Korang..Jom share, korang jaga muka macamana?Kak fiezz kebiasaanya cuma guna pencuci muka je..Lepas tu kalau rajin kak fiezz pakai mask sekali seminggu..Sebelum guna mask, kak fiezz scrub muka dulu..Then baru kak fiezz bertopeng muka..haha..Tips ni kak fiezz dapat dari salah seorang beautician masa kak fiezz buat facial kat satu pusat kecantikan masa bulan April haritu..Korang boleh BACA KAT SINI entry kak fiezz buat facial tu..

Korang tahu tak?Berapa kali seeloknya wanita2 buat facial..Mesti memasing jawab, ikut bajet kan..Betul tu..Kak fiezz kalau nak buat facial ni memang tengok bajet dulu..Kalau ada bajet lebih, boleh la menjenguk kat mana2 pusat rawatan kecantikan..Kalau bajet tak berapa nak mandang (bak kata orang Perak), duk je la senyap kat rumah..Kita buat la sesi penjagaan muka sendiri kat rumah..Macam kak fiezz ni..Sebab kak fiezz ni kaki mekap tapi tak ada la mekap yang heavy sangat tu..Basic makeup bak kata orang putih..Tepek foundation, loose powder..Lepas tu pakai eyeshadow sikit2 (warna pilihan kak fiezz pun yang jenis nampak tak nampak je), blusher, lukis kening, eyeliner & liptik..Dah siap!!Nampak macam simple je, kan..Padahal banyak jugak step tu..hehe..Jadi bila dah tepek banyak sangat menda kat muka, kalau dibiarkan muka jadi kusam sebab sisa mekap yang tertinggal di belah lapisan dalam kulit masih ada..Solution kak fiezz buat sesi pakai scrub & mask di rumah..Scrub ni fungsinya untuk menanggalkan segala sel kulit mati, membersihkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori dan memberi kulit bernafas serta membolehkan kulit kita menerima nutrisi dan khasiat produk kecantikan yang kita guna seperti losyen, pelembap dan lain-lain..Untuk kesan jangka panjang, kulit kita akan sentiasa halus..

Mask pulak berfungsi untuk membuang sel kulit mati, melembapkan kulit. Untuk kesan jangka panjang, konsisten dalam pemakaian masker kerana boleh menjadikan kulit lebih lembut, licin, gebu, menegangkan kulit muka serta juga melambatkan proses kedutan..hah!!part lambatkan proses kedutan tu mesti ramai suka..Kak fiezz pun..


Meh bagi setepek gambar kak fiezz ber'topeng..Selalu tepek gambar cun je, kan..Nah kak fiezz tepek gambar kurang cun pulak.. :D..

Mask kak fiezz guna yang ni..KLIK kat SINI...





Yang ni kak fiezz sapu minyak argan waktu malam sebelum tidur

Waktu malam sebelum tidur kak fiezz sapu minyak argan pulak..Tapi yang sapu ni tak konsisten sebab kadang kalau ingat, sapu..Kalau lupa harap maklum..Kak fiezz ni ada habit..Kalau waktu malam tengok tv sambil baring lepas tu mmg tv la tengok kak fiezz..Jadi kalau nak pakai minyak argan ni kena sebelum kak fiezz baring..Kalau tak, sedar2 dah pukul 6pagi je...Selalu macam tu...Jimat minyak argan kak fiezz sbb jarang guna..haha...

Apa fungsi MINYAK ARGAN?

>>  Mengurangkan kedutan, memudarkan parut serta mengembalikan keanjalan kulit dan meningkatkan pembinaan semula sel2 kulit yang sihat..

Minyak argan ni boleh guna untuk rambut, kuku, badan selain dari muka cuma fungsi yang kak fiezz kongsi atas ni untuk part muka je la yea sebab kak fiezz fokus pada bahagian situ...

Rupa kak fiezz tetap gitu je cuma nak jaga untuk mengelakkan kulit kusam, kasar dan melambatkan proses kedut2 itu..hehe...maklum la dah berusia..Lagipun kak fiezz bekerja penampilan kena titik beratkan..Eh tak semestinya wanita berkerja je kena jaga, yang tak bekerja pun kena juga..Biar berseri sikit jadi en.suami balik rumah pun senang hati tengok bini kulit floles gitu...

4 Comments

  1. Siapa kata kat rumah xleh manjang diri kan

    ReplyDelete
  2. Rabia kalau dekat rumah.rabia pakai moisturezer,pelembab,pencuci muka,Face relaxing treatment (fellera),nivea.Nivea creme tu rabia sapu jugak dkt muka tau.

    ReplyDelete
  3. wah..nak bli jgk la minyak argan ni..banyk kebaikannya..:)

    ReplyDelete