Saja nak kongsi pasal adab sebab berlaku pada k.fiezz & mr hubby semalam. 

Kejadian berlaku semalam (25.12.2019) pukul 1.30 - 2.00ptg di PPR area KL. Kawasan rumah k.fiezz. Bukan tujuan nak malukan tuan kereta ni ke apa cuma nak berkongsi adab orang kita yang penuh dengan adat ketimuran ni. Dah buat salah sepatutnya MINTA MAAF. tapi dalam kes ni, tuan punya kereta, buat muka tak bersalah langsung. 

Masa kejadian semalam, k.fiezz & mr hubby nak keluar beli barang dapur. Yea, memang tak urgent pun tapi kalau masa tu kitaorang ada hal urgent atau yang kena block tu orang lain yang ada hal emergency, tak ke satu hal pula kena tunggu tuan kereta yang pentingkan diri ni sebab kereta tak boleh nak keluar, kena block dengan kereta dia ni. 

K.fiezz cuba check kalau-kalau tuan kereta ada tinggalkan nombor telefon sebab selalunya kalau dah tahu dan SEDAR DIRI block kereta orang, tuan kereta tu akan tinggalkan no.telefon. Tapi yang kereta ni, tak ada tinggalkan nombor telefon pun. 

Nak tak nak tunggu juga la tuan kereta memunculkan diri. Nak tolak, hand brake dia tarik. Mana nak tolak kereta dia. 


www.fiezasani.xyz

Mr hubby cakap, tunggu je lah. Kot tuan kereta tu pi solat kat surau dekat kawasan rumah kitaorang tu. 

Menunggu la kitaorang dalam kereta. Dalam 10-15 minit juga la tunggu.

Tak lama lepas tu, tuan kereta ni sampai dari arah blok kitaorang, bukan dari surau seperti yang mr hubby teka tu. Perempuan melayu, rambut perang & pendek paras bahu, pakai t-shirt ketat & seluar pendek. Tak tahu la samaada dia tuan punya kereta ataupun dia pinjam kereta orang tapi masa kejadian ni dia yang bawa kereta. 

Dengan muka ketat & tak ada la reti nak angkat tangan sebagai tanda MINTA MAAF, dia terus masuk kereta. Blah gitu je weiii. Lepas tu kitaorang berselisih & berhenti sebelah-menyebelah kat traffik light, haram nak pandang kitaorang & senyum ke apa. Muka KETAT weiii.. Memang tak rasa bersalah langsung. What the?? %$#@%^^...

So tuan punya kereta WVG6189, you are so selfish. Tak tahu la memang dah habit tuan kereta ni ke apa, jenis suka parking block kereta orang lain. Jadi dah terbiasa dengan perangai, rasa tak bersalah. 

Kalau tuan punya kereta WVG6189 terbaca entry ni, lain kali dah tahu block parking kereta orang lain, sila tinggalkan NO TELEFON & FREE HAND BRAKE jadi orang boleh tolak kereta awak & tak menyusahkan orang lain untuk tunggu awak turun. Dah tahu block kat kereta orang, angkat tangan untuk minta maaf pada orang lain yang terpaksa tunggu awak. dan muka tu reti-reti bagi senyum. 

Dah la bersalah pas tu buat muka macam palat. Tak pe, it's karma. Harini awak buat orang. Esok-esok orang buat kat awak pulak. Kalau masa tu awak pula berada di tempat kitaorang yang kena block , jangan marah pada orang tu. Fikir balik awak pun pernah buat benda yang sama.

Lesson untuk kita juga, kalau kita terpaksa block parking kat kereta orang lain, tinggalkan no. telefon & free hand brake. Sekurangnya kalau urusan kita makan masa lama, orang boleh tolak kereta kita untuk memudahkan dia keluar dari parking

Kita mudahkan urusan orang, allah mudahkan urusan kita. as simple as that

9 Comments

  1. Saya cukup risau kalau nak kena double park jadi sedaya upaya kalau boleh taknak langsung double park. Sebab kita tak tau kalau orang depan kita tu ada kecemasan ke 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebelum nk parking tu, kita pikir dulu. seboleh mmg elak nak block keta orang lain. takut orang tu tetiba ada emergency. mana kita nak tahu.

      Delete
  2. tkde adab..dh la blok kete org tp tk reti2 minta maaf kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg muka dia mcm x bersalah je. selisih sebelah keta, dia buat dunno je. tak de sivik punya orang. entah bini sapa la agaknya tu. kurang ajar.

      Delete
  3. geramkan kalau kena macam ni
    nak2 kalau ada ergent

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengang juga sebab dah satu kerja terpaksa tunggu dia. dah la tak kenal & tak tahu berapa lama baru dia nak turun untuk alihkan kereta. dia turun, pndang kita buat muka tak bersalah langsung. dasar perempuan kurang adab sangat.

      Delete
  4. Saya pernah kena juga macam ni, apalagi, no phone tak de, handbrake tarik. Saya pun tekanla hon panjang kiran-kira 21 saat... Tapi orangnya tak juga muncul. Terpaksa undur ke depan ke belakang, nak keluar. Saya tunggu dekat sejam juga. Walaupun berjaya keluar, tapi kereta saya dengan kereta "setan tu" tu bergesel sikit. Dapat la calar balar kat kereta dia yang warna putih, kereta saya pulak warna hitam.
    Moral of story, jangan pentingkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, rasakan. walaupun keta kita pun calar gak tapi puas hati kan. block keta orang pas tu tak reti nak tinggalkan no. telefon. kurang sivik sangat orang perangai camni.

      Delete
  5. boleh stress menunggu , lagi2 kalau kita ada urusan kecemasan .. adeh.

    ReplyDelete