Kempen Jom Pi Pasar Bantu Golongan Berpendapatan Rendah
Jom korang..jom pi pasar..kat pejabat k.fiezz, setiap Selasa &
Khamis hari pasar..Macam-macam bahan mentah ada..Kak fiezz pun salah sorang
pengunjung tetap pasar tue..sebab beli bahan basah macam ikan, daging, makanan
laut seperti udang.. Harganya pun lebih murah & segar gitu..Sayur pun
ada..Kalau kawan pejabat k.fiezz paling suka beli sayur kampung sebab kat pasar
je ada..pasaraya macam Aeon, Tesco, Giant..Susah nak cari..Kak fiezz rasa bukan
kitaorang je yang suka ke pasar untuk dapatkan bahan-bahan mentah samaada
kering ataupun basah..Semua pun suka..Sebab paling utama, harga lebih murah
sikit dari pasaraya & barangnya lebih segar..
Kempen Jom Pi Pasar
Sumber : Google
eh..dah kenapa kak fiezz cerita pasal pasar pulak ni,kan..okey,
sebenarnya nak story kat korang mengenai kempen 'Jom Pi Pasar'
ni yang di laksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..Korang tahu tak
inisiatif pihak DBKL ni untuk warga yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur khususnya terutama di kawasan perumahan awam seperti PPR (Program
Perumahan Rakyat), pihak DBKL telah mengadakan kempen 'Jom Pi Pasar' ini sejak
awal tahun 2017. Program ini dilaksanakan untuk membantu meringankan keluarga yang
berpendapatan rendah. Semasa kempen Jom Pi Pasar ni dilaksanakan di kawasan pasar yang
terpilih, kupon sebanyak RM20 diedarkan untuk membantu golongan yang kurang
berkemampuan..
Mesti nak cakap, ala RM20 je..eh..rezeki jugak tu dapat kupon
RM20..siapa nak bagi tu..Zaman ni serba serbi mahal chuolls..dan kempen ini pun
disasarkan di kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah..dan k.fiezz
layak rasanya dapat kupon tu sebab k.fiezz duduk di kawasan perumahan yang
dikategorikan itu..hehe...Nak check
la bila kempen 'Jom Pi Pasar' ni akan buat kat area rumah
k.fiezz pulak.. Nak jugak berbelanja secara berhemah di pasar..#janganjeles,
hokay..hehe
Kempen 'Jom Pi Pasar' membantu golongan yang berpendapatan rendah
Selain dari mendapatkan bahan-bahan mentah di pasar, kak fiezz suka ke
pasar kerana senang nak dapatkan produk seperti mihun, mee, kuew tiow dan banyak
lagi makanan segera (fish cake, fish ball
dan lain-lain) yang dikeluarkan atau diusahakan oleh usahawan bumiputera..Seperti
kita tahu,produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputera ni,kita dah tahu proses pembuatan produk tersebut..Jadi kita lebih yakin menggunakannya..
Secara tidak langsung menaikkan permintaan terhadap
produk keluaran bumiputera.
Eh dah tercerita pasal produk bumiputera pulak..okey, sebenarnya nak share dengan korang kempen 'Jom Pi Pasar ni, pada kak fiezz sangat-sangat wajar diteruskan dan dilaksanakan secara berterusan kerana tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Terutama buat mereka yang mempunyai keluarga besar, sumber makanan yang diperlukan juga lebih besar..Dengan harga barang yang boleh didapati dengan murah di pasar serta kupon RM20 ini, sikit sebanyak dapat mengurangkan beban ketua keluarga...Kebanyakan keluarga dari golongan berpendapatan rendah ni, hanya ketua keluarga sahaja yang mencari rezeki..manakala isteri di rumah menguruskan rumahtangga..Jadi faktor pembelian barang mentah samada basah mahupun kering, perlu dibeli mengikut bajet yang bersesuaian...
Jom pi pasar!!
Jom kongsi kenapa korang pun suka membeli bahan-bahan mentah di pasar?
53 Comments
Annur memang prefer beli barang basah dekat pasar je berbanding di hypermarket. Kat pasar tani contohnya, banyak variety barangan iks atau kita panggil sebagai produk hiliran. Secara tak langsung, kita jugak membantu naikkan bisnes orang kita.
ReplyDeleteProgram yang sebegini mampu meringankan sedikit beban bagi yang memerlukan
ReplyDeleteZaza suka kalau pergi pasar ada byk2 sayur ikn.. Meriah.. Segar2 hehe.. Dpt kupon 20 tu mcm2 sayur blh beli
ReplyDeleteWahh.... Bagusnya! Nina baru tahu ada nya program sebegini yang sangat membantu buat mereka yang memerlukan. RM20 pun besar jugak nilainya tuk pi pasar!
ReplyDeletesha suka jugak pi pasar. banyak pilihan. murah hahaha😍😍
ReplyDeleteLama dah tak pergi pasar.pasar best part pilih lauk..semua fresh2
ReplyDeleteMmg bagus sgt program mcm ni. Rm20 tu sedikit sebanyak dpt tambah sikit2 mana yg kurang kan. Oklah tu, daripada xde kan ....
