Dapur Fieza Sani - Yeo's Yeogurt Orange Smoothies
Selalu k.fiezz share resipi masakan je, kan.. Ni nak share resipi
Smoothies pulak..smoothies ni k.fiezz guna Yeo's Yeogurt..sebab yogurt kan elok
utk penghadaman.. Korang kalau ada masalah bertemujanji dgn Mr.T, sila cuba
yogurt.. Confirm lawas..terus k.fiezz cari sekotak Yeo's Yeogurt perasa
oren...yummmmy...tazabarrr nak cuba...
Selalu nampak produk Yeo's ni kat pasaraya jadi jenama dia tu
memang dah dikenali dan ramai bagi feedback rasa Yeo's Yeogurt ni
sedap..dan boleh di nikmati setiap hari tanpa was-was. Jadi walaupun hari kita
yang sentiasa sibuk duaplohempatjam ni tapi kesihatan tetap kena utamakan
dengan nikmati Yeo's Yeogurt yang berkhasiat serta
bagus untuk perut kita...
Maklum la sejak dah berusia ni,kan k.fiezz memang menitik beratkan
gaya hidup yang sihat, tahu pula Yeo's Yeogurt ni dirumus
khas buat kita yang pentingkan kesihatan ni.
Kandungannya pula kaya dengan susu & asid laktik, menambahkan
lagi faktor kebaikannya untuk sistem penghadaman badan kita.. Maklum la kita ni
kadang makan macam-macam..bila dah makan, kena la buang..kang segala toksin
dalam badan ada dalam badan..tapi bila dah makan macam-macam ni, ada masalah
pula part membuang ni..Jadi Yeo's Yeogurt boleh bantu
masalah ni..Selain ia juga merupakan sumber protein dan yang penting tak ada
sebarang pengawet tambahan..
Yeo's Yeogurt ni terdiri dari pelbagai rasa
seperti Asli, Anggur, Oren, Mango, Laici & Epal Hijau. Untuk resipi
smoothies ni, k.fiezz pilih perasa oren & asli serta tambahan
buah-buahan..buah apa..sat gi k.fiezz share...
Korang kalau beli Yeo's Yeogurt ni, tak perlu risau tau kalau lupa
nak buh dalam peti ais ke apa...Yeo's Yeogurt ni kekal segar dalam
suhu bilik...
Panjang k.fiezz membebel pasal Yeos' Yeogurt ni..Dah
la meh k.fiezz kongsi resipi smoothies yang dari tadi k.fiezz kata nak kongsi
dengan korang...Resipi ni untuk korang yang nak cuba kelainan dengan Yeo's
Yeogurt...yelah kot boring ke apa kan..cuba la buat smoothies pula...
Resipi Yeo's Yeogurt Orange Smoothies
Bahan-Bahan
Sebiji pisang (dibuang kulit) dan potong serta sejukbekukan (kalau
tak nak guna ais kiub)
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Oren
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Asli
1 sudu madu (kalau nak manis, lebihkan)
Sebiji oren (dipotong kecil untuk hiasan)
Ais kiub (pilihan)
Cara Penyediaan
Kisar pisang bersama Yeo's Yeogurt Oren & Yeo's Yeogurt
Asli bersama madu serta ais kiub dan dah selesai kisar, tuangkan
dalam cawan / gelas ..Nak lagi best taburkan dengan potongan
oren...dapnyaaa...Boleh bayang tak minum oren smoothies pas tu ada potongan
oren pulak..wahhh..layannnnn.....
Kalau tak boleh nak catch up cara buat smoothies ni, boleh rujuk video k.fiezz sediakan di bawah ni cara penyediaan Yeo's Yeogurt Orange Smoothies
**Note - Untuk resipi ni k.fiezz tak sejuk bekukan pisang sebab
pengisar k.fiezz jenis tahan lasak (kaca) & boleh kisar ais kiub. Kalau
yang tak ada pengisar buah atau pengisar jenis biasa, boleh sejuk bekukan dulu
pisang..Point bila sejukbekukan dulu pisang atau buah-buahan
ni, kita tak perlu guna ais...Lagi elok benornya macam ni...korang boleh
rasa fresh dari buah tu sendiri...tapi terpulang la pada cara
masing-masing..Ni cara k.fiezz...
Selamat ber Smoothies dengan Yeo's Yeogurt....
18 Comments
boleh try ni! sihat pun sihat
ReplyDeleteYeszaa.. Betul sha
Deleteuish..xleh jadi ni..kna buat jgk ni..sdap plk nampak..:)
ReplyDeleteSedap, cik nor. Saya dh try, rasa dia kena dgn tekak...
DeleteMenu sihat nih
ReplyDeleteYeszaa.. Meh la cuba..
DeleteSuka sangat dengan smoothie pisang. Benda sedap tapi kidney failure can't take too much. So sad.
ReplyDeleteSokay Auni. Bersederhana lagi bagus
DeleteWahhh tak boleh jadi ni. Kena try juga tu
ReplyDeletesila la cuba cik tie..boleh tahan gak rasa dia..
Deletesedapnyer ..... minum smoothies ni mmg best, lagi2 cuaca panas ni ...
ReplyDeletebetul2..lega tekak bila smoothies ni lalu..hehe
Deletenampak yummmmmy sangat!
ReplyDeletehehe..mmg yummy sgt
Deletewowww sedapnya gabunga dua jenis yeos tu dgn buahan segar...ish2 kena cuba ni
ReplyDeletehaus plak tgk yogurt smoothies ni
ReplyDeletehehe..free2 sila leh cuba..
DeleteDahaga lah pulak hehe.
ReplyDelete