Ni cerita seram di pejabat k.fiezz yang terjadi semalam. Bukan lah ternampak sebarang kemunculan menda-menda halus (mintak dijauhkan) cuma terdengar gangguan dari suara je. 

cerita seram di pejabat
Motif letak gambar bunga, tak ada kaitan dengan entry ni. Cuma tak berani nak letak
gambar seram. Sat gi k.fiezz yang takut nak buka entry ni kalau nak reply orang komen. haha

Kisahnya semalam k.fiezz ni, kebiasaan lepas solat di surau k.fiezz akan mekap di bilik k.fiezz. Kebetulan semalam bos k.fiezz mesyuarat. Masa waktu makan tengahari semalam, dia memang tak ada dalam bilik. Pintu bilik dia k.fiezz dah tutup awal-awal selepas je dia keluar ke mesyuarat. Sampai lah waktu makan tengahari, pintu dia masih bertutup. K.fiezz assume dia tak habis mesyuarat lagi. 

K.fiezz pun lepas solat, duduk balik dalam bilik k.fiezz & tutup pintu bilik k.fiezz. Kang member-member nampak k.fiezz tengah mekap, diaorang kadang suka mengusik. Sis nak concentrate waktu tengah mekap. haha.

Tengah k.fiezz mekap, tetiba terdengar suara gelak-gelak dari bilik bos. K.fiezz abaikan je. Sebab duk ingat 'oooo.. bos dah ada dalam bilik lah ni. Tengah lepak dengan kawan baik dia' sebab memang kadang-kadang kawan dia naik lepak dalam bilik waktu lunch.

K.fiezz teruskan mekap macam biasa. Tapi k.fiezz macam pelik juga selalunya kalau bos dalam bilik walaupun pintu dia bertutup bila dia bersembang dengan kawan dia, boleh dengar suara. Sebab bos k.fiezz ni lontaran vokal dia kuat juga benornya. Cuma masa tu k.fiezz fikir, biar lah. Mungkin lepas diaorang gelak yang k.fiezz terdengar tu, diaorang main handphone. Jadi k.fiezz teruskan mekap seperti biasa.

5 minit kemudian, bos k.fiezz muncul depan k.fiezz sambil buka pintu bilik k.fiezz. K.fiezz terus tengok dia dengan kool nya sambil cakap 'ingat, Cik M dalam bilik'. Bos k.fiezz sambil jalan ke bilik, dia jawab 'ko jangan cakap, ko dengar suara dalam bilik aku'. haha. K.fiezz terus jawab balik 'yea. serius, memang saya dengar suara gelak-gelak dari bilik Cik M'. terus bos k.fiezz cakap 'Jom lah kita balik umah'. haha. 

Adeh. Nasiblah dengar suara je. Masa dengar mula-mula tu, k.fiezz tak lah seram sebab duk ingat bos k.fiezz ada dalam bilik. Eh sekali bos baru muncul depan bilik k.fiezz & baru nak masuk bilik, hah tu seram..Sebab suara gelak siapa pulak k.fiezz dengor sebelum tu weiii. haha..K.fiezz duk fikir, iklan dari radio macam tak logik. Sebab selalu iklan apa-apa, kalau ada scene gelak-gelak ke apa, mesti lepas tu ada cakap-cakap iklan tu promote produk / servis apa. Ni lepas gelak tu, sonyap...

Kejadian ni kali ke-2. Kali pertama, dalam minggu lepas atau 2 minggu lepas. Salah seorang pegawai tempat k.fiezz bagi dokumen untuk semakan bos. K.fiezz pegang dokumen tu dulu memandangkan masa pegawai tu bagi, memang bos dah tak ada dalam bilik. Dia dah lama keluar gi mesyuarat. 

Tak berapa lama lepas tu pegawai yang bagi dokumen tu terjenguk-jenguk dari bilik bos kat bahagian luar. Dia duk intai dari tingkap bahagian luar tu tengok dalam bilik bos. K.fiezz tegur dia, 'Cik M tak ada lah. gi meeting'. Terus pegawai tu cakap baru kejap sebelum tu dia nampak bos kitaorang dalam bilik. Errrrr..Tak kelakar tau...

Hari ni kat tempat k.fiezz, sis pasang zikir dan orang mengaji kat You Tube. Serammm u..

Sis ni bukan kuat semangat orangnya weiii...

7 Comments

  1. uih..seram kak fiez... klau kita xtau dah nak buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..tak tau nak bagi reaksi camne..tak berani lenkali nak tutup pintu bilik akak time bos tak ada.

      Delete
  2. seramnya...bacalah apa2 kak utk elak benda2 gini..mak saya banyak bagi doa utk amalkan sebab dekat umah saya ni kawasan hutan..seramm

    ReplyDelete
  3. Halah halah halah awatlah dia rajin masuk opis.. gi la melayang2 kat mana, rajin nau nak keje hahaha

    ReplyDelete
  4. uits, ni memang seram. nak ke tandas pun boleh takut ni... adeh.

    ReplyDelete