ReplyDelete20 ringgit mcm2 blh beli kt pasa
ReplyDeletewow! dapat RM20 kupon percuma tu, kalau mrs pip, boleh penuh peti sejuk stok seminggu beli sayur ...
ReplyDeleteRM20 tu pegi pasar basah mcm2 gak boleh dapat. Untung la 👍
ReplyDeleteSeronok pergi pasar ni, macam-macam ada... Dapat pulak RM20, meriah!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSha suka pergi pasar beli sayur & buah. Selain murah, byk pilihan & sayur segar-segar
ReplyDeleteSelalu kalau kat pasar ni, kelebihan dia masih fresh.
ReplyDeleteDan secara tak langsung, kita support orang berniaga kat situ... Diorang pun cari rezeki... =D
Bila nk buat kat damansara pulak. Takde ke? Hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sudah pasti rakyat rasa beruntung dengan program hasil inisiatif kerajaan ini.
ReplyDeleteKita suka pegi pasar juga berbanding supermarket. Dkt pasar, kita boleh tanya mcm2 dkt penjual tu hihihi. Sesambil tu kita dpt ylg bantu penjual dkt pasar tu hehhe
ReplyDeleteBarang-barang basah memang wajib beli kat pasar sebab lagi segar dan murah. Bagus bila ada inisiatif macam ni. Bantu kurangkan beban rakyat.
ReplyDeletetu lah kak fiez baru tahu ada kempen 'Jom Pi Pasar' ni. really helpful! tq kak fiez share :)
ReplyDeleteAlhamdulilah sekurangnya meringankan beban surirumah
ReplyDeletebestnya dapat kupon RM20... boleh beli sayur untuk stok seminggu dua tu....
ReplyDeleteBagus ada kempen macam nie kan, siap dapat kupon lagi..
ReplyDeletebestnya program ini bagus sangat di adakan penduduk kl
ReplyDeleteBagus betul program macam ni dapat beri kesedaran kepada masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan.
ReplyDeletebagus inisiatif utk warga KL yg kurang kemampuan kan...walau jumlah kecil tapi kalau diaorg bijak membeli memang banyak yg boleh diaorg dapat
ReplyDeleteRM20 tu boleh dpt mcm2 jugak kalau g pasar tu..jimat juga kan..
ReplyDeleteSuka pi pasar sebab bahan mentah kat pasar lebih segar dari pasaraya..
ReplyDeleteALhamdulillah....yang kurang berkemampuan dapat merasa beli brg basah yang makin meningkat harga sekarang ni
ReplyDeleteanis klau beli brang basah memang pasar..memang bagus la mcm ni.. good info...
ReplyDeleteRM20 kalau bawa gi pasar macam2 juga boleh dibeli..
ReplyDeletebeli brg dkt pasar jaa..lg jimat..then masak dan makan dirumah..jimat hihi
ReplyDeletedi pasar semua sayurnya fresh...KG suka
ReplyDeletebest la ada pasar macam ni sebab harga lebih murah sikit & barangnya lebih segar
ReplyDeleteKena bersyukur jgk..RM20 tuh boleh beli lauk pauk untuk makan dah..bagus program macam nih. at least boleh berjimat sikit kan.
ReplyDeleteBestnyaa dapat kupon. RM 20 pun kira banyak jugak.
ReplyDeleteBeli Kat pasar lagi menarik.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat kupon RM 20 bagus juga dari tiada langsung
Syok g pasar sbb byk pilihan...
ReplyDeleteSeronok ke pasar sebab byk pilihan dan segar-segar belaka
ReplyDeleteMakanan murah kat pasar ni. Irra beli kek pon rm25. Sedap pula tu
ReplyDeleteWill share this infor to my friends.
ReplyDeleteLama juga kmi xke pasar..sejak ada baby dan anak ramai hehe
ReplyDeleteTp, pasar ni best. Semua barang FRESH
RM20 tu nampak mcm kecik nilainye tapi kalau beli sayur banyak dapat taw.hehe.
ReplyDeleteTahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak
ReplyDeleteLama juga x pergi pasar malam. Lepas ni leh pergi
ReplyDeleteRM20 tu macam-macam boleh beli. mesti seronok mereka yang terpilih dapat bantuan ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
walaupun rm20 tapi ianya sangat bernilai juga pada yang kurang kemampuan
ReplyDeleteBagus program ni. RM20 tu kira besar juga bagi orang yang memerlukan
ReplyDeletemenarik program mcm ni..kupon tu pun memang bagus sekurang2nya dapat kurangkan sedikit kos kita kan
ReplyDeleteFiez lanjer kak anaana kat pasar makan cendol buleh :)
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteBanyak juga kupon rm20 tu. Boleh beli banyak juga barang di pasar.
ReplyDeletewau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu
ReplyDeleteWoww tapiii dekat KL je kan kak fieza. Tak best la heheh
ReplyDelete