Baru-baru ni k.fiezz berpeluang menghadiri dan melihat sendiri salah satu rawatan aesthetic yang terbaru di Dr Alice Klinik menggunakan kaedah inject Hyaluronic Acid. Inject?Suspen tak dengar perkataan inject?Hyaluronic Acid?Apa itu Hyaluronic Acid? Tak bahaya ke acid acid ni.. Sabar..Jap gi k.fiezz kongsi lebih detail. 
dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aestheticw

Betul orang putih selalu cakap 'Beauty is Pain' tapi berbaloi dengan hasilnya yang boleh nampak sebaik saja habis rawatan. Rawatan aesthetic yang ditawarkan di Dr Alice Klinik ni juga tak perlu diragui sebab beliau berpengalaman dalam bidang astetik sejak tahun 1999. Sebelum beralih kepada bidang Aestetik ini, Dr Alice pernah bertugas sebagai Dr sakit puan & perbidanan (OBGYN) yang kemudiannya beralih kepada bidang aestetik kerana minat & kecenderungan dalam bidang ni.

Setakat hari ini, Dr Alice klinik menawarkan 88 jenis rawatan terdiri dari pelbagai prosedur kosmetik, rawatan aesthetic & kesihatan untuk memastikan setiap pelanggan tidak terhad menerima satu jenis rawatan sahaja di Dr Alice klinik. Dan terkini Dr Alice Klinik mempunyai 3 cawangan (alamat di bawah).

PROMO MERDEKA SHINE BRIGHT SERIES

Sebelum k.fiezz berkongsi mengenai rawatan Profhilo ni, berita baik untuk sesiapa yang nak buat rawatan di Dr Alice Klinik. Ada promosi MERDEKA sehingga 1 September 2020 sempena dengan bulan kemerdekaan kita pada bulan ini. Ageless Medispa menawarkan diskaun 40% untuk rawatan-rawatan Shine Bright Series kat bawah ni. 

  • > Gold Laser
  • > Facial Rejuvenation Method (Profhilo)
  • > Shine Bright Program
  • > Thread Lift Using Aptos Threads

RAWATAN PROFHILO DI DR ALICE KLINIK 

Macam yang k.fiezz beritahu awal tadi, k.fiezz dapat tengok sendiri salah satu rawatan aesthetic di Dr Alice Klinik menggunakan kaedah inject Hyaluronic Acid atau nama rawatan ni adalah Profhilo. Rawatan ni untuk mengekalkan keanjalan kulit dengan teknik menyuntik  Hyaluronic Acid ke dalam kulit kita yang bermasalah. Rawatan ini sesuai bagi kita yang dah mula alami masalah kulit disebabkan proses penuaan telah mula berlaku seiring dengan meningkat usia kita (dalam erti kata lain, dah tua derrr.hehe). Jadi rawatan ini membantu kulit menjadi lebih awet muda dengan merangsang kolagen & memberi kesan lebih anjal pada kulit.

dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic


dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic

Dr Alice bersama Pn. Priya Simmi (Mrs Malaysia World 2019/2020)

Pn Priya salah seorang pelanggan tetap di Dr Alice Klinik yang berkongsi pengalaman membuat rawatan di sini. Beliau mengalami beberapa masalah antaranya jerawat. Dan hasil rawatan di Dr Alice Klinik, beliau sangat berpuas hati. Paling penting, rawatan di sini tak memberi kesan yang negatif. Kebiasaan kita tahu, selepas rawatan muka di mana-mana pusat kecantikan lain, kita tak digalakkan untuk bermekap untuk beberapa hari tetapi di Dr Alice Klinik, tak perlu risau sebab kita boleh mekap seperti biasa sebab tiada kesan sampingan oleh kerana bahan yang digunakan diakui selamat & berkualiti. 

Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai rawatan Profhilo. Meh kita tengok apa kandungan yang bakal di suntik bila kita membuat rawatan Profhilo ni. Suntik?hehe.Seram dengar perkataan suntik ni.. 

Apa Itu Hyaluronic Acid?

Hyaluronic Acid ni kandungan semulajadi yang memang sedia ada dalam badan manusia. Ia sebenarnya molekul pegangan air macam gel yang mengisi ruang & berfungsi sebagai agen kusyen sendi dan saraf. Fungsi dia memerangkap kelembapan untuk hidratkan kulit dan rambut. Jadi wujudnya Hyaluronic Acid ni, kulit akan jadi lembut dan anjal kerana ia boleh tingkatkan juga pengeluaran kolagen. Cuma seiring dengan peningkatan usia, kulit kita secara perlahan-lahan tak dapat menghasilkan Hyaluronic Acid sekali gus kolagen juga tak dapat dihasilkan lagi. Dan ini lah menjadi punca kepada penuaan (kedutan, garis halus & kulit kering).

Kita ambil contoh bila belon yang telah ditiup, kemudian semakin mengecil disebabkan kekurangan udara. Cuba kita perhatikan pada belon tu, boleh nampak garisan dan kedutan di sana sini. Macam tu juga lah bila kulit kita kering. 

Kalau korang perasan, produk skincare kita banyak mengandungi Hyaluronic Acid ni sebab fungsi dia sebagai agen anti penuaan.

Untuk mudah faham, Hyaluronic Acid ni penting untuk meningkatkan kadar kelembapan kulit sekaligus memperkuat pertahanan kulit, iaitu lapisan kulit luar. Sekaligus kulit akan jadi lebih muda, lembut, halus, dan juga anjal. 

Jadi rawatan Profhilo di Dr Alice Klinik ni akan gunakan 100% bahan utama Hyaluronic Acid asli (organik) dengan kaedah inject Hyaluronic Acid di kawasan yang bermasalah pada wajah kita. Kaedah yang digunakan oleh Dr Alice dalam rawatan ini untuk merawat dari dalam kulit. 

