Semalam entry emosi. hehe. biasa lah perempuan,kan. Kadang mood elok. kadang tetiba nak marah. kadang tetiba sedih. haih,complicated tau tak perempuan ni. haha. Sokay, harini k.fiezz up entry happy pula.

Ni cerita 2 minggu lepas masa mak dan abah turun KL. Saja nak cuti-cuti. Haha. Yelah lama duk KL, dari k.fiezz baby sampai k.fiezz dah kahwin ni, dah biasa dengan suasana bandar, bila sekarang dah duduk kat kampung,sesekali rindu juga suasana KL..dah, jangan tanya umur k.fiezz. Rahsia?haha. nak tahu, baca entry semalam, k.fiezz ada beritahu umur k.fiezz tapi bukan exact number. haha. Sensitif part umur ni. 

Berbalik pada cerita mak dan abah k.fiezz turun KL ni. Masa diaorang tinggal kat KL dulu, mak dan abah k.fiezz memang rajin ke pasar malam di Pantai Dalam ni. Kat sini pasar malam dia meriah. Sepanjang jalan. Sampai tak tahu nak beli apa. Banyak sangat barang. haha. K.fiezz rajin juga ikut mak dan abah kalau diaorang ke pasar malam ni. Tapi lepas mak dengan abah dah duk balik kampung, memang lama dah tak turun pasar malam pantai dalam ni. Biasalah, mr hubby tak rajin. haha. bukan kutuk tau. kenyataan. 

Dah kebetulan turun KL haritu, mak ajak ke Pasar malam Pantai Dalam ni. Mak nak cari APAM BALIK kesukaan mak kat sini. Sebab (tengok gambar bawah ni) kenapa mak k.fiezz suka..


www.fiezasani.xyz

Sesekali jalan kat pasar malam. haha. peghak jap k.fiezz. lama tak turun ke pasar malam.


www.fiezasani.xyz

Masa ni tak ramai orang lagi. Kalau tak pasar malam sini, meriah weiii..nak jalan pun berhimpit.


www.fiezasani.xyz

Dapat dah apam balik favourite mak


www.fiezasani.xyz

Hah, ni lah apam balik favourite mak k.fiezz. Tebal. Tu yang mak k.fiezz suka. 


www.fiezasani.xyz

Next. Popia basah favourite abah. Belikan sekali untuk mr hubby.

Lepas beli ni, terus balik rumah. 


www.fiezasani.xyz

Ni lah apam balik yang jadi favourite mak k.fiezz tu. 


www.fiezasani.xyz

Popia basah. Sedap juga. K.fiezz tak berapa sangat popia-popia ni. Nak rasa, boleh je. Favourite, nope.

www.fiezasani.xyz

Hah. ni favourite k.fiezz.haha. k.fiezz ko kalau yang manis-manis cam ni tambah2 coklat, memang tak boleh nak kawal nafsu. Ni Pisang Goreng Cheese Coklat. RM7 ada 10/11 ketul. Tapi kecil-kecil je pisang dia. Boleh lah. 

so misi mencari apam balik berjaya. hehe. Repeat, tunggu mak dan abah k.fiezz turun KL lagi. hehe

5 Comments

  1. SA pun suka apam balik tebal macam ni...sedap...puas makan..pas tu request jagung lebih..huiiii dapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. rasa dl pernah pi sini skali. meriah kan.

    ReplyDelete
  3. pasar malam tempat paling best. syurga beli belah. sebab lepas beli terus makan ngap. hehehehee

    ReplyDelete
  4. wahhh pelbagai makanan yg ada ya..sebab rabia x pergi dh pasar malam

    ReplyDelete
  5. Apam balik tu nampsk sedap sangat

    ReplyDelete