Sempena anniversary k.fiezz & mr hubby baru-baru ni, mr hubby belanja shopping kat Berjaya Times Square. Wah kemain shopping kat BTS. haha. Ala, Mur-mur je korang. Idak lah mahai benor kat situ. K.fiezz tahu banyak kedai baju murah di berjaya times square ni. Bukan setakat baju..Jeans, kasut, baju kebaya, baju kurung, office attire memang murah-murah je kat sini. Cuma nak ke sini selalu, parking satu hal. Jammed satu hal. 

berjaya times square,baju murah di berjaya times square

Jadi malas nak ke sini sebabkan 2 ni. Tapi baru-baru ni mr hubby ajak shopping kat sini. K.fiezz ingatkan mula-mula nak cuci-cuci mata je sebab bosan dah berapa bulan terperap kat rumah sebabkan PKP ni. Rindu nak jalan-jalan dalam mall. 

So ke Berjaya Times Square lah kitaorang. k.fiezz ingatkan mr hubby saja bawa jalan-jalan kat sini. Eh sekali serius rupanya mr hubby belanja shopping. Mr hubby cakap belanja ni sempena anniversary kitaorang. Yelah nak belanja makan kat luar, tak berani lagi sebab COVID masih berlegar lagi di bumi Malaysia ni. Nak cuti-cuti, lagii laaa tak berani. so mr hubby belanja shopping. 

Halah halah ni sayang lebih ni. haha. sebab belanja shopping, sayang lebih. kalau tak . eh, tak-tak. Kalau tak belanja shopping pun, memang sayang. Ewah. hehe. 

Total damage shopping kat BTS ni RM9*.00..tak ingat exact amount tapi bawah RM100. Dapat 2 helai seluar, sehelai blouse, sehelai baju t-shirt + skirt, sehelai kebaya, sehelai seluar legging. Yeay, thank you sayang belanja. Lenkali belanja lah lagi. haha. Padahal mr hubby duk offer macam-macam masa shopping haritu tapi ni je yang k.fiezz berkenan. Cewah,padahal banyak lagi yang lain berkenan. Tapi risau bajet mr hubby lari lah pula bulan ni. Banyak lagi kena bayar. Bil-bil telefon internet elektrik, stok makanan. Kena fikir juga tu. Shopping..shopping juga tapi kena kontrol..

Cari Baju Murah Di Berjaya Times Square

Korang kalau nak cari blouse, baju jalan-jalan, seluar kerja, baju kurung/kebaya, tracksuit, jeans cari lah kat sini. Serius murah-murah sangat. Baju kebaya yang k.fiezz beli kat sini RM40 sepasang. Murah weiii. Rambang mata tengok.

Kalau yang dari luar KL dah sampai kat KL ni, sila masukkan list shopping baju murah di Berjaya Times Square. Jangan risau, nama dia je macam risau nak jejak,kan. Rasa macam tempat orang ada-ada je tapi no worry melangkah masuk dalam tu, sure rambang mata tengok baju kat situ harga murah-murah. Silap-silap korang pergi sana naik MRT balik rumah kena naik grab sebab penuh kiri kanan pegang plastik beg hasil shopping.

K.fiezz haritu pun kontrol nafsu serakah shopping ni. kalau idak, sakannn menyopping. Mr hubby asyik menghasut tu cantik. ni cantik. tergugat juga iman ni, hah. Tarik nafas..lepas..tarik nafas..lepas. haha..

Dah dapat berapa helai baju, seluar, t-shirt, blouse, legging. Nanti kita repeat lagi, yeak..haha..

3 Comments

  1. Sepupu ada gtau juga kat sana ada juga baju murah tapi itulah tak pernah sempat nak singgah hehe.. tunggu semua dah ok semula kita naik kolumpo semula ye

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat nyopink sakan
    Happi Anniversari juga.

    ReplyDelete