Siapa yang rajin buat aktiviti luar macam hiking, trekking ataupun yang kerap travel? Bila dah selalu buat aktiviti-aktiviti atas ni, benda paling penting mesti lah bag,kan?Hah lah korang..Penting lah bag sebab nak letak barang-barang peribadi &  pakaian kita. K.fiezz & mr hubby sendiri pun beberapa tahun lepas masa kitaorang nak backpack trip ke Hatyai, kitaorang cari bag jenis bag sandang untuk travel. Senang. Malas nak bawa beg tarik-tarik bagai. Kita letak semua dalam bag sandang, lepas tu angkut letak kat belakang. Setel. Masa tu kitaorang cari travel backpack yang jenis besar sebab barang-barang banyak kan. Dengan baju, toiletries & barang-barang lain. Masalahnya lepas trip Hatyai kitaorang, travel bagpack tu makan ruang bila simpan sebab saiz dia besar. Bestnya kalau ada foldable bag travel yang boleh lipat-lipat & saiznya besar. Yang best, tak makan ruang bila nak simpan. Hah, baru-baru ni k.fiezz terjumpa uoll travel backpack merangkap juga outdoor backpack.  Travel Backpack / Outdoor Backpack yang k.fiezz maksudkan ni dari jenama TAHAN.  Bila baca ciri-ciri backpack ni memang memenuhi kriteria yang k.fiezz cari. Ewah macam lah rajin buat aktiviti luar. haha. Saja standby. Kalau bukan untuk aktiviti luar pun, boleh guna bila time travel atau balik kampung. Nama pun travel backpack atau outdoor backpack. Untuk yang suka buat aktiviti luar, boleh guna semasa buat aktiviti di luar. Travel Backpack berjenama Tahan ni bersaiz 35L ni memang sesuai untuk travel dan juga outdoor. 

Outdoor Backpack Untuk Aktiviti Lasak

Untuk aktiviti luar atau lasak, kita boleh jadikan bag ni outdoor backpack masa buat aktiviti-aktiviti luar seperti hiking, running, trekking. Backpack ni boleh guna lelaki dan perempuan. Tak semestinya sebab k.fiezz perempuan so k.fiezz cari bag untuk perempuan je. No No..Mana tahu ada reader lelaki juga kat blog k.fiezz ni. Jadi kita fair & square. Kita kongsi benda yang lelaki & perempuan boleh guna. Kebetulan  Tahan outdoor backpack ni sesuai untuk perempuan dan juga lelaki. Terutama yang minat untuk buat aktiviti luar & tengah mencari bag yang sesuai. Personally k.fiezz memang suggest sangat backpack ni sebab sesuai dijadikan bag untuk hiking atau apa-apa aktiviti luar. Macam yang kita tahu lah bila buat aktiviti luar ni, banyak barang nak bawa jadi sesuai sangat dengan keluasan bag ni yang boleh sumbat banyak barang-barang plus ada tempat untuk botol air juga. K.fiezz suka part ni. haha. Dasar suka minum air pas tu nak terkucil je. Eh..lari topik pula..haha..Okey, back to the topic.

Meh tengok sikit apa keistimewaan travel backpack & outdoor backpack ni?

Apa Istimewa Backpack dari TAHAN ni..

  • Material - Water Resistance Polyester (kalis air)
  • Boleh adjust straps & buckles
  • Ringan & ruang dalam yang luas
  • Sesuai untuk semua aktiviti-aktiviti luar & dalam apa pun keadaan cuaca 
  • Tali yang tahan tekanan berat
  • Ada compartment kiri kanan & satu ruang yang tergantung di tepi untuk letak botol air.
  • Mudah disimpan. Boleh dilipat sehingga menjadi saiz kecil untuk di simpan.
  • Harga - RM49.00 (ada promosi sehingga entry ni ditulis). Harga asal RM70.00
  • Tersenarai antara no.2 best seller bagi jenama TAHAN 
travel backpack, outdoor backpack, bag untuk hiking, bag satravel backpack, outdoor backpack, bag untuk hiking, bag sandang untuk travel, foldable bag travel ndang untuk travel, foldable bag travel
Tahan Ultralight 35L Foldable Bag


travel backpack, outdoor backpack, bag untuk hiking, bag sandang untuk travel, foldable bag travel

Ruang yang dalam & boleh letak banyak barang
Ada 1 zip di bahagian depan & kiri kanan compartment. Yang tergantung tu boleh letak botol air.


travel backpack, outdoor backpack, bag untuk hiking, bag sandang untuk travel, foldable bag travel

Luas tak bahagian dalam dia


travel backpack, outdoor backpack, bag untuk hiking, bag sandang untuk travel, foldable bag travel

Tali bahagian belakang yang boleh adjust mengikut kesesuian dan mampu menampung berat

travel backpack, outdoor backpack, bag untuk hiking, bag sandang untuk travel, foldable bag travel

Tadaaa... Boleh lipat2 sampai kecil. Senang nak simpan.. 

REVIEW TAHAN BACKPACK Untuk Travel & Outdoor 

K.fiezz suka bentuk dia yang tak serabut. Tak banyak sangat slot. Yeaa..k.fiezz suka bag yang simple macam ni. Paling penting dia boleh tahan berat. Ada tempat letak botol air. I like. Nak simpan pun senang. Boleh lipat-lipat saja. Tak makan ruang yang banyak. Bahagian dalam, k.fiezz suka sebab boleh letak banyak baju-baju. So travel backpack ni LULUS. Boleh guna bila balik kampung untuk letak baju-baju kotor. hehe. Eh terpulang lah pada masing-masing. K.fiezz memang aim untuk guna waktu balik kampung. Tak ada beg nak letak baju-baju kotor. hehe. travel backpack ni pun boleh lipat sampai jadi kecil, senang letak dalam beg baju yang besar tu. Nak guna, baru keluarkan. Easy

Maklumat lanjut berkenaan barang dari jenama TAHAN ni, korang boleh rujuk di bawah. Pelbagai lagi barang yang selalu digunakan untuk aktiviti outdoor, boleh cari di sini. 

Facebook - PTT Outdoor
Instagram - pttoutdoor
Twitter - ptt_outdoor


5 Comments

  1. Hensem jugak bagpack ni utk outdoor... br penah dgr brand ni.. yg best tu boleh lipat kecik² utk selit dlm bag tu yg best

    ReplyDelete
  2. wah cantik bentuk, tapi i suka beg yg byk slot.. senang nak asingkan barang

    ReplyDelete
  3. Kalis air, luas, compartment kiri kanan dan senang simpan. Nice!

    ReplyDelete
  4. menarik..abg cuya msti suka

    ReplyDelete