Sejak kes COVID-19 yang tengah melanda satu dunia & mudah tersebar, semua seriau kan..nak pegang apa-apa. Memandangkan kita pun tak tahu siapa yang dah sentuh sebelum kita. Mungkin orang sebelum kita tu ter batuk ke, terbersin ke dan air rembesan hasil batu atau bersin tu terkena kat barang atau tempat yang kita pegang tu. Jadi kita pun was-was. Nanti k.fiezz share detail cara COVID 19 tersebar.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Kita pula sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan, so pergerakan kita terbatas. Boleh keluar atas urusan beli barang keperluan sahaja dan cuma Ketua Keluarga sahaja yang dibenarkan. Kerajaan cuba mengelak untuk sebaran COVID-19 ni jadi lagi serius. 

Untuk mengurangkan risiko ni, kerajaan menetapkan SOP setiap kali pembelian barang-barang di kedai / pasaraya, cuma terhad kepada beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa dan kena jarak antara satu sama lain 1 meter bagi mengelakkan virus COVID-19 ni terkena pada orang lain. Sebab kita tak tahu siapa antara kita yang menjadi carrier

SERIAU BARANG YANG DIBELI ADA VIRUS COVID-19

Beli barang-barang keperluan memang wajib lah. Sebab bila dah dah duduk kat rumah ni, dapur sentiasa beroperasi 24 jam. Antara barang keperluan yang wajib di beli adalah makanan. 

Dah beli makanan, risau pula takut ada antara yang kita beli tu dah terkena virus COVID-19. sebab kita pun tak tahu siapa yang pegang barang-barang tersebut. Haih, satu masalah di situ. 

Jadi habit kita sekarang, setiap kali ketua keluarga balik dari beli barang-barang keperluan di kedai, kita akan basuh semua sekali barang-barang tersebut. Macam k.fiezz sendiri, barang makanan yang dalam plastik, k.fiezz cuci guna sabun. haha.. serius okey..Mana yang bukan dalam plastik macam barang-barang basah (ayam, ikan, sayur, cili, bawang dan seangkatan dengannya) idak lah k.fiezz cuci dengan sabun. Haha. Kang dah basuh dengan sabun, k.fiezz juga yang was was boleh ke tidak nak makan..haha..So yang dalam plastik, kat luar sahaja basah..bahagian dalam tak kena pun..Tak pe lah nak basuh..Ikut logik k.fiezz la yea..



Orang lain tak tahu..

Tapi korang tahu tak macamana cara COVID 19 tersebar?

Jom kita baca info sikit..So kita boleh belajar dan tahu macamana cara COVID 19 tersebar. 

CARA COVID 19 TERSEBAR

  1. Cara utama jangkitan COVID-19 ni melalui rembesan cecair dalam badan yang dah ada virus (jangkitan melalui batuk, bersin atau bercakap).
  2. Juga tangan yang dah ada virus COVID-19, lepas tu kita pegang mata, hidung, mulut.
LANGKAH PENJAGAAN SELEPAS BALIK DARI BELI BARANG KEPERLUAN
    • Masa keluar, risiko jangkitan lagi tinggi sebabnya kita tak tahu dengan siapa kita jumpa, ter borak. Jadi penting jarakkan 1 meter untuk elakkan terjangkit tanpa sedar. Elakkan juga memegang muka dan basuh tangan selepas selesai selesai membeli belah dan menolak troli sebab troli di pasaraya di sentuh oleh ramai orang. 
    • Sampai sahaja di rumah, terus basuh tangan dahulu. Kemudian baru susun semua barangan yang kita telah beli tadi. Selesai sahaja, basuh tangan sekali lagi. Begitu juga sebelum dan selepas memasak.
    • Sebenarnya tangan kita sendiri banyak kuman, jadi pentingnya kita membasuh tangan dengan kerap.
    • Tidak perlu basuh semua barangan yang kita beli dengan sabun untuk nyahkuman ataupun rendam dalam air garam Cuma pastikan setiap bahan masakan perlu di basuh dahulu sebelum masak. 
    • Risiko membasuh bahan mentah air sabun boleh menyebabkan loya, cirit-birit & muntah. 
    • Sanitise barang dapur juga tidak sesuai cecair bahan kimia dalam sanitiser atau produk-produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan. Lagi merosakkan makanan.
    • Hanya bakul atau beg kitar semula yang kita guna semasa membeli belah kita nyahkuman sekurang-kurangnya seminggu sekali.
    • Selesai membasuh segala peralatan ini, basuh semula tangah kita dengan sabun.


Sebelum keluar, baca doa ini sebagai perlindungan diri.

Semoga virus COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ni berjaya diputuskan rangkaiannya. Aaminn..

Jadi pentingnya untuk semua beri kerjasama dengan #DudukRumah untuk memutuskan rangkaian virus COVID-19 ni..



1 Comments

  1. Mmg risau kan covid 19 melanda ni. Kita pun kalau husband beli barang, mmg akan bersihkan dulu sebelum guna.

    ReplyDelete