K.fiezz ternampak post ni dalam group TTC di Facebook. Eh macam menarik nak cuba. Senang je..ewah..senang..Padahal rasanya kawan k.fiezz pernah kongsi cara ni untuk naikkan peranakkan ke apa, kalau tak silap. Ceritanya memang elok lah senaman ni untuk kaum wanita. Tapi kakak fiezz ko ni tahap malas tak tahu nak habaq lagu mana..Tak buat juga..Tetiba tadi scroll nampak ada orang kongsi tips hamil ni & caranya sama macam kawan k.fiezz pernah kongsi sebelum ni. Baca post ni rupanya, antara tips orang lama untuk siapa yang susah nak dapatkan zuriat boleh cuba amalkan. K.fiezz kan termasuk dalam list ni..Boleh la cuba...

Sila rajin yea k.fiezz. Nak anak kan..Meh lah kita cuba. Senang je cara senaman dia. Cuma buat masa sebelum dan selepas bangun tidur. Masa senaman 10 minit atau semampu yang boleh. Baikkkk..kita cubaaaa...

tips hamil,petua cepat hamil cara tradisional

Untuk yang sama geng dengan k.fiezz, boleh lah cuba amalkan tips hamil ni. Mana tahu,kan. Kita usaha je. Selain dari senaman ni boleh cuba juga tips hamil lain. K.fiezz ada kongsikan sebelum ni. << Petua Hamil Dengan Air Rebusan Tauge >>

Tips atas ni k.fiezz sendiri masih amalkan sebab belum berjaya lagi. Usaha tangga kejayaan..Caiyok Caiyok..Tips hamil ni macam kita amalkan produk untuk hamil. Ada yang sekali amalkan, dah berjaya. Ada yang kena terus amalkan beberapa bulan, setahun atau lebih baru berjaya. Rezeki masing-masing. Yang penting, usaha jangan pernah berhenti. Walaupun k.fiezz tak nafikan kadang ada masa rasa letih dan putus asa sebab segala usaha yang dibuat masih belum membuahkan hasil. Tapi demi untuk zuriat yang ditunggu-tunggu, k.fiezz bangun semula kuatkan semangat & teruskan usaha. Allah lebih tahu masa yang terbaik untuk kurniakan k.fiezz & mr hubby zuriat. Apapun usaha kena seiring dengan doa..

Sempena bulan Ramadhan ni, Moga Allah kurniakan rezeki zuriat pada k.fiezz & mr hubby..Harap usaha kitaorang membuahkan hasil & ada si kecil yang melekat dalam rahim k.fiezz ni..Aamiin...

3 Comments

  1. Assalamualaikum, oh kak fiez pun sama ek.. TTC berapa tahun dah? Jom sama2 support utk hamil! kita kena kuat dan jangan putus asa... sampai bila2 pun jangan putus asa, dan terus bersangka baik kt Allah. In shaa Allah, ada rezeki utk kita. amiinn yaa rabb.

    ReplyDelete
  2. senaman seperti gambar di atas adalah bagus dipraktikkan apabila selepas bersama suami. ramai yang share tips ni, antara usaha untuk mengekalkan cecair tidak terkeluar selepas bersama suami. semoga FS diberi rezeki zuriat anak , insya allah.

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki zuriat buat FS dan suami. Aamiinn..

    ReplyDelete