Bagi ootd sikit kat sini. Ni lah baju blouse yang k.fiezz beli dari kedai PARI << Baju Blouse Murah Di PARI<< Cantik tak?simple pilihan k.fiezz. Selalu k.fiezz memang suka pilih yang plain macam ni. Senang nak cari bottom untuk match kan. Kat rumah, k.fiezz memang ada koleksi skirt, seluar tapi top tak berapa nak ada. 

Ada lah hat lama-lama punya. Pendek la pula bila pakai. Atas punggung. Masalahnya kain hat bottom tu kebanyakan nipis. Kalau dah nipis, nampak la alur seluar dalam bila baju pendek. hehe

Segan nak pakai. Tambah-tambah k.fiezz kerja kat sektor kerajaan ni. Patutnya kena pakai baju kurung/baju kebaya. Tapi bosan lah asyik berbaju kurung. Sesekali nak juga melawa pi ke pejabat, yea tak?hehe


www.fiezasani.xyz

Jadi penyelesaiannya kita cari top yang labuh macam blouse ni. Sebelum cuba haritu, dah jatuh cinta dengan blouse ni. Bila sarung je. okey, lulus. Labuh. kriteria paling utama. Lepas tu selesa sangat. Kelebihan baju ni, zip dia di bahagian depan. Sesuai sangat untuk mak-mak yang breastfeed baby. K.fiezz pun tak perasan masa beli haritu, zip dia belah depan. Tadi baru terfikir, eh kenapa zip kat depan. Lepas tu baru teringat 'oo. untuk mak-mak yang susukan baby'. 

So harini kita rasmikan. hehe. Biasalah kakak fiezz, bila ada baju baru, kemain excited nak gi pejabat. sebab boleh melaram.hehe. perangai sangat tau. Abis ni nak suruh semangat hari-hari, kena shopping baju blouse banyak-banyak lah. eh. hehe

Tak pe boleh terjah selalu kat PARI ni, kedai yang menjual pakaian wanita dengan harga murah, chuoolss!!

2 Comments