Habis dah drama yang boleh menyakitkan hati k.fiezz ni walaupun jalan cerita tak berkaitan tapi dia boleh mengundang suspicious pada suami sendiri, tau. Drama apa?Drama apa lagi 'Hati Yang Tersakiti'. Baca sinopsis dia pun masa mula-mula drama ni nak tayang di TV3, k.fiezz dah sakit hati. Wah drama ni boleh bikin stress ni. Haha. Tipu lah k.fiezz tak tengok langsung. Ada juga tertengok masa 1-2 episod yang awal. Tapi k.fiezz elakkan terjebak. Masa episod awal-awal tu, okey lagi. Tak ada scene sakit hati bagai ni. Jadi sebelum k.fiezz terjebak dengan drama ni dari episod 1 sampai habis, baiklah tukar channel lain. Tapi tapi ada juga tertukar balik ke tv3 sebab tak ada cerita best kat tv lain. haha. Rumah k.fiezz tak ada Astro, so chanel yang ada semua hat basic je. Tu tangan ter gatal tukar TV3 bila tak ada cerita best kat chanel lain time pukul 10. 

hati yang tersakiti, hati yang tersakiti episod akhir

SINOPSIS HATI YANG TERSAKITI

Sikit sinopsis drama hati yang tersakiti ni untuk korang yang tak tahu. Drama ini mengenai pasangan suami isteri (Haris & Mona) yang bahagia dengan rumahtangga mereka walaupun belum dikurniakan zuriat. Haris ni dulunya seorang despatch saja. Tapi berkat usaha, dia berjaya jadi usahawan dalam bidang IT. Mona pula perunding majlis.

Imbas beberapa tahun sebelum diaorang berkahwin. Haris & Mona ni mula-mula jumpa masa mona di kolej lagi. Dari situ diaorang dah start suka antara satu sama lain. Cuma kawan baik Mona iaitu Farah tak berapa suka sebab dia rasa Haris tu tak layak dengan Mona yang berpelajaran. Farah ni mata duitan sebab dia sendiri pilih anak VIP sebagai suami dia. Pernah dia kenalkan Mona dengan anak Datuk tapi Mona tak berminat.

Lepas tamat kolej, Farah berkahwin tetapi dia tak jemput Mona. Masa hari perkahwinan Mona pun, Farah sendiri tak datang dengan alasan sibuk kerja. Selepas dari tu, diaorang lost contact. Masing-masing dengan life sendiri.

Sampai lah 5 tahun kemudian, Farah yang bekerja sebagai model bertemu semula dengan Mona. Dia cerita pada Mona yang dia dalam proses perceraian & ada masalah tak ada tempat tinggal sebab dalam proses perceraian. Jadi Mona pelawa Farah untuk tinggal di rumah dia buat sementara.

Haris pada mulanya tak berapa suka dengan kedatangan Farah sebab menganggu privasi diaorang tapi Mona kesian dengan Farah & nak tolong Farah.

Selepas tinggal sekali bersama Haris & Mona, Farah mula cemburu dengan kebahagiaan Mona. Dalam diam Farah mula pasang niat jahat dia untuk merampas kebahagiaan Mona. Kawan baik dia sendiri.

Review Drama Hati Yang Tersakiti

Macam k.fiezz cakap tadi, baca info dia pun k.fiezz dah panas. Ni kan pula nak layan. Memang tak lah..Tapi tertengok juga masa episod awal-awal. Tu pun dah menyampah sebab masa tu dah nampak si Farah ni nak mula pasang perangkap dengan goda si Haris. 

Haris memula macam tak layan tapi Farah ni pandai ambil kesempatan sampai Haris tu boleh tergoda dengan perempuan kering macam dia. Eh, geram tengok. Tapi macam orang-orang tua cakap lah kan. Ikan depan mata takkan kucing tengok je,kan. Ke korang rasa kucing sekarang tak makan ikan. haha..

Pada k.fiezz, dari mula memang salah si Mona sebab bawa orang luar tinggal sekali. Drama yang jalan cerita macam ni, banyak kali dah k.fiezz tengok. Kadang ada drama yang kita tengok di TV tu, berkisarkan dari kisah benar. Ada jadi kes-kes macam ni dalam kehidupan sebenar. Kalau dalam kes ni, kawan makan kawan. Suami curang dengan kawan baik sendiri. Atau ada juga k.fiezz pernah terbaca suami curang dengan adik /kakak kepada isteri. Jadi benda ni ada dalam real life. So apa-apa pun kita kena elakkan bawa orang luar tak kisah lah kawan ke, adik beradik perempuan (sebelah isteri) duduk sekali dengan kita untuk elak benda-benda macam ni lah. Sebab bila dah duk sekali ni, faham je lah..Bukan setiap masa isteri ada kat rumah. Kalau isteri bekerja macam Mona ni, ada waktu dia kena keluar. Jadi bila dah tinggal berdua Haris & Farah kat rumah, ada la orang ketiga yang menghasut. Faham sendiri sudah. Jadi moral of the story, benda boleh elak dari awal, elakkan. 

