Total Pageviews

Sunway Lagoon Night of Fright 2019

23:12

Acah2 berani sangat k.fiezz ooi. haha. berani ke tidak k.fiezz jalan jalan ke Sunway Lagoon Night of Fright 2019. Fuhhh. kakak yang penakut ni pergi tengok hantu. aduh. Sempena dengan birthday anniversarsy Realme minggu lepas, k.fiezz dapat ticket untuk ke Sunway Lagoon Night of Fright 2019. Ramai kawan-kawan blogger lain yang pergi ke fright night 2019 ni. tapi k.fiezz tak jumpa sebab ramai sangat orang. Bersesak weiii.

Acara Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni mula pukul 7.30mlm - 11.30mlm. K.fiezz & mr hubby keluar rumah lepas Maghrib. Dalam pukul 8.00 gerak. Sampai sana dalam pukul 9.00 lebih kurang. Parking dalam Sunway Pyramid. Cari tempat parking yang dekat dengan entrance Sunway Lagoon, naik eskalator. sampai dah depan Sunway Lagoon ni. 

Naik-naik eskalator, sampai depan entrance Sunway Lagoon ni, k.fiezz dah seram tau. Dengan muzik latar dia, seram oooi..1st time k.fiezz joint fright night 2019 ni. Kalau saja-saja nak masuk, memang tak lah. Bersempena dengan RealMe Anniversary Birthday je ni, beranikan diri. 

Dah sampai sini pun, berfikir nak masuk ke tidak. k.fiezz dah seriau nak masuk. tapi sebab dah sampai, kita masuk juga la weiii.. 

www.fiezasani.xyz

Acah muka berani sangat depan ni. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap.

www.fiezasani.xyz 

Serius seram sangat background music dia. Berderau dalam hati ni hah. Tapi gigih juga masuk. Nak experience gitu. 

Di  Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni banyak tarikan. Antaranya - 

Haunted House & Theater
1. Bloodshed
2. Horrorwood Studios
3. The Hotel Deville
4.The Plague
5. Horrorjuku
6. House of Voodoo
7. Bomoh Theater
8. Animalium
9.Sharknado Alive

www.fiezasani.xyz

K.fiezz depan Bomoh Theater. 

Eksen je ni. K.fiezz tak masuk pun. takut. haha. tapi member yang masuk beritahu dalam ni banyak pocong. fuhhh.. nasib tak masuk. kalau tak, confirm k.fiezz berlari cari jalan keluar. haha

www.fiezasani.xyz

Ni boleh la.


www.fiezasani.xyz

Depan Sharknado Alive.

Yang ni pun k.fiezz tak masuk. Rasanya yang ni tak seram. Lebih pada terkejut je. Cuma barisan beratur nak masuk ke sini, panjang weiii

www.fiezasani.xyz

K.fiezz tangkap gambar ni, mengigil senyum tau. Hantu berselerak. 
Dekat sini ada The Valak, Drakula & ada lah lagi hantu lain. Yang k.fiezz kenal 2 ni.
Orang lain semua bergambar dengan hantu fake macam Valak, Drakula. 
K.fiezz memang tak lah. Takut. Dah tangkap gambar tu, harus la masuk dalam galeri handphone. Sat gi tertengok time free-free, seram. so tak payah lah. hehe 

www.fiezasani.xyz

Mr hubby je yang ambil gambar dengan hantu apa entah ni. 
Mula-mula mr hubby yang seram nak datang ke Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni. eh, sekali dia pula yang syok. K.fiezz yang seram sebab merata sepanjang jalan, macam-macam jenis hantu jumpa.  Tiap kali berselisih dengan hantu-hantu fake yang nampak real ni, k.fiezz mengelak. Jenuh berpusing keliling mr hubby tak nak kena sergah. haha. Padahal hantu-hantu fake ni tak kacau pun. Dia cuma jalan je. Kalau nak tangkap gambar, diaorang berhenti & posing dengan muka seram.

www.fiezasani.xyz

Ni depan pentas utama. Ada persembahan &  game. Ada spin yang macam Roda Impian tu. Hadiah utama handphone RealMe. 

www.fiezasani.xyz

Nampak tak..Kemain dia posing macam tu sebab dia yang syok masuk ke Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni

Overall okey lah pengalaman dalam Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni.. Seriusly memang seram untuk orang yang penakut macam k.fiezz ni. Dengan suasana, muzik latar.. seram ooiii..Yang mana berani tu, boleh lah masuk dalam rumah-rumah hantu yang jadi tarikan di Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni. K.fiezz tak masuk. Cuma jalan-jalan je. Jalan-jalan pun dah seram. Kalau masuk dalam rumah-rumah hantu tu, rasanya ada juga ajak mr hubby ke tandas tengah malam. haha. sebab terbayang.

K.fiezz tengok experience instafamous & you tuber yang masuk dalam tarikan-tarikan di Sunway Lagoon Night of Fright 2019 ni dalam You Tube. Tengok diaorang punya video pun dah seram. terkejut. Kalau k.fiezz yang masuk, tak tahu lah nak habaq. Rasanya  memang mencicit lari cari pintu keluar. haha

Even sepanjang jalan pun, meriah dengan macam-macam hantu. 

K.fiezz pun masa masuk tu dah kena kacau dengan hantu apa entah. dia tengok k.fiezz menjerit, lagi seronok dia kacau. dia ikut je k.fiezz & mr hubby. yang k.fiezz dah tak tentu hala. berpusing keliling mr hubby elak dari dia. haha. tapi hantu yang kacau kat entrance ni tak berapa seram pun benornya. mr hubby kata macam apa je pekerja tu mekap. k.fiezz kata macam joker. mr hubby kata bukan. macam hantu cina. haha. sebabkan k.fiezz ni memang dasar penakut. hantu yang entah apa-apa pun takut. haha


By the way, thank you RealMe for the ticket

Untuk info, Realme 1st 64MP Quad Camera Snapdragon - satu2nya realme XT dah pun berada di Malaysia. dengan harga RM1,399!

Kalau berminat, boleh lah terjah mana-mana kiosk / booth handphone yang berdekatan untuk cari keluaran terbaru dari RealMe ni. 

You Might Also Like

4 Comment

  1. Suka sangat benda-benda macam ni tau. Cuma tula... Nak tanya... Wheelchair boleh pergi ke?? Tanya dulu..

    Jemput singgah :) 5 NOVEMBER 2019 : SUNTIK THYROGEN HARI KEDUA

    ReplyDelete
  2. Alamak seram lah ... Eiii boleh termimpi mimpi ni...i is kenot la..

    ReplyDelete
  3. kalao jenis penakut..seram juga kalo pegi..mau terkejut2

    ReplyDelete
  4. Takut jugak tengok walaupun costume ja. Bukan apa, takut dibawa ke mimpi. Haha

    ReplyDelete