Jumaat lepas, k.fiezz & kawan-kawan office ke kedai makan yang kat bawah ni..k.fiezz pun tak berapa familiar sangat kat kawasan tu..ikut je la..member ajak..moh la kita..sesekali bertukar selera kan..k.fiezz & member kalau datang rajin tu, kitaorang memang keluar hari jumaat..yelah..rehat lama..kalau fulus kurang memberangsangkan, duk je la kat ofis..makan menu kat cafe tu..hihi..tapi kalau fulus memberangsangkan, memang wajib keluar..gitooo..kali ni mencuba LAKSA SARANG..kat Kuala Kangsar, kampung k.fiezz pun biasa dengar Laksa Sarang ni tapi k.fiezz tak pernah try tau..adeh..tak pe la nanti bebila balik kampung, kita cuba laksa sarang kat Kuala Kangsar pulak..haritu cerita kat mak k.fiezz pasal laksa sarang ni, mak k.fiezz cerita yang kat kuala tu sedap..okey, nanti kita terjah...dah terjah, k.fiezz share kat sini...wajib..

LAKSA SARANG di KUALA LUMPUR

Kali ni k.fiezz share laksa sarang yang kat Kuala Lumpur ni dulu...sebab yang ni k.fiezz dah cuba...so sedap ke idak, k.fiezz?


www.fiezasani.xyz
Rasa laksa dia sedap cuma rasa muak bila makan sarang (yg diperbuat dari telur) tu bila 
dah bercampur dengan kuah laksa..sedap tu sedap la..kuah dia pun pekat cukup segala rasa..Cuma next time ke sini, k.fiezz pilih laksa biasa je la...ni sebab nak tahu kan sedap ke tidak..kita cuba je la..dah tahu, boleh la boleh la...

Ni pada pendapat peribadi k.fiezz la yea..mungkin pada deria rasa orang lain, sedap..sedap tu subjektif kan ikut selera memasing...jadi sila la cuba sendiri...

Harga >> RM5.80


www.fiezasani.xyz

Di duet kan makan laksa sarang dengan Cendol Mangga..yg ni serius sedap..banyak mangga dia buh..sekali dengan bahan-bahan lain..secukup rasa la pada deria rasa k.fiezz ni..dari cerita member k.fiezz, kat sini ada juga cendol durian tapi ikut musim..masa kitaorang ke sini, member k.fiezz call dulu tanya ada tak cendol durian..tapi bukan musim durian so tak ada la cendol durian buat masa ini..

Harga >> RM6.00


www.fiezasani.xyz

Kedai yang menjual laksa sarang & cendol mangga ni...Kitaorang ke sini
time sembahyang jumaat...ada juga pelanggan lain tapi tak ramai sangat...

Berapa bintang nak bagi?

K.fiezz bagi 4/5 sebab laksa tu sedap & cendol mangga tu pun sedap...cuma laksa tu part sarang dia je k.fiezz kurang gemor bila dah campur dengan kuah, dia rasa muak...

9 Comments

  1. sdapnya..mcm xbest jer letak telur mcm tu..klu telur rebus ok..hehe

    ReplyDelete
  2. 1st time dengar laksa sarang ni ....macam sedap...

    ReplyDelete
  3. murah berbanding kami makan kat ipoh

    ReplyDelete
  4. masa pi ipoh pernh mkn laksa telur bersarang yg femes kt sana..sedap..siap tapau buat blk..kt kl ada juga kwn share tp tk pernh try lg yg kt kl punya..cendol mangga tu dapnye

    ReplyDelete
  5. kami pun tak suka laksa sarang ni. walo orang perak, kami tetap suka laksa biasa.

    ate ya kak piz, ce kak piz share ngan kami kt mana location kak piz makan ni. Nampak sedap cendul tu. buleh la kami terjah hari minggu nanti. wangsa maju area mana ni..

    ReplyDelete
  6. first time dgr laksa sarang. boleh la klu nak try nnti

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  7. First time dengar nama laksa tu. Tapi cendol tu alahiii kak. Sedapnya. Esok nak keluar carilah

    ReplyDelete