Layan Hati Yang Tersakiti Episod Akhir

Macam k.fiezz cakap tadi, k.fiezz tak layan cerita ni dari awal. Jadi semalam Drama Yang Tersakiti episod akhir baru k.fiezz layan. Saja nak tengok apa jadi kat Si Farah & Haris tu. 

Nak reveal ke idak episod akhir semalam. Haha.  Tak kisah, nak cerita juga. 

Mona & Haris bercerai tapi elok lepas Haris lafazkan cerai, rupanya mona mengandung. Haris tak tahu & Mona pun tak nak beritahu pada Haris yang dia mengandung. Si Farah yang memang dah mengandung dari awal dah tak bersama dengan Haris lagi. Jadi Haris buat tak tahu pada Farah, apa lagi bila dia diberitahu anak yang Farah kandung tu bukan anak dia, so diaorang memang dah tak bersama episod akhir semalam. Tengok si Farah pi hospital check up pun dengan boyfriend dia, Ihsan. Haris pula cuba pujuk Mona untuk berbaik tapi Mona menolak. 

Lepas perut Mona dah besar baru Haris tahu yang Mona mengandung. Itupun kebetulan ada pekerja Haris ternampak Mona & dia beritahu pada Haris. Haris terus cari Mona masa tu, nak ajak berbaik tapi Mona masih lagi hati yang tersakiti, menolak. Tapi dari riak muka Mona sebenarnya boleh nampak dia sayang lagi kat si Haris tu benornya cuma hati dia terlalu sakit untuk terima, suami curang dengan kawan baik dia sendiri.

Selepas beberapa bulan, Farah & Mona bersalin. Farah dapat baby boy dan Mona dapat baby girl. Tetapi Farah meninggal dunia selepas bersalin sebab ada penyakit kanser serviks. Manakala Mona menjalani tempoh berpantang di kampung. Selang beberapa bulan berikutnya, boyfriend Farah datang ke rumah Mona bawa baby boy Farah & sekeping surat. Dalam surat tersebut ada permintaan dari Farah yang minta Mona jaga baby dia sebab anak tu adalah anak Haris. Farah menipu Haris sebab dia rasa bersalah jadi dia nak undur diri. Mulanya Mona menolak untuk jaga baby boy tu tetapi mungkin naluri seorang ibu. Dia tak sampai hati nak tolak. 

Haris masih mencuba pujuk Mona untuk rujuk dan selalu bagi laporan aktiviti harian dia pada Mona walaupun Mona tak layan sangat. Sampai satu hari, Mona balas mesej Haris minta datang ke rumah ibu bapa Mona untuk tengok anak diaorang. Yea, Haris tak jumpa lagi dengan anak dia sejak Mona bersalin sebab Mona tak bagi. 

Masa jumpa ni, Mona temukan kedua-dua anak Haris dengan si ayahnya. Haris macam terpinga-pinga sebab yang dia diberitahu, Farah mengandung anak Ihsan (boyfriend Farah). 

Persoalan samaada Haris & Mona rujuk atau tidak, tak pasti. Tapi dari riak muka Mona, k.fiezz andaikan Mona nak rujuk semula dengan Haris. Mungkin ada sambungan drama yang ke-2 pula. Mungkin, mana tau..

TAMAT

haha..siapa yang malas nak tengok baca je review hati yang tersakiti episod akhir yang k.fiezz tulis ni. Kalau malas nak tengok lah sebab malas nak sakiti hati sendiri. haha..Kalau rajin, pi lah cari di You Tube. Untuk k.fiezz yang tak tengok dari episod awal, okey ending dia. Tapi yang mana layan dari awal episod, ada yang tak puas hati ending macam tu..

Episod akhir semalam, k.fiezz touching tengok scene Haris dukung dua-dua anak dia..Dia nak sangat anak & akhirnya dia dapat juga walaupun salah seorang tak sah taraf sebab hasil hubungan luar nikah. 

3 Comments

  1. ramai yang marah dengan ending dia kan haha

    ReplyDelete
  2. eh dah habis cita ni? ok my time utk tgk plak hahaha

    ReplyDelete
  3. betapa kuatnya si mona tempuh..time ending tu..fuh!

    ReplyDelete