Me Time Di Rumah Dengan SkinFood Egg White Pore Mask

10:10

SkinFood Egg White Pore Mask

Kak fiezz ni part penjagaan muka tak berapa sangat..eh!!tak la langsung tak jaga..maksud kak fiezz..sebelum2 ni tak ada la kak fiezz layan mask-mask ni..leceh pulak rasa nak tepek2 kat muka mask ni..Tapi bila sedor diri usia dah makin meningkat, penjagaan muka tu kena extra patutnya..Jadi moh la kita letak mask kat muka..Pore Mask  ni kak fiezz beli kat website hermo tahun lepas..Ha'ah beli tahun lepas..tapi jarang2 guna..haha..Ni baru rajin nak cuba dan buat entry kat blog....Masa beli ni, tengok gambar dia, kandungan dari putih telur..menarikss..kalau try google pun, ada petua untuk buat mask guna putih telur sebab banyak khasiat dengan putih telur ni untuk kulit..Kalau rajin boleh buat sendiri..Tapi kak fiezz beli yang dah siap je..



Fungsi SkinFood Egg White Pore Mask


Untuk menghilangkan kekotoran dalam liang pori kita dari bekas mekap yang kita guna seharian..Selain berfungsi untuk mengecilkan liang pori kulit, merawat jerawat, mengatasi kulit kering dan awet muda..Seperti yang korang sedia maklum kita kaum perempuan ni, setiap hari wajib gunakan bedak/foundation dan mekap..Tapi tahu tak korang, walaupun dah dibersihkan dengan pencuci mekap tetapi tak bersih sepenuhnya 100%..Pada belah luar sahaja yang bersih tetapi bahagian dalam, masih ada sisa mekap tadi..Jadi mask ni berfungsi menanggalkan sisa yang tertinggal jauh dalam liang pori kita...Lepas sesi mask ni, korang boleh rasa kulit lebih licin macam kulit baby gitu..Pakar kecantikan yang kak fiezz pernah buat facial, ada berkongsi info..Katanya lebih elok guna loose powder dari compact powder sebab loose powder tak menyebabkan liang pori muka kita tersumbat berbanding compact powder..dan hasil nasihat dia tu, kak fiezz guna loose powder sekarang..hehe..

Waktu bila nak guna MASK  ni?

Masa kak fiezz buat facial di satu pusat kecantikan, kak fiezz ada tanya pada pakar kecantikan kat situ..Dia cadangkan setiap kali lepas kita scrub muka, kita guna mask.. Nak senang ingat..Setiap kali lepas scrub je, mesti guna mask..

Cara Guna SkinFood Egg White Pore Mask

Cuma calitkan di beberapa bahagian muka..Ratakan keseluruhan & biarkan selama 10-15 minit..Selepas tu, boleh la di cuci..

You Might Also Like

5 Comment

  1. menarik ni..rabia dulu pun tak jaga sgt bab muka ni..skrg jagalah.. <3 nak cantik kan..kena usaha hehhe

    ReplyDelete
  2. Bestnya Fieza..lama dah x me time kat rumah...nak buat la weekend ni...

    ReplyDelete
  3. Mesti ringan je hidung Tu bila dh pakai ni kan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    ReplyDelete