Bila dah naik Cameron Highland ni, aktiviti wajib haruslah minum teh Cameron. Di Cameron ni ada dua tempat untuk minum teh. Satu minum teh di Ladang Teh Boh Sg.Palas & satu lagi di Bharat Tea Cameron Highland. Ladang Teh Boh Sg Palas ni nak naik ke sini tak boleh bawa kereta. Kena parking di bawah & ada shuttle yang bawa kita naik ke atas. K.fiezz pun ingat-ingat lupa, tapi rasa pernah naik ke Ladang Teh Boh ni masa honeymoon dulu. Lepas tu beberapa kali naik sini, kitaorang tak pergi ke Ladang Teh Boh ni lagi sebab susah nak kena naik shuttle.  Biasanya naik Cameron,kitaorang akan minum teh Cameron di Bharat Tea Cameron Highland ni je. Senang. Bawa kereta sendiri & parking je di bahagian depan Ladang Teh Bharat Cameron Highland ni. Cuma kalau hari minggu atau cuti sekolah, memang sesak. Nak parking pun jenuh. Masa kitaorang ke sini baru-baru ni tengah minggu hari kerja. Parking senang lah..hehe..Parking kat sini percuma, tandas ada disediakan kena bayar RM0.20. Tak ada orang jaga tapi ada peti, masukkan je duit dalam tu. Kalau korang tak nak bayar, terpulang lah. Atas kejujuran masing-masing. hehe.

Bharat Tea Cameron Highland

Dah sampai sini, memang aktiviti wajib minum di ladang teh bharat Cameron Highland. Macam k.fiezz beritahu kat atas ni, paling mudah nak sampai sebab kedudukan dia di tepi jalan sahaja. Harga minuman / makanan di Bharat Tea Cameron Highland ni agak pricey sikit. Sediakan ongkos lebih kalau nak makan / minum di sini. 

bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Kemain semangat mr hubby nak pi minum teh kat Ladang Teh Bharat ni, tau..Dia lead..hehe

bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Dah order set teh & makanan. So seperti biasa, sambil-sambil tunggu tu wajib lah wefie..


bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Nur sangat..haha


bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Cantik gambar ni. Suka lah..Tengoklah siapa pulak photoG dia..hehe..


bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Sampai dah set teh untuk 4 orang minum - RM17 (kalau tak silap)
Fries & Nuget - RM2*Lupa lah exact amount. haha. Sorry..Tapi rasanya range lebih kurang harga kat atas ni..

Sambil-sambil minum teh tengok pemandangan ladang teh di waktu pagi, ewah. hehe. Lepas minum teh, k.fiezz & adik ipar turun ke ladang teh ni hah. Bayaran masuk RM3.00 seorang. Demi berkeping-keping gambar berlatar belakangkan pemandangan ladang teh, sanggup menuruni anak tangga. Turun tak ada masalah. Nak naik, semputtttt..haha...

bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Cantik kan. Sejuk mata memandang. 


bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Halah halah..kemain posing..Jangan tanya mana mr hubby. haha.. Memang tak lah dia nak turun kat bawah ni,hah. K.fiezz & adik ipar berdua je turun. Mr hubby & mama tunggu kat atas. 


www.fiezasani.xyz

Nampak tak kat belakang yang k.fiezz blur kan tu. Situ port utama orang turun ke sini untuk ambil gambar. Lagi cantik ambil gambar kat area situ. Ada k.fiezz tangkap gambar kat area situ. Tapi tak cantiklah. Malas nak tepek kat sini. hehe..

bharat tea cameron highland, minum teh di cameron highland, minum teh cameron, ladang teh bharat cameron highland, ladang teh boh sungai palas

Lepas minum teh & bersenam di pagi hari naik anak tangga kat ladang teh bharat Cameron Highland, kitaorang ke pasar pagi sebelum sampai kat Kea Farm. Pasar ni kat belah bawah tepi jalan je. Gambar atas ni, biasalah bila kakak fiezz ada peminat rahsia yang jadi paparazzi dalam kereta. haha.

Kitaorang ke Pasar pagi nak beli jagung susu, strawberry + coklat. Jagung susu nak rebus kat homestay, nak makan sambil lepak tengok tv. Eh sekali jagung susu yang kitaorang beli kali ni tak manis..Beli dari penjual yang sama k.fiezz pernah beli masa datang dengan family k.fiezz bulan Julai baru ni. Lain kali nak beli kena test dulu. Masa beli sebelum ni, penjual tu ada bagi test sikit. Memang terasa manis dia. Yang kali ni, penjual tu tak bagi tester. K.fiezz pun tak minta sebab dah pernah beli sebelum ni dari dia. Ingatkan rasanya sama, rupanya tak. kali ni dapat yang langsung tak manis.. adeh..

Banyak lagi aktiviti atau tempat menarik korang boleh explore bila datang ke Cameron Highland ni. Cuma kakak fiezz & mr hubby ni memang jenis bercuti nak duk kat bilik je. haha. Mana lah tau lekat baby made at Cameron Highland. Eh. haha. Hover tau. 

Overall percutian kat sini memang seronok untuk menyejukkan badan dan merilexkan minda. Masa kitaorang ke sini asyik hujan. Lepas hujan berkabus je. Fefeling oversea tengok berkabus-kabus gitu. Boleh lah kita fefeling cuti oversea time winter..haha. Nak ke luar negeri, tak boleh lagi sebab COVID. Kita cuti-cuti dalam Malaysia je. Malaysia pun banyak derrr tempat menarik. 

8 Comments

  1. bestnya jenjalan ke cameron !

    ReplyDelete
  2. bestnya pergi holiday cameron highland..ciktom rindu nak pergi sana..best kan view ladang teh tu..tenang je tgok

    ReplyDelete
  3. Sejak childhood tak de rezeki lagi nak lawat Cameroon. Memang nak kena kumpul Ongkos ni kalau nak makan di kebun teh sana.

    ReplyDelete
  4. nikmatnya hirup teh panas sejuk2 atas tu...sruppp

    ReplyDelete
  5. Tak pernah singgah Cameron, arghhh...bila lah nak jengah...tunggu Covid bebetul habisssss maybeeeee

    ReplyDelete
  6. teh cameron paling sedap!!!

    ni entri dah siap kak..ehehe
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/10/hadiah-top-komentar-daripada-blogger.html

    ReplyDelete
  7. hohoho lama shida tak pergi cameron..bestnya kak fieza..

    ReplyDelete
  8. bestnya kak... tunggulah covid ni reda... Cik tk nak ke sana

    ReplyDelete