Happy birthday to you..Happy Birthday to you..Happy Birthday to you, my sweet hubby..Happy Birthday to you..

Doa saya, semoga awak sihat selalu, murah rezeki so saya pun dapat tempiasnya..hehe..Diberi kesihatan yang baik, di panjangkan usia dan sentiasa happy go lucky together with me & our future son/daughter. eh..haha..Aaminn. Aamiin kan je yea korang. hehe

Tahun ni celebrate di rumah je uoll. Sebab kena PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN dari 18 Mac - 31 Mac 2020 & dilanjutkan ke 14 April 2020. #stayathome gais..#stayathome..

Awatlah ada yang degil ya amattt..Orang suruh duduk kat rumah pun susah.. Fikir bosan korang je. Kalau duk rumah flat/kondo/apartment macam k.fiezz ni, lagii laa melangut weiii..ke bilik, ruang tamu, dapur, bilik air..Ulang semula sampai habis PKP ni, hah. Jadi kalau kita nak cepat tempoh ni ditamatkan dan tak dilanjutkan lagi, sila la beri kerjasama untuk putuskan rantaian virus COVID-19 dengan duduk di rumah. Sibuk sangat nak berjalan time-time ni pasaipa..Dapat cuti tak payah tolak cuti rehat..save cuti rehat tu. haih, so selfish..Bukan korang je. Semua pun dapat cuti tak tolak cuti rehat weiii..tapi ramai je boleh ikut arahan. Dah kenapa yang degil tu susah sangat..

Cadangan k.fiezz, 'polis..tangkap yang hat degil-degil tu, buh sekali dalam lokap dengan pesakit COVID-19'..haih...susah sangat kan...buat je camni...

By the way berbalik pada cerita sambutan birthday mr hubby harini, duduk di rumah je lah konsepnya. Beli kek order online je kat GRAB FOOD..


www.fiezasani.xyz

Happy Birthday to you, my hubby...


www.fiezasani.xyz

Kek Oreo. Suruh birthday boy yang pilih...k.fiezz cuma bayor kan je..

www.fiezasani.xyz

Gigih suruh pakai t-shirt sebab nak tangkap gambor..haha...

www.fiezasani.xyz

So menu sampingan, k.fiezz masak Laksa..Resipi nanti k.fiezz share..

Okey, tue je sambutan ringkas sempena birthday mr hubby harini. No candle light dinner macam tahun lepas sebab tahun ni kena perintah berkurung dalam rumah..Tak pe tahun depan kita celebrate dengan junior kita pulak, yeak..hehe..Aamiin..

3 Comments

  1. Happy Birthday, tak paa sambut kat rumah janji kita stay at home sepanjang PKP ni.

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday untuk asben FS.
    celebrate kat rumah pun ok juga,
    as long as kita happy celebrate dgn yg tersayang kan.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday utk husbnd sis... moga terus dilimpahi rezeki. InsyaAllah. Aminn

    ReplyDelete