Me Time uoll. Sebelum ni, setiap kali hari Isnin semua like monday blues. Tak ada mood, malas nak pi kerja. Tapi sejak PKP ni tak ada istilah monday blues dan segala blues. Haha. Sebab kita duk berkurung dalam rumah je. Seronok duk rumah?ada seronok..ada tak seronok..Seronok sebab dapat cuti tak ditolak cuti rehat bagi yang bekerja macam k.fiezz ni..haha. Tak seronok sebab tak bebas nak keluar ke mana-mana. Lepas dah dekat sebulan duk rumah ni, masing-masing dah tak ingat hari apa..Aktiviti pun ulang yang sama je. huhu. Moga cepatlah COVID-19 ni berlalu dari sini. 

So aktviti hari ni..K.fiezz ber Me Time..Walaupun berkurung duk kat rumah, kena lah jaga kulit juga, yea tak. Takkan duk kat rumah kulit pun terbiar gitu je. Dah ada koleksi mask yang macam-macam dalam drawer k.fiezz ni, jom lah kita ber masker muka sebelum mask ni expired & terbuang gitu je dalam tong sampah..

SHEET MASK

masker muka, kenapa kena pakai masker

Pilihan k.fiezz sheet mask hadiah dari kawan blogger. Everyday Mask Nourishing dari ekstrak madu. 

masker muka, kenapa kena pakai masker

Kandungan & cara guna sheet mask ni..

masker muka, kenapa kena pakai masker

Sebelum gunakan masker muka ni, k.fiezz skrub muka dulu dengan serbuk manjakani. Kebetulan ada stok di rumah & haritu k.fiezz ada kongsikan juga serbuk manjakani boleh dijadikan sebagai skrub untuk badan/muka. 

Lepas sesi skrubbing, bilas dengan air. Kemudian baru tepek sheet mask ni. Biarlah 15 minit lebih kurang. 

Perlu ke pakai masker muka ni, k.fiezz?Untuk k.fiezz perlu untuk korang yang mementingkan kecantikan kulit muka. Sebenarnya kita digalakkan membuat sesi Me Time ni seminggu 1-2x. Prosesnya pun tak ambil masa yang lama. Cuma antara rajin dengan tidak je. 

Walaupun nampak macam remeh je pakai masker muka ni, tapi kelebihan konsisten menggunakan masker muka ni kita akan nampak dalam jangka masa panjang terutama kalau kita nak kulit kekal cantik, berseri dan tak nampak tua..

Kenapa kena pakai masker?

  • Tegangkan Kulit Muka - Pemakaian masker muka ni boleh menegang serta anjalkan kulit muka dan juga buatkan kulit kita lebih halus dan awet muda. 
  • Mencerahkan Kulit Muka - Konsisten menggunakan masker muka, boleh mencerahkan kulit muka sebab kulit kita akan menyerap segala khasiat yang ada pada masker muka yang jadikan kulit kita berseri dan cantik.
  • Kurangkan Tanda Penuaan - Pemakaian masker muka yang kita buat secara rutin dan konsisten, boleh kurangkan kedutan, garis halus & tanda penuaan di muka.
  • Buang Sel Kulit Mati - Proses mencuci muka dengan pencuci muka cuma membersihkan lapisan di bahagian atas kulit sahaja & tidak sampai ke lapisan dalam kulit. Jadi fungsi masker muka yang boleh menyerap sampai ke lapisan dalam kulit memberi khasiat pada kulit dan dalam masa yang sama membuang sel-seli kulit mati dan menjadikan kulit lebih sihat serta berseri.
  • Rawat Kulit Kusam - Rutin kita yang tidak cukup tidur atau selalu tidur lambat, sibuk dengan aktiviti seharian serta kerap terdedah dengan cahaya matahari, boleh menjadi punca kulit muka kita menjadi kusam. Jadi penggunaan masker muka dalam rutin mingguan kita dapat membantu atasi masalah kulit kusam & jadikan kulit muka lebih berseri dan bermaya.
  • Lembapkan Kulit Muka - Masker muka boleh bantu lembapkan kulit & jadikan ia lebih segar. Untuk yang ada masalah KULIT KERING, sangat sangat digalakkan memakai masker muka sebab kulit kering menyebabkan muka lebih tua dari usia sebenar.  Serta proses penuaan turut berlaku dengan lebih cepat.
  • Membuang Whitehead/Blackhead  - Masker muka boleh membantu tanggalkan segala whitehead/blackhead dan jadikan kulit lebih bersih, licin dan segar.
  • Control Minyak - Masker muka dapat menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka dan mengawal pengeluaran minyak. Clay Masker pilihan yang tepat dan bersesuaian untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit muka & sekitar daerah T-Zon.
  • Kecutkan Jerawat - Masker muka boleh bantu kecutkan jerawat sebab ia bertindak sebagai detox yang membuang kotoran pada kulit muka. Hasilnya kulit lebih bersih & licin.
  • Bersihkan Liang Pori - Masker muka berfungsi sebagai detoks muka, menarik semua kotoran pada kulit muka dan membersihkan liang pori dari kotoran yang menjadi punca liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. 
  • Merawat Kulit SunBurn - Masker muka boleh merawat kulit yang terbakar dan jadikan kulit lebih sihat, segar & berseri.
  • Tenangkan Kulit Muka - Masker muka merehatkan & menenangkan kulit muka sebab masa kita guna masker, kita dalam keadaan rilex seperti kita buat rawatan di SPA. So bila guna masker muka di rumah, boleh lah kita feel ala-ala di SPA walaupun sebenarnya kita di rumah..hehe

Pilihan Mask

Banyak jenis mask sekarang ni. Pilih je yang mana kita nak dan fungsi mask tersebut. Macam k.fiezz, ada koleksi clay mask, sheet mask & Sleeping Mask

Jadi dalam rutin mingguan, k.fiezz akan pastikan guna mask 1 atau 2x seminggu. Sebab sis dah berusia so nak nampak awet muda sentiasa..Gitu..hehe..Hasilnya bukan lepas guna, terus nampak. Ambil masa. Jadi keyword - KONSISTEN..

2 Comments

  1. Time pkp sekarang, saya makin kerap jugak la pakai mask. Clay mask paling saya suka 😁

    ReplyDelete
  2. wah kak fiez !! serius atie tak tau.. main pakai je sebab orang kata elok.. hahahaha~ rupanya ada sebab lain ya untuk merawat masalah kulit.. thanx kak !!

    ReplyDelete