Entry semalam, k.fiezz ada kongsi pasal Wardah Foundation ni,kan..tadaaaa ni la Wardah Foundation..Dalam bentuk cecair...Sebelum guna goncang dulu..Nak bagi sekata dulu warna dia tu..Harga dalam RM23 ++ (ada sen2), tak ingat exactly amount dia...Boleh check it out kat mana-mana drugstore..Ni k.fiezz beli kat Watson..Harga kat Watson, seperti di atas..hehe...

Wardah Foundation

Best ke idak wardah foundation ni..tak boleh nak komen lebih-lebih..k.fiezz baru rasmi guna sekali minggu lepas masa keluar jalan-jalan cari makan dan pi round KL cari barang..dari tengah/hari sampai malam la kiranya k.fiezz guna Wardah Foundation ni...Gambar bawah ni, lepas balik rumah..dah malam la..korang nilai la sendiri..Kalau tanya k.fiezz..Nampak maintain je wardah foundation ni masa tu ... Nak kata berminyak sangat..macam tak je...Cuma dari segi tekstur, k.fiezz lebih suka creme foundation..hehe..boleh baca entry kat bawah ni..



www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Apa Kelebihan Wardah Foundation?

Mengandungi SPF30 yang membantu menutup sebarang parut jerawat, jeragat, liang pori terbuka..dan sekaligus untuk bagi kesan effect kulit kita lebih halus, lembut, natural dan mekap tahan lama...

Selain itu, saiz dia kecil (20ml)..senang nak bawa ke mana-mana..Tak makan ruang yang banyak dalam mekap beg kita..part ni k.fiezz suka...sebab Wardah Foundation ni k.fiezz nak letak dalam mekap beg kat pejabat...

Ada 5 pilihan kod..Yang k.fiezz pilih ni kod 02..Bila k.fiezz guna kat kulit k.fiezz..Nampak macam okey je warna kod ni dengan warna kulit k.fiezz..kira matchy-matchy la dengan kulit k.fiezz..kulit orang melayu ni..hehe

Jadi best ke tidak Wardah Foundation ni?

Untuk k.fiezz okey je setakat ni..sebab harga dia yang mampu milik..kalau tanya dah habis ni, repeat beli tak..harus sebab harga dia murah..hehe..ai bukan kedekut la...berjimat..haha..lagipun senang nak restock ni sebab ada banyak jual kat pasar raya/watson/guardian...so tak pening la kalau nak beli lagi nanti...

2 Comments

  1. Mrs. A pun guna foundation Wardah liquid no 01 hehehhe dah botol kedua pun. Suka.... serasi dengan Mrs. A

    ReplyDelete
  2. boleh try gak lepas ni .. skrg ni ammi guna silky girl tu (gegirl sangattt)...dah nak habis dah pun.

    ReplyDelete