Dah duk berkurung dalam rumah ni, baru la belek muka. Eh, ada parut-parut lama la..eh, nampak kusam la..eh, awat lah besor benor liang pori aku ni, weiii..eh, kenapa ton warna kulit berbeza sangat ni, aih..segala eh eh la cerita dia. Sebelum ni tak perasan sebab sibuk. Pagi, rushing mengejar nak ke tempat kerja. Petang time balik kerja dah penat. Nak mengejar masak..Nak setelkan anak..Nak setelkan bapak kepada anak kita plak..hehe..so busy duaplohempatjam. Memang tak dan la nak belek muka sangat..Mungkin perasan segala yang duk eh eh macam k.fiezz mention kat atas tadi tapi kesibukan tu buat kita tak ada masa nak rawat segala masalah tu.

ANTIOXIDANT SERUM

So dah kebetulan duk berkurung dalam rumah ni, jom k.fiezz nak suggest best antioxidant serum yang boleh merawat masalah-masalah di atas ni..Selain dari rutin skincare yang biasa kita  buat sekarang seperti cleanser, toner, moisturizer satu lagi rutin yang k.fiezz cadangkan untuk selit masuk dalam step ni adalah pemakaian antioxidant serum dari SANNY & JOLEEN

Jadi rutin step skincare yang terbaru bila kita masuk kan antioxidant serum ni, adalah

- Cleanser
 Toner
- Serum
- Moisturizer

Eh, perlu ke antioxidant serum ni k.fiezz?okey, korang tahu tak wanita-wanita yang dah menginjak usia 30-an wajib jadikan serum sebagai rutin untuk kekalkan kulit sentiasa nampak sihat, anjal & muda..eh gituuu..Betul ni, sebab k.fiezz ada contoh adik ipar k.fiezz konsisten pemakaian serum .Nampak beza kulit dia dulu & sekarang. Jeles pula k.fiezz.. Sebab kulit muka k.fiezz tanpa mekap, adeh..sabo je lah sis nengoknya weiii..ate tak nak  pakai serum..so dah kita duk kat rumah, tak ada buat apa ni, k.fiezz nak berjinak-jinak dengan antioxidant serum dari SANNY & JOLEEN ni..

www.fiezasani.xyz

APA FUNGSI ANTIOXIDANT SERUM ni?

Antioxidant serum ni membantu melawan radikal bebas pada kulit kita sebab kandunganya mengandungi anti penuaan yang merangsang pengeluaran kolagen. 

Serum mampu tembus jauh ke dalam kulit jadi dia boleh membantu masalah kulit kering serta : 

>> Membaiki kulit kusam
>> Menyamaratakan warna ton kulit
>> Mencerahkan & meremajakan kulit
>> Memudarkan parut gelap dan pigmen

KANDUNGAN ANTIOXIDANT SERUM


Tocotrienol (Premium Vit.E) - Keupayaan antioksida 40-60 kali lebih tinggi berbanding varian yang lebih biasa dari Vitamin E "tocopherol"


Niacinamide (Vitamin B3) - Berkesan meremajakan kulit, mengurangkan kulit kusam & penuaan pramatang. Menyamaratakan ton untuk kulit  yang sihat

Natural Fruit Oil (Olive Oil) - Melembapkan. Penuh dengan antioksidan untuk mencegah tanda-tanda penuaan kepada kulit

SELAMAT DIGUNAKAN

- Dermatologist Test
- GMP Certified & Ministry Of Health Registered
- NO SLS, NO Paraben, NO Sythentic Fragrance

SESUAI UNTUK KULIT?

Antioxidant serum sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tak kisah kulit korang KERING, KOMBINASI atau BERMINYAK. Termasuk lah yang ada masalah kulit sensitif, tak perlu risau. sebab dah di uji, antioxidant serum ni hypoallergenic. Kalau nak pastikan, korang boleh test sapu pada mana-mana kulit lain selain muka. Kalau pasti tiada sebarang kesan alergi, baru guna pada muka.

KULIT JERAWAT

Pun boleh guna juga. Cuma sapukan lapisan serum antioxidant untuk beberapa kali. Oleh sebab mungkin luka terbuka pada jerawat, korang mengalami pedih untuk sementara waktu di muka.

ANTIOXIDANT SERUM UNTUK MEKAP TAHAN LAMA?

Seriusly, k.fiezz..yea..seriusly korang..Cuma dot dot kan antioxidant serum dalam foundation, cushion, bb cream atau cc cream. Hasilnya korang akan dapat mekap yang glowing & tahan lama.

TEKNIK URUTAN PEMAKAIAN ANTIOXIDANT SERUM

www.fiezasani.xyz
CARA PEMAKAIAN ANTIOXIDANT SERUM

Seeloknya gunakan selepas penggunaan cleanser dan toner tetapi sebelum penggunaan moisturizer pada waktu malam untuk membantu merawat kulit ketika tidur.

So untuk korang yang tercari-cari best antioxidant serum, boleh cuba antioxidant serum sanny & joleen ni..arga dalam kategori mampu di bayor.. ada 2 size.Jadi ikut bajet memasing..hehe..

www.fiezasani.xyz

Review Sanny & Joleen Antioxidant Serum

- Tekstur dia likat sikit tapi tak terlalu cair
- Bau dia kureng sikit..hehe..tapi untuk k.fiezz okey je. Cuma yang kalau nak serum wangi-wangi tu, yang ni bukan kategori wangi..tapi bila serum dah meresap dalam kulit, dah tak ada bau..
- Cepat meresap
- Tak berminyak

Maklumat Lanjut - 


0 Comments