Total Pageviews

Penjimatan Gitu Dengan Cream Jar

23:50

Cream jar ni bukan kedekut tau. Berjimat gitu. Hehe. Dah lama k.fiezz cari cream jar macam ni. Senang nak letak moisturizer atau apa-apa krim bila nak travel atau balik kampung. Masalahnya jarang k.fiezz jumpa cream jar ni kat DIY ke, Daiso ke atau mana-mana tempat lain. Jenuh juga mencari. 

Bukan apa, k.fiezz suka cream jar macam ni, senang ada bekas kecil cute macam ni. Nak masuk dalam make up pouch, jimat ruang.. Yang penting, tak payah bawa bekas moisturizer atau krim kita yang besar-besar tu. Dah lah berat beg. Makan ruang lagi. Macam k.fiezz guna moisturizer, bekas dia besar. Kalau bawa, memang agak berat & makan ruang sikit dalam beg. tu k.fiezz jarang bawa moisturizer bila balik kampung atau travel sebab size..

Ni dah jumpa bekas cute, senang lepas ni. tak pening fikir cara nak bawa moisturizer k.fiezz tu. 

NAK LETAK ALOE VERA GEL 

eh tadi cerita nak letak moisturizer .. ni tetiba nak letak aloe vera gel. mana satu k.fiezz oooi?hehe. kisahnya point utama selain cari cream jar ni untuk moisturizer k.fiezz, yang keduanya nak letak aloe vera gel k.fiezz ni..Nak letak dalam make up bag k.fiezz di pejabat tu. Senang lepas solat, boleh guna aloe vera gel ni untuk cover up masalah kulit kering k.fiezz di pejabat. Agaknya sebab terdedah dengan penghawa dingin dari 8-5 buatkan kulit k.fiezz kering. Jadi salah satu fungsi aloe vera untuk melembapkan kulit. Tu k.fiezz lama cari cream jar macam ni. 

dan dapat juga..


www.fiezasani.xyz

Nampak tak kemain besar bekas gel aloe vera tu. rasa-rasa berat ke tidak beg kalau bawa hari-hari berulang rumah-pejabat-rumah...dah jumpa cream jar cute ni, senang nak letak aloe vera gel ni di pejabat. 

www.fiezasani.xyz

ada 2 bekas & spatula dia sekali. senang proses pemindahan gel dari bekas original ke bekas cute ni.

www.fiezasani.xyz

Tadaaa..senang kan

www.fiezasani.xyz


Siap. Setel masalah. So yang ni boleh letak di pejabat. 


You Might Also Like

2 Comment

  1. Dah la comey cream jar pastu sangat berguna lak tu 😁

    ReplyDelete
  2. ammi pun guna cream jar untuk travel. pencuci muka pun letak dalam tu jugak sbb nak biar dalam bag je takmo keluarkan. Ada masa kalau nak solat diluar senang nak basuh muka.

    ReplyDelete