Rawatan Profhilo

Penjagaan kulit melalui suntikan bio-pemulihan revolusioner pertama yang memberi kelembutan kulit dan tanda-tanda penuaan melalui rangsangan bio-kolagen, elastin dan sel stem lemak (lemak) yang hilang melalui penuaan kulit.

  • Anti penuaan baru dengan teknologi inovatif yang memberi penjagaan dari dalam ke luar

  • Menggunakan 100% Hyaluronic Acid asli

  • Menggunakan kepekatan Hyaluronic Acid tinggi 32mg (berat molekul tinggi) dan 32mg Hyaluronic Acid (berat molekul rendah)

  • Mengganggu proses penuaan tisu, merangsang bio elastin dan kolagen.

  • Mengatasi masalah penuaan kulit secara semula jadi.


dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic 
Dr Alice menunjukkan bahan utama dalam rawatan Profhilo iaitu Hyaluronic Acid.

dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic

Ada 2 picagari dalam ni. Satu dengan dos tinggi & satu lagi dengan dos lebih rendah

dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic
Dr Alice beri penerangan mengenai Hyaluronic Acid untuk rawatan Profhilo

dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic
Dr Alice akan tanda dahulu kawasan bermasalah yang akan disuntik dengan Hyaluronic Acid. 

dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic
Proses bermula. Sebelum tu mekap perlu dicuci, kemudian baru di bius dahulu sebelum disuntik dengan Hyaluronic Acid.


Nak tengok cara rawatan Profhilo. Boleh check it out video ni.
 

dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic
Hasil rawatan Profhilo dalam masa sebulan

KELEBIHAN PROFHILO

  • 12x peningkatan kolagen dan elastin pada kulit.

  • Memberi kesan menegangkan dan menaikkan kulit (lifting).

  • 20% peningkatan penghidratan kulit & 8 kali lebih tahan lama pada kulit daripada Hyaluronic Acid biasa.

  • Rawatan yang cepat , berkesan dengan kesakitan dan waktu rehat yang minimum.

  • Menyediakan proses pembaikan tisu, sesuai untuk parut jerawat.


REVIEW RAWATAN PROFHILO

Dari pemerhatian k.fiezz sendiri semasa rawatan Profhilo ni dibuat, memang hasilnya boleh nampak terus sebaik saja selesai rawatan. Macam haritu, Dr mulakan pada sebelah muka dulu. Kemudian baru sebelah lagi. Sebelum Dr suntik pada sebelah muka lagi, kesan pada sebelah muka yang dah disuntik, terus nampak on the spot. Kawasan pipi naik sikit (lifting) dari sebelum. Selain tiada kesan sampingan macam merah-merah bekas suntikan. Paling menarik selepas rawatan, boleh mekap seperti biasa. Di Dr Alice klinik ni, tak perlu risau. No pantang-pantang hokay. Experience dari pelanggan tetap Dr Alice Klinik juga iaitu Pn Priya Simmi pun berkongsi perkara sama.

                                                 dr alice prethima michael,dr alice klinic,ageless medispa,hyaluronic acid, apa itu hyaluronic acid,inject hyaluronic acid,rawatan aesthetic
                     Selepas sesi rawatan Profhilo. Tak ada sebarang kesan suntikan atau merah-merah. 
Kata Fa (peserta yang buat rawatan Profhilo) ni, masa proses suntikan ni tak sakit sebab dah dibius  cuma rasaa berdebar masa jarum nak disuntik ke dalam kulit.  Lepas habis rawatan nampak perbezaan kulit Fa yang lagi glow & automatic lifted. Yang lifted ni memang terus nampak tau lepas Dr Alice dah suntik sebelah masa tu. Terasa magic tengok instant effect dia tu. 

Overall rawatan Profhilo di Dr Alice klinik ni hasilnya berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Kos rawatan Profhilo di Dr Alice Klinik RM4+++ untuk 2x rawatan. Nampak mahal kosnya tapi percaya lah berbaloi dengan hasilnya. Untuk dapat kesan yang lebih baik, boleh ulang rawatan ni beberapa kali. Setiap kali suntikan Hyaluronic Acid ni boleh bertahan sehingga setahun.

Experience yang menarik dapat tengok sendiri salah satu rawatan aesthetic di Dr Alice klinik yang memang dah dikenali ni. Seriau tengok jarum tapi apa orang putih cakap 'Beauty is Pain' baby. hehe. Kalau hasilnya berbaloi, tak rugi melabur untuk kepuasan diri sendiri sentiasa tampil penuh yakin dan cantik. Lagipun kalau kita sendiri ada masalah yang berkaitan, tak salah cari penawarnya. 

Maklumat lanjut : 

Facebook - Dr.AlicePrethima
Instagram - dralice_prethima

Alamat Dr Alice Klinik :

Dr Alice Klinic
62-1 Jalan Maarof,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2282 0994
Fax: 03 2284 0994

Dr Alice Clinic
257, Jalan Maarof, Bangsar, 
59000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dr Alice Klinik
Klang 46 Lorong Batu Nilam 21-A,
Bandar Bukit Tinggi 2,
41200, Klang.
Tel: 03 3324 6994
Fax: 03 3324 0748

3 Comments

  1. wah , kalau berkemampuan memang tak salah nak dapatkan rawatan penjagaan muka macam ni. baik untuk kulit, kita pun rasa happy, rasa lebih konfiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.kalau berkemampuan tak salah nak melabur utk diri sendiri.

      Delete
  2. waa bestnya gi facial.. memanjakan diri gitu

    ReplyDelete