"K.fiezz, mahal lah Set Ayumi tu. Tapi kita berkenan. Boleh tak bayar ansuran"..Yea..k.fiezz faham sangat situasi korang yang mungkin rasa mahalnya, sayangnya nak keluar duit sedebuk macam tu. Hati tu nak tapi bila tengok nilai RM tu tak jadi nak beli. Walaupun sebenarnya jimat banyak korang beli Set Ayumi Obsess Makeup Set ni. Dalam senarai ada 6 barang sahaja tapi sebenarnya korang dapat 10 barang tau. Cream blusher tu ada 4 ketul & Duo Set tu ada 2 barang. Manakala yang lain setiap satu, satu barang..Jadi korang kira lah sendiri berapa barang yang bakal korang dapat. Bila dibahagi RM291 dengan 6 barang ni, jatuh setiap barang tu RM48.50 sahaja. Jauh lagi murah dari harga asal setiap barang. Contoh macam Treatment Cushion Foundation & Loose Powder RM59 setiap satu (loose item). Jadi nampak tak, untung ke tidak beli Obsess Makeup Set dari Set Ayumi ni. 

MAIN KUTU SET AYUMI

Jadi...K.fiezz nak cari 5 orang yang berminat nak beli Set Ayumi ni & kita buat main kutu. Orang sekarang cakap, ansuran. Orang dulu-dulu cakap, main kutu. hehe. Tak kisah lah mana-mana pun, yang penting k.fiezz buka inisiatif ni untuk korang yang nak dapatkan set ayumi. 


obsess makeup set, Set Ayumi

K.fiezz buka untuk 5 orang sahaja dahulu, kalau dapat sambutan, nanti k.fiezz buka lagi untuk ramai orang. 

BERAPA BAYARAN MAIN KUTU SET AYUMI NI?

So berapa bayaran untuk main kutu Set Ayumi ni?Tak banyak pun korang, k.fiezz kira mingguan RM30 untuk 2 bulan setengah lebih kurang.. Jadi setiap minggu, korang bayar RM30 sahaja. Sebulan ada 4 minggu, jadi RM30 x 4minggu bersamaan RM120 sahaja seorang..Jadi total untuk 5 orang RM600 bulan pertama, kedua & bulan ketiga RM300. Maksudnya 2 orang akan dapat set Ayumi bulan pertama, kedua dan bulan ketiga - seorang akan dapat SET AYUMI. 

Syarat penyertaan main kutu SET AYUMI. 
  • Warganegara Malaysia
  • Ada Kad Pengenalan (tangkap gambar KP & hantar melalui whatsapp). Kalau boleh alamat pada KP tu yang terkini atau boleh beri alamat terkini pada k.fiezz.
  • Boleh konsisten bayar setiap minggu
  • Jujur
Itu sahaja syarat untuk main kutu SET AYUMI Obsess Makeup Set ni.  Kad pengenalan jangan risau untuk simpanan k.fiezz sahaja. Kalau tak berani hantar gambar KP sahaja, korang boleh selfie sambil pegang KP tapi pastikan detail pada KP jelas & boleh dibaca. KP ni untuk rekod k.fiezz sahaja supaya tak ada yang lari lepas dah dapat barang. hehe. Jadi KP ni jaminan yang korang tak lari. Tapi k.fiezz harap yang main kutu SET AYUMI dengan k.fiezz ni JUJUR semuanya, okay..

Yang boleh memenuhi syarat kat atas ni untuk main kutu SET AYUMI, boleh roger k.fiezz (klik link dibawah). Nanti k.fiezz akan buat whatsapp group

6 Comments

  1. kena calculate budget balik before nak main kutu ni huhuh

    ReplyDelete
  2. rare ni main kutu beli make up hehe

    ReplyDelete
  3. oo ada juga ye main kutu untuk beli makeup.. biasa barang kemas ke atau barang letrik gitu. nice nice!

    ReplyDelete
  4. bagus juga ada sistem kutu ni.
    senang untuk merek ayg nak beli brg tapi bayar ansuran.

    ReplyDelete
  5. ish ika aim nak yang love love tu comel sangat. dah la warna pastel. warna dalam pun cantik hehe

    ReplyDelete