Masak-masak bersama mak mertua..ewah..bodek mak mertua ke tu, k.fiezz oooii..haha..ala sesi sweet muwit bersama mak mertua..sesekali gitu.. Dah mak mertua masak, k.fiezz tolong-tolong lah apa yang patut. Tak best pula rasa mak mertua masak, k.fiezz duk goyang kaki tengok tv. Walaupun sebelum ni, idak la rajin sangat menolong..hehe. Tapi bila dah meningkat usia ni, sedar diri sikit. Bila nampak mak mertua masak, laju-laju kaki masuk ke dapur. tanya apa yang boleh dibantu kat mak mertua. Hah, bila mak mertua dah beritahu nak suruh tolong potong bawang, goreng-goreng ke..laju je la buatnya. dah biasa kat rumah pun memasak gitu. so tak la kekok buat kerja-kerja di dapur. eh gitu..

SILA BELAJAR MASAK SEBELUM KAHWIN

Nampak yea adik-adik yang bakal berkahwin, belajar-belajar masuk ke dapur. so bila nak tolong mak mertua kat dapur idak la kekok weiii. Orang tua ni, orang berpengalaman. Tengok kita  pegang pisau macam kekok pun, diaorang dah tahu bakal menantu jarang masuk ke dapur. Tak ke risau bakal mak mertua, anak dapat bakal isteri tak pandai masak. haha. susah hati dia, anak lelaki dia makan kedai hari-hari lepas kahwin nanti.haha.jadi moral of the story, rajin-rajinlah masuk ke dapur..

MENU MAK MERTUA MASAK 

Okey, berbalik pada cerita gambar menu masakan mak mertua ni. Benornya mak mertua masak kemain meriah ni sebab anak-anak & menantu-menantu balik kampung masa cuti tahun baru cina yang lepas.

www.fiezasani.xyz


Meriah kan. Sambal udang ada. ayam mas ada..ikan siakap sweet sour ada..bawal emas masak kari ada..ayam goreng ada..

Yang mana satu k.fiezz masak?ayam goreng tu je. haha. hat lain, tolong-tolong potong bawang, sayur, cuci ayam.. okey la kan..

Dulu masa memula kahwin dengan mr hubby, k.fiezz pun idak rajin nak tolong mak mertua bila dia masak. sebab tak reti nak tolong apa. so sis duk kat depan tengok tv. Bertuah punya menantu.haha. Tapi bila dah menginjak usia ni, baru lah sedar diri nak tolong mak mertua masak bila time balik kampung..Kesian tengok mak mertua masak sorang-sorang kat dapur nak kenyangkan perut anak-anak dan menantu-menantu. 

Lagipun k.fiezz teringat kawan k.fiezz pernah cakap, 'macamana kita layan mertua macam tu  la bakal menantu kita nanti layan kita pula'..huhu. terus menusuk ke dalam hati masa kawan cakap macam tu walaupun k.fiezz & mr hubby belum ada zuriat. Insyaallah ada rezeki, Allah bagi zuriat nanti.. Tak mau lah dapat bakal menantu macam perangai k.fiezz yang tak semengah ni. haha.. contoh tak nak tolong mak mertua masak. Nanti menantu sis pun sama perangai macam sis..hah, boleh menaikkan kemarahan ni. haha. tau pun marah kan. so kalau kita tak nak nanti dapat menantu gitu, kita ubah lah sifat malas kita tu pada rajin bila balik rumah mak mertua. hehe..

Bak kata kawan k.fiezz, hidup kita ni berpusing. macamana kita layan mertua. macamtu lah  bakal menantu pula layan kita. contoh kita tak suka mak mertua. nanti bakal menantu pula tak suka kat kita. hah, masa tu nak marah pun tak boleh. sebab kita dulu pun perangai macam tu. tak suka kat mertua. ada je yang kita rasa tak kena dan tak sependapat dengan mertua. chill..Orang-orang tua ni suka beri idea/bersembang. Sembang je lah. Bukan selalu pun sembang dengan diaorang.  

JAGA HUBUNGAN DENGAN MAK MERTUA

Kadang k.fiezz terfikir juga mungkin ada doa k.fiezz yang masih belum dimakbulkan Allah sebab tak jaga hubungan sesama manusia. Macam dengan mak mertua. Ada je menantu dia ni nak komplen tu ini kat belakang. haha. sorry mama. 

Insyaallah lepas ni k.fiezz akan cuba berfikiran secara positif selalu dan tak mau komen itu ini.  

Nak cuba jaga hubungan baik & tak komplen itu ini pasal mak mertua.. Hehe.. dan wajib lah jaga hubungan dengan mak abah k. Fiezz juga. Semoga bila jaga hubungan dengan orang tua ni, Allah makbulkan doa k.fiezz yang selalu k.fiezz minta. Aamiin.. 

What Goes Around Come Around.

Pernah dengar tak peribahasa omputih kat atas ni. Mr hubby selalu cakap ayat ni kat k.fiezz. Bukan marah ke apa. Cuma mr hubby nak ingatkan k.fiezz. Apa yang kita buat pada orang lain, boleh berbalik semula pada kita. 

Jadi moral of the story berbuat baik dengan semua orang. Insyaallah, orang lain pun akan buat baik dengan kita. 

Lagipun kita kena fikir, no body is perfect derrr..Kita pun ada kesilapan tapi kita sendiri tak sedar. huhu. Sebelum kita judge orang lain begitu begini, cuba kita tengok pada diri kita sendiri dulu. Kita pun ada buat kesilapan tapi kita tak sedar. Cari lah kesilapan tu dan perbetulkan. 



3 Comments

  1. betul..sama-sama kita pelihara hubungan baik dengan manusia..Insyallah..

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada mak mertua...kita takde..masa kawen dulu pun mak mertua mmg dah takde

    ReplyDelete
  3. Meriahnya lauk tu kak oiii... Bestkan sesekali masak maska dengan mak mertua

    ReplyDelete