Sempena shopee 11.11 baru ni, sakan memasing shopee-ing, kan?salah seorangnya mr hubby k.fiezz lah. Bukan main seronok dia shopping. Antara k.fiezz dengan mr hubby, dia lagi shopaholics tau. Bukan k.fiezz. K.fiezz ni shopaholics juga tapi boleh control lagi. Kalau nak sangat barang tu, baru k.fiezz beli. Kalau setakat rasa macam nak..kejap macama tak nak. Conclusion memang k.fiezz tak beli lah. 

Tapi mr hubby jangan. Dia kalau tengok harga murah. Memang sakan dia shopping. Tapi tak pe lah, dia main swipe je. Berani lah nak beli. K.fiezz tak berani. Kad atm  yang duit ada time gaji je. haha. lepas tu, kena berjimat cermat.

so hasil shopping di Shopee sempena sales 11.11 baru-baru ni, banyak juga lah barang-barang yang mr hubby beli. Tapi boleh kata kebanyakan barang-barang k.fiezz. Barang mr hubby ada dua je. hehe. thank you, sayang. Ni sayang lebih ni. hehe

eh. okey berbalik pada tajuk entry shopee rules?k.fiezz baru dapat info tadi dari salah satu courier iaitu pertukaran alamat tak dibenarkan. Ceritanya mr hubby sakan shopping, ada antara barang-barang  yang dibeli, mr hubby guna alamat Ezibox Jln Klang Lama sebab k.fiezz memang ada set beberapa alamat penghantaran dalam akaun shopee k.fiezz. Kalau barang hantar guna pos laju, k.fiezz akan guna Ezibox Jln Klang Lama ni sebab pejabat k.fiezz pos laju tak boleh masuk. Tapi kalau penghantaran guna kurier (DHL, J&T), k.fiezz akan letak alamat pejabat. 

Dan ada 1-2 barang yang di order, mr hubby ter guna alamat Ezibox Jalan Klang Lama. Padahal penghantaran barang tersebut guna kurier (DHL dan J&T). Ezibox bawah Poslaju. Mana boleh courier nak letak barang dalam box tu. Jadi memang k.fiezz kena tukar alamat lah cerita dia.

Pagi tadi k.fiezz call DHL,tapi tapi  diaorang tak bagi tukar alamat. Diaorang tak explain kenapa?lepas k.fiezz bising-bising, DHL  bagi juga tapi kena dalam kawasan/poskod yang sama. K.fiezz tanya alamat rumah boleh?sebab rumah k. fiezz area Jalan Klang Lama. Dia minta poskod untuk semak dulu. Lepas dah check,dia kata boleh. Jadi k.fiezz  guna alamat rumah je lah. Esok DHL call, k.fiezz kena buat trick biasa lah untuk letak kat mana barang. Hari kerja, mana ada orang kat rumah. Ate dah tak boleh tukar alamat pejabat, kena buat alamat rumah lah.   

Bengang k.fiezz masa call DHL pagi tadi. heh, kita sebagai pelanggan yang bayar tapi tak dibenarkan buat pertukaran alamat. Geram k.fiezz tau. Boleh pula pihak kurier beritahu dengan senang hati alamat tu dapat dari Shopee. Habis yang bagi alamat kat shopee tu bukan pelanggan?adeh. 

Petang tadi, call J&T untuk pertukaran alamat barang lain sebab mr hubby ter pilih alamat Ezibox Jalan Klang Lama. Call J&T ni, baru staff dia explain kenapa tak boleh tukar alamat. 

Shopee & syarikat kurier ada buat agreement lebih kurang, pertukaran alamat tak dibenarkan walaupun customer yang request. Kalau nak juga, customer kena call direct pada Shopee dulu & beritahu nak tukar alamat. Lepas tu baru contact courier (DHL, J&T) untuk buat pertukaran alamat.  So nanti dalam sistem Shopee & syarikat kurier, sama untuk rekod penghantaran pelanggan.   Sebabnya shopee buat peraturan ni, pihak diaorang tak nak tanggung risiko kalau barang tak diterima oleh customer walaupun dah tukar alamat. huhu

Lepas pihak J&T beri penjelasan tadi, baru lah k.fiezz faham kenapa tak boleh tukar alamat. cuma tetap tak puas hati, kenapa buat peraturan macam tu. huhu

So korang yang order barang di Shopee, take note yea. Semak dulu alamat sebelum proceed order

Baca juga >> cara nak refund duit shopee >>

5 Comments

  1. rumit jgk nk tukar alamat..
    huhuu..

    ReplyDelete
  2. Rasanya perjanjian ni untuk elak penipuan juga , nak lindungi dua2 party pelanggan dan kurier servis.
    Risau ada pihak yang menipu dan barang tak sampai kepada pembeli sebenar. Tapi baguslah JnT tu , dia explain so pelanggan pun faham dan puashati.

    ReplyDelete
  3. Memang x boleh tukar alamat suka2 kak..selalu ika lepas bayar kalau silap buat alamat akan chat seller lepastu seller suruh cancel order lepastu order balik..hanya itu sahaja penyelamat..bila barang dah jalan kena buat cara mcm akak tu lah kot..

    ReplyDelete
  4. Baru perasan rules ni tapi mujur juga xde tukar alamat.. puas shopping

    ReplyDelete