Moh nengok jambatan Victoria weiii..Sebelum ni k.fiezz tengok ramai yang kongsi gambar-gambar kat jambatan ni..Cantiknya jambatan ni..Kat mana yeak?Serius tak tahu weiii..adeh..Buat orang malu orang Perak je. haha. 

Lepas tu baru k.fiezz tahu, rupanya ni Jambatan Victoria di Kuala Kangsar.. Adeh..Macam nak lempang diri sendiri. Acane tak tahu ni. Kat kampung sendiri kot. K.fiezz orang Kuala Kangsor,uolls..hehe..Tu yang cakap, macam nak lempang diri sendiri. Boleh tak tahu Jambatan Victoria ni area Kuala Kangsar.

Ke Kampung Beluru, Kuala Kangsar

Kebetulan masa k.fiezz cuti seminggu bulan Januari baru ni, k.fiezz ikut mak mertua ke Kg.Beluru di Karai, Kuala Kangsar. Lepas kitaorang selesai urusan kat situ, mak mertua k.fiezz bawa kitaorang ke sini. Jarak dari Kg. Beluru nak ke Jambatan Victoria ni dekat sangat. 

Jambatan ni terletak dalam kawasan kampung, jadi tak ramai orang tahu. Kalau dari arah Sg. Siput menghala ke Kuala Kangsar (ikut jalan dalam/jalan lama),ada satu laluan yang  menghala ke sini & ada signboard JAMBATAN VICTORIA. 


www.fiezasani.xyz

Cantik kan..

SEJARAH JAMBATAN VICTORIA

Jambatan Victoria ni dibina pada tahun 1897 & dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah. Jurutera yang bertanggungjawab untuk pembinaan Jambatan Victoria ni adalah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Jambatan ini dinamakan Victoria diambil sempena nama Ratu Victoria yang memerintah England ketika itu. 

www.fiezasani.xyz

Cantik tak couple ni..eh. haha.. Cantik kan view dia..Masa ni sebenarnya panas lit lit..
Ajak mr hubby ai yang comel tu, dia nak bergambar kat bawah je. Dia malas nak jalan naik atas. Jadi k.fiezz & adik k.fiezz je naik atas jambatan ni..

Adik k.fiezz tak ada pilihan sebab dia kena jadi photographer k.fiezz. Dah mr hubby tak mau naik atas jambatan ni..haha...

www.fiezasani.xyz

Weiii..Gayat naik atas ni. K.fiezz berdiri kat tepi je..Nak berdiri kat tengah landasan tu, idak la weiii..Bawah sana Sungai Perak.. Yang bawah tempat k.fiezz berdiri ni, jalanraya. Bukan lah jalan sibuk..Jalan kampung tapi tetap gigil..


Sebelah tu ada laluan kecil untuk motosikal (boleh nampak bahagian tepi dalam gambar atas ni)..


 Sebelum ni nampak orang duk bergambar sampai ke tengah landasan tu macam rilex je. Bila sendiri naik atas jambatan ni, tengok bawah..Gayatttt..udah la..Bergambar kat tepi-tepi je lah..haha..

KISAH MISTERI PEMBINAAN JAMBATAN VICTORIA

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, semasa pembinaan jambatan victoria ni, orang-orang British telah mengorbankan seorang wanita & mayatnya disimen pada salah satu tiang pasak jambatan ni. 

Wallahualam..kesahihannya..

K.fiezz dapat info dari Google bila cari info mengenai sejarah pembinaan Jambatan Victoria ni.

LOKASI PILIHAN JURUGAMBAR

Jambatan Victoria sekarang tak lagi digunakan. Dan ia menjadi lokasi pilihan jurugambar untuk sesi photoshoot outdoor pengantin baru ataupun lama. haha.. Motif sebut lama..nak ajak mr hubby outdoor photoshoot kat sini ke camne..haha..

Bukan jurugambar je suka photoshoot kat sini, pelancong-pelancong yang datang Kuala Kangsar pun tak lepaskan peluang untuk bergambar di jambatan yang mempunyai nilai dari segi seni bina dan sejarahnya yang tersendiri. 

Korang kalau berkunjung ke Kuala Kangsar, jangan lupa masukkan Jambatan Victoria dalam itinerary

5 Comments

  1. samalah jeles tengok ornag bergambar atas jambatan ne, Tapi EE tak gagah nak drive g sini semata-mata nak OOTD huhu

    ReplyDelete
  2. slalu tgk org bergambar kt sini..tk pernh smp lg

    ReplyDelete
  3. uish seram plak simen mayat kat jambatan tu.. huhuuu

    ReplyDelete
  4. Fiezzzz......cantiknya tempat ni....bawak SA plisssss

    ReplyDelete
  5. xpernah smp lagi.. ishhkkk duk balik ipoh tapi tak teringat nak pergi.. baru2 ni ada gak terniat tapi cuaca tak sesuai sgt nak bawak anak-anak sekali

    ReplyDelete