Minggu lepas kak fiezz hadir ke taklimat untuk jadi petugas pilihanraya yang akan datang ni..eh!!jangan tanya pilihanraya bila tau..Kak fiezz pun tak tahu..masa taklimat haritu, urusetia tak beritahu pun..Yang mana terpilih untuk bertugas ni dipanggil untuk dengar taklimat dan ambil surat jadi petugas pilihanraya..Ni kali kedua kak fiezz bertugas jadi petugas PilihanRaya..Kak Fiezz pernah share kat sini masa 1st time bertugas jadi petugas Pilihanraya yang sebelum ni..Kalau yang sebelum ni, kak fiezz jadi Ketua Tempat Mengundi..Kali ni kak fiezz jadi Kerani Tempat Mengundi/Kerani Mengira Undi je..Tak mo jadi ketua sebab banyak kerja..Jadi kali ni pilih jadi kerani je..Lagi best kak fiezz jadi kerani yang no.3 dalam bilik darjah tu nanti..kerani no.3 koyak kertas undi je..hehe...sonang kan..
Macamana boleh dapat jadi petugas ni?kak fiezz bagi nama kat kawan..dan kebetulan kak fiezz ada pengalaman bertugas sebelum ni, agaknya tu yang boleh dapat rasanya..Untuk bertugas PRU kali ni, kak fiezz dapat kawasan Bangsar...Senang..sebab Bangsar tempat kak fiezz membesar dulu..dari sekolah sampai la kahwin..Agak familiar la jugak kawasan Bangsar ni..Jadi lepas ni kalau ada taklimat petugas pilihanraya lagi sebelum pru sebenar, senang nak attend sebab area Bangsar..Dekat dengan rumah kak fiezz sekarang..


Lokasi taklimat PRU parlimen Lembah Pantai - Pusat Komuniti Bukit Bandaraya


Masa taklimat 


Selamber selfie masa tengah taklimat..hehe..Biasa la dengar taklimat..agak bosan sikit...

Korang dah semak ke tempat mengundi masing2..Jalankan kewajipan pada negara..cewahhh..hehe

4 Comments