Sebelum k.fiezz cuti-cuti ke Cameron dengan family k.fiezz bulan Julai haritu, ada ternampak kek viral di Cameron ni duk lalu lalang lah kat wall k.fiezz. So kebetulan k.fiezz naik Cameron, ingat nak cuba lah kek viral cameron ni. Tapi harapan je lah masa tu. Tiap kali lalu depan kedai Kek Viral di Cameron Highland tu, semedang beratur panjang. Eh, koser lah nak beratur. Masa tu kitaorang stay di homestay yang dekat juga dengan kedai kek viral Cameron ni. Cuma masalahnya memang setiap kali lalu, beratur orang weiii...Sampai lah kitaorang habis cuti kat Cameron, memang lalu je lah depan kedai Kek Viral ni..Tak dapat beli sampai ke sudah.Tak pe lah, k.fiezz pun tak lah nak sangat pun. Saja nak cuba je bila dah kebetulan naik Cameron ni. Tapi dah tak dapat beli sebab asyik beratur panjang je, kita tengok je lah kedai kek viral Cameron ni.

KEDAI KEK VIRAL

Baru-baru ni masa k.fiezz & mr hubby naik ke Cameron cuti-cuti ke sana lagi, bila lalu depan Kedai Kek Viral ni, memang orang ramai cuma tak seramai macam yang sebelum ni.  Mungkin sebab kali ni, kitaorang naik waktu bukan cuti sekolah dan hari biasa. Masa lalu kedai kek viral ni, k.fiezz tak ada lah nak beli ke apa. Lalu je lah..Dah kebetulan memang lalu pun kedai kek ni on the way nak ke homestay. Ada lah nampak orang beratur tapi tak seramai yang sebelum ni. Tak singgah pun masa tu..

Masa hari ke-dua, kebetulan kitaorang ke kedai nak beli barang-barang sikit. Lalu lagi sekali kat Kedai Kek Viral ni. Lepas beli barang-barang, mr hubby pusing balik ke kedai kek viral cameron tu sebab tengok tak ada orang masa kitaorang lalu tu. Peluang peluang. Laju mr hubby pusing & dapat parking betul-betul depan kedai kek viral ni. Berdesup k.fiezz keluar pi beli kek sebelum orang ramai semula. hehe. Kedai dia kecik je tepi jalan di area Brinchang. Kalau korang lalu ke sini, korang nampak orang beratur panjang, tu lah kedai kek viral cameron ni..Kadang k.fiezz ada nampak juga diaorang promote kek viral ni bawa turun di jual area Perak. Korang kena tengok pages diaorang kalau korang nak cuba kek viral Cameron ni tapi tak ada planning pun nak naik Cameron. So take note bila diaorang buka booth untuk jual Kek viral cameron ni sekitar Perak. Boleh lah korang yang berada di sekitar Perak, beli kek viral cameron ni.

kek viral cameron, kek viral di cameron

Masa ni tak ramai orang, boleh lah berposing bagai. hehe..K.fiezz ambil 2 perasa blueberry & manggo cheese.


kek viral cameron, kek viral di cameron

Blueberry. Yang ni k.fiezz punya. Manggo Cheese adik ipar punya.

Review Kek Viral Di Cameron

Untuk k.fiezz, portion dia besar satu bekas. Harga sama RM13 satu bekas tak kisah flavour apa. Dari segi rasa, boleh tahan. Lembut. Terasa blueberry dia cuma tak banyak sangat blueberry dalam kek dia. Cuma di bahagian atas je. Di tengah tu kosong. Ada terselit blueberry tapi tak banyak. Selain dari tu, semua okey & sedap.

Mangga Cheese tu pun pun sedap. Sama juga macam blueberry, mangga kat bahagian atas je. Kalau nak rasa, pilih yang bahagian atas tu. hehe. 

Mesti korang tertanya-tanya, cukup ke kek besar ni untuk ramai. Cukup. Jangan risau. Potong-potong ikut saiz kecil. Dapatlah merasa sorang seketul. Yang dapat bahagian atas, untung sebab ada topping buah-buahan. hehe. Dari segi harga, berbaloi dengan saiz dia. 

Overall ikut tekak k.fiezz, nak kata tak sedap, sedap juga. nak kata sedap sangat, okey lah. Just nice. Mungkin sebab faktor viral, yang buat ramai orang beratur beli kek kat Kedai Kek Viral Cameron ni untuk cuba kek-kek kat  sini.

7 Comments

  1. Takpe janji ada utk buah tgn dr cameron okay lah tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. teringin sangat nak pergi cameron lagi, last pergi 2011 tapi itu la.. sentiasa penuh orang dekat sna skrg ni

    ReplyDelete
  3. apa nama kedainya k.fiezz? hehe

    ReplyDelete
  4. Lama tak bercuti kat CH..tgok Fiezz pi...rasa nak pi plak...macam menarik je kan...

    ReplyDelete
  5. Patutlah viral. murah, sedap dan saiz pun besar. Berbaloi sangat tu kak. Entah bila lah dapat ke CH ni. Lama tak sampai sana.

    ReplyDelete
  6. Lama tak pergi cameron. kalau ada kesempatan untuk ke sana boleh la cik tk singgah

    ReplyDelete