Yeay..K.fiezz berjaya claim eTunai Rakyat. hehe. Mula-mula macam tak berminat tau sebab macam ala sikitnya RM30.. eh banyak songeh kerajaan nak bagi. haha. tapi tak boleh jadi ni bila tengok bukan main meriah lagi kat wall facebook k.fiezz. kawan-kawan facebook k.fiezz sorang-sorang update done claim eTunai Rakyat ni. Tanya mr hubby dia claim ke? Lagi pantas dari k.fiezz..cehhh sabar je lah. 

so laju-laju k.fiezz buka apps Grab dan Touch & Go eWallet. sebab dalam handphone memang dah ada dua-dua applikasi ni walaupun jarang guna. Dulu yang Grab k.fiezz selalu guna sebab guna Grab Car. Sekarang dah kurang guna sebab tak ada urusan yang kena guna Grab. 

Tapi sebab nak eTunai Rakyat tu. tak kira. Nak juga claim. So k.fiezz claim dua-dua GrabPay dan Touch & Go. Sekali dua. Bukan main tamak. Rupanya salah satu je. eh. ada satu lagi. Applikasi Boost. Yang ni k.fiezz tak ada aplikasi dia.

eTunai Rakyat

eTunai Rakyat ni inisiatif dari Kerajaan yang telah diumum dalam Belanjawan 2020 untuk rakyat Malaysia. Pelaksanaan eTunai Rakyat ni untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas & berpendapatan RM100,000.00 ke bawah. 

Penebusan boleh di buat dalam applikasi GrabPay, T&G eWallet & Boost mulai dari 15 Januari 2020 - 14 Mac 2020.

Cara claim eTunai Rakyat 

1) Pilih salah satu antara applikasi GrabPay, T&G eWallet & Boost 
2) Click claim RM30 (eTunai Rakyat)
3) Buat pengesahan pengenalan melalui Selfie dengan IC & gambar IC.
4) Tunggu pengesahan dalam masa 5 hari.
5) Selepas pengesahan dibuat & tiada sebarang masalah, duit RM30 akan dimasukkan dalam akaun (GrabPay @ T&G eWallet @ Boost)
 
K.fiezz berjaya redeem GrabPay RM30. Kan tadi k.fiezz beritahu tamak, pi redeem sekali dua..haha. tapi satu je yang lulus. So k.fiezz dapat GrabPay.
 
www.fiezasani.xyz

Yeay..dah masuk dalam akaun RM30



Boleh digunakan untuk pembayaran servis & pembelian barang-barang. 

K.fiezz tak guna lagi. Biar dulu dalam akaun. tak sure nak beli barang atau makanan.. So biar lah dulu..

9 Comments

  1. belum claim lagi, bagi yang selalu guna je claim dulu haha thanks share steps untuk claim :)

    ReplyDelete
  2. SA pilih Grab je...dah habis dah pun...semalam habisnya...hahahaha

    ReplyDelete
  3. ooo macam tu rupanya dia bagithu kalau kita claim dua kali

    ReplyDelete
  4. GV dah buat dah e-tunai last week guna Touch n Go e wallet. hihi. ingat nak gi redeem tealive nanti. ada promosi. huhu.

    ReplyDelete
  5. saya tak claim lagi, IC saya tak match dgn gambar selfie ...
    haha. esok esok lah pi tukar ic dulu.
    ic freehair, lepas tu bahagian gambar dah pudar sikit.

    ReplyDelete
  6. Saya ada tng ewallet dengan boost. Tapi saya claim dekat tng je kak fiezz. Sebab selalu guna yang tu. Boost jarangggg guna

    ReplyDelete
  7. hehe depa ni kasi la untuk semua wakaka salah satu ja =P
    Boost boost !!

    ReplyDelete
  8. Nak tamak camner kalau satu je boleh tebus 😢

    ReplyDelete
  9. Member - member dah tebus kat tng la, boost la, grab laa, tapi pelik sbb member yg tebus ka boost app sumer dpt extra cahback. Rugi tak claim sana je hari tu..

    ReplyDelete