Resipi dalam gambar ni, k.fiezz ambil dari Facebook. Asalnya ni resipi ayam masak kicap pedas daun kari. Tapi tak ada stok daun kari kat rumah sebab baru habis. Jadinya k.fiezz tukar kepada resipi ayam masak kicap pedas sahaja. Daun kari tu k.fiezz tak letak lah sebab daunnya pun tak ada. Tu yang nama resipi ni tukar kepada Resipi Ayam Masak Kicap Pedas sahaja. hehe..

K.fiezz cuba resipi ayam masak kicap pedas ni sebab tengok cara masak dia yang tak renyah & senang. K.fiezz biasalah cari resipi yang mudah dan senang je. Petang time balik kerja, nak masak yang susah-susah & banyak step. Tak berapa nak rajin.. Nak masak yang susah-susah ni, tunggu weekend. 

Jom tengok bahan-bahan & cara masak resipi resipi ayam masak kicap pedas ni. Betul ke senang?Iya je k.fiezz cakap senang. Betul ke senang k.fiezz oooi resipi ayam masak kicap pedas ni?

Check it out!!!

Resipi Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-Bahan
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • 1-2 sudu Cili kering yg dah dikisar
  • Bwg Besar (hiris)
  • Bwg Putih (hiris)
  • Halia (hiris memanjang)
  • Cili padi ijau/merah (belah dua)
  • Daun kari **kalau ada, boleh letak**
  • Air Asam jawa
  • Kicap
  • Air ckit utk kuah
  • Garam (jika perlu SBB dh ada kicap kn..
  • Gula
Hiasan - 

Bwg besar (dihiris bulat)
resipi ayam masak kicap pedas resipi ayam masak kicap pedas daun kari

Ni lah rupa ayam masak kicap pedas yang k.fiezz olah dari facebook

Cara Masak :
  • Ayam digoreng terlebih dahulu (separuh masak atau jangan garing sangat)
  • Dalam kuali goreng ayam tadi, tumis kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga beserta bahan hiris & daun kari sampai naik bau. Kemudian baru masukkan cili kisar & tumis sampai pecah minyak dan garing. 
  • Selepas itu masukkan air asam jawa sikit, kicap + air. Kacau-kacau sekejap & biarkan kuah mendidih. 
  • Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam yang dah goreng. Diikuti garam, gula secukup rasa
  • Biarkan mendidih lagi sekali & masukkan bawang yang telah dihiris bulat & cili padi untuk hiasan. Dan siap!!

resipi ayam masak kicap pedas resipi ayam masak kicap pedas daun kari

Yang ni k.fiezz olah resipi sama cuma tukar bahan utama dia guna sotong pula. Cuma yang sotong ni dia jadi berkuah sikit sebab sotong kan berair bila kita masak. Jadi dia meresap dalam hasil tumisan, jadi lah kuah macam ni. Tapi rasa tetap sama. 

Overall resipi ni sedap & lulus ikut tekak mr hubby. Yang resipi ke-2 guna sotong tu, mr hubby lah yang request..

So kalau korang yang sama macam k.fiezz, wanita berkerjaya gitu, balik kerja rushing nak masak. Boleh cuba resipi ni. Senang & cepat..

8 Comments

  1. Nampak pekat, kenapa eh kami kalau buat ayam masak kicap, jadi cair je.. maybe sebab tak letak cili kisar kot

    ReplyDelete
  2. SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS2

    ReplyDelete
  3. cara ammi masak kicap pun gini gak..kena pedas sikit kalau tak tu macam muak pulak

    ReplyDelete
  4. sedap.. lauk cemni cukup da buat nasi bertambah..

    ReplyDelete
  5. Kat rumah saya menu ni seminggu sekali mesti buat, Tapi saya jarang letak daun kari. Sebab sayang pokok kari tu. Daun nya kongsi dengan ulat.Hahah.. Jadi saya letak daun limau purut

    ReplyDelete
  6. Resepi kicap pedas ni jadi kegemaran Sis sekeluarga..memang kadang raya pun masak menu ni..

    ReplyDelete
  7. fav niiii tapi saya biasa tak masukkan bunga lawang ,kayu manis dan pelaga tu....saya buat lgi simple..janji sedap..hehe

    ReplyDelete