Hi uolls.. as k.fiezz ada buat pengumuman yang k.fiezz sekarang ni salah seorang Agen Obsess Cosmetic. Boleh baca di sini << Hello November and I m Obsess Cosmetics Agent >>..Holla dengan cantik. hehe. Jadi k.fiezz nak kongsi produk-produk di bawah label Obsess Cosmetic. Kalau korang baca di entry atas ni (link), produk-produk Obsess Cosmetic ni terdiri dari eyebrow pencil, mascara, Lipstick / Lipmatte, Travel Kit & paling hit produk Obsess Cosmetic ni adalah Treatment Cushion Foundation & Loose Powder

Sabar..sabar.. nanti k.fiezz kongsi satu-satu yea. 

Obsess Birthday Edition

Untuk entry ni, k.fiezz nak cerita mengenai Obsess Birthday Edition. Ada apa dalam Obsess Birthday Edition ni?Jom check it out..

www.fiezasani.xyz

Antara produk-produk Obsess Cosmetic yang k.fiezz ada.. Haruslah ada, kan...Kata Agen..hehe..

so here Obsess Birthday Edition.. Lipmatte..Siapa suka lipmatte, angkat tangan?okey, kita geng..

www.fiezasani.xyz

Kalau tanya k.fiezz, best ke tidak Lipmatte Obsess ni..Allah, harus lah cakap best..tapi tak nak lah berat sebelah. kang orang kata, amboi k.fiezz mentang lah jual produk obsess cosmetic, semua best. Entah yea ke tidak best tu. Nak tahu, kena lah korang sendiri yang cuba. 

Pendapat k.fiezz sendiri yang gunakan lipmatte obsess dari obsess cosmetics ni, memang k.fiezz fall in love gitu. Ringan weiii, rasa macam tak pakai lipstick. Kadang k.fiezz pun musykil, 'eh tadi pakai tak lipstick sebelum keluar rumah'..Bila tengok cermin, 'oo..ada pakai'.. tue k.fiezz cakap ringan, macam tak pakai je. Tak melekit. Yealah..dah nama pun Lipmatte, kan.. apa lah k.fiezz ni. hehe. ala, nak cerita dengan korang ciri-ciri Lipmatte obsess ni. Kang korang tertanya-tanya pula. Lagi apa yea..oo wangi tau bau Lipmatte ni.. Rasa macam nak makan je. macam bau buah-buah kalau ikut deria bau hidung k.fiezz ni.  Tiap kali lepas guna, mesti k.fiezz cium bau dia. hehe. suka pula bau dia yang fresh tu. 

Kandungan Lipmatte ni, ada apa k.fiezz?

Oo.. buat korang yang tertanya-tanya, Lipmatte Obsess ni mengandungi Vitamin E & Minyak Argan, Jadi fungsi 2 ni adalah tak keringkan bibir

Vitamin E - fungsi vitamin E dalam lipmatte, lipstick ni untuk melindungi bibir kita sepanjang hari & sekaligus memperbaiki masalah pada bibir macam kering, pucat, hitam yang mungkin terjadi dari pelbagai sebab. Jadi fungsi vitamin E ni mengeluarkan sel-sel kulit mati dan membuang kotoran pada bibir kita dan jadikan bibir kita lebih lembab dan merah seperti biasa. 

Minyak Argan - Melembab & menyegar. Serta membantu membuang sel-sel kulit mati pada bibir dan melembabkan bibir. dan hasilnya, bibir menjadi lebih halus dan tak mengelupas disebabkan bibir kering. 

Ada kelulusan ke..Halal ke?

Okey, yang tertanya-tanya soalan atas ni..yea..ada kelulusan KKM & HALAL..
so boleh guna tanpa was-was. 


www.fiezasani.xyz


Atas ni 3 warna dalam 1 box Birthday Limited Edition ni..
Kod : Caring | Loving | Power

Antara 3 ni yang mana favourite k.fiezz?tiga-tiga uolls. hehe. jawapan cliche sangat k.fiezz ooi. haha. okey lah..yang mana yea k.fiezz suka. Mula-mula guna Caring, terkejut tengok warna dia lembut & macam tak sesuai dengan ton warna kulit k.fiezz. Tapi bila dah lama sikit pakai, eh..cantik lah warna dia.Lembut. Untuk guna time keluar..rasanya lebih okey. Nak pi dating ke. sebab warna dia soft. Ada orang tak berani guna warna caring ni sebab takut nampak pucat. tapi percaya lah, bila dah apply pada bibir. cantik sangat. 

K.fiezz cuba pula kod Loving. Yang ni warna macam nude/coklat cair. Memang k.fiezz suka lah warna-warna macam ni. Nampak tak nampak gitu warna dia. 

Kod Power pun lebih kurang macam kod Loving, warna dia nude / coklat / earth tapi warna dia lebih pekat dari Loving. Pendapat k.fiezz warna kod Loving & Power ni sesuai untuk pakai ke pejabat sebab warna dia tak menyerlah. just nice orang putih cakap. 

Lagi satu, lipmatte obsess ni bila kita makan/minum, warna dia stay pada bibir. Kalau nak touch up, sikit pun dah cukup. 

Overall k.fiezz suka warna-warna dalam box Birthday Limited Edition ni. Lulus masuk dalam list favourite Lipmatte k.fiezz. Lagi best, 1 harga dapat 3 pcs lipmatte. weiii, jimat banyak tu. size dia baby size. Sesuai lah nak selit dalam beg untuk bawa keluar. Untuk touch up lepas makan atau pun nak travel balik kampung ke, cuti-cuti ke..

Ada 3 pcs, jimat guna. tukar warna kod hari-hari, rasanya insyaallah tahan lama. hehe

Okey, box Birthday Limited Edition ni sangat limited tau. Habis ni, production tak sambung dah buat. jadi kalau korang yang nak, cepat-cepat WhatsApp k.fiezz >>  Obsess_fiezasani nak tengok update terkini, boleh follow Instagram k.fiezz >> obsess_fiezasani

5 Comments

  1. comey lawa ja packaging. pandai menawan hati kita. hehe

    ReplyDelete
  2. bibir tebal ammi ni tak berapa sesuai pakai lip matte...kering aje bibir tu nanti

    ReplyDelete
  3. cantiknya warnaaaa cuya suka warna camni..dan suka gak lipmate

    ReplyDelete