete
  4. Berbaloi harganya bila boleh anta dari jauh..

    ReplyDelete