Jom korang..jom pi pasar..kat pejabat k.fiezz, setiap Selasa & Khamis hari pasar..Macam-macam bahan mentah ada..Kak fiezz pun salah sorang pengunjung tetap pasar tue..sebab beli bahan basah macam ikan, daging, makanan laut seperti udang.. Harganya pun lebih murah & segar gitu..Sayur pun ada..Kalau kawan pejabat k.fiezz paling suka beli sayur kampung sebab kat pasar je ada..pasaraya macam Aeon, Tesco, Giant..Susah nak cari..Kak fiezz rasa bukan kitaorang je yang suka ke pasar untuk dapatkan bahan-bahan mentah samaada kering ataupun basah..Semua pun suka..Sebab paling utama, harga lebih murah sikit dari pasaraya & barangnya lebih segar..

Kempen Jom Pi Pasar

www.fiezasani.xyz
Sumber : Google

eh..dah kenapa kak fiezz cerita pasal pasar pulak ni,kan..okey, sebenarnya nak story kat korang mengenai kempen 'Jom Pi Pasar' ni yang di laksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..Korang tahu tak inisiatif pihak DBKL ni untuk warga yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya terutama di kawasan perumahan awam seperti PPR (Program Perumahan Rakyat), pihak DBKL telah mengadakan kempen 'Jom Pi Pasar' ini sejak awal tahun 2017. Program ini dilaksanakan untuk membantu meringankan keluarga yang berpendapatan rendah. Semasa kempen Jom Pi Pasar ni dilaksanakan di kawasan pasar yang terpilih, kupon sebanyak RM20 diedarkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan..

Mesti nak cakap, ala RM20 je..eh..rezeki jugak tu dapat kupon RM20..siapa nak bagi tu..Zaman ni serba serbi mahal chuolls..dan kempen ini pun disasarkan di kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah..dan k.fiezz layak rasanya dapat kupon tu sebab k.fiezz duduk di kawasan perumahan yang dikategorikan itu..hehe...Nak check la bila kempen 'Jom Pi Pasar' ni akan buat kat area rumah k.fiezz pulak.. Nak jugak berbelanja secara berhemah di pasar..#janganjeles, hokay..hehe

Kempen 'Jom Pi Pasar' membantu golongan yang berpendapatan rendah


Selain dari mendapatkan bahan-bahan mentah di pasar, kak fiezz suka ke pasar kerana senang nak dapatkan produk seperti mihun, mee, kuew tiow dan banyak lagi makanan segera (fish cake, fish ball dan lain-lain) yang dikeluarkan atau diusahakan oleh usahawan bumiputera..Seperti kita tahu,produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputera ni,kita dah tahu proses pembuatan produk tersebut..Jadi kita lebih yakin menggunakannya..

Secara tidak langsung menaikkan permintaan terhadap produk keluaran bumiputera.

Eh dah tercerita pasal produk bumiputera pulak..okey, sebenarnya nak share dengan korang kempen 'Jom Pi Pasar ni, pada kak fiezz sangat-sangat wajar diteruskan dan dilaksanakan secara berterusan kerana tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Terutama buat mereka yang mempunyai keluarga besar, sumber makanan yang diperlukan juga lebih besar..Dengan harga barang yang boleh didapati dengan murah di pasar serta kupon RM20 ini, sikit sebanyak dapat mengurangkan beban ketua keluarga...Kebanyakan keluarga dari golongan berpendapatan rendah ni, hanya ketua keluarga sahaja yang mencari rezeki..manakala isteri di rumah menguruskan rumahtangga..Jadi faktor pembelian barang mentah samada basah mahupun kering, perlu dibeli mengikut bajet yang bersesuaian...

Jom pi pasar!!

Jom kongsi kenapa korang pun suka membeli bahan-bahan mentah di pasar?