Pelbagai Fungsi Handmade Wristlet Baru Ni
Handmade wristlet baru kak fiezz..Handmade wristlet gitu..Senang guna wristlet ni..Boleh sumbat segala kad, handphone dalam satu beg je..Haritu masa beli, cadangnya nak letak handphone sebab time lunch kak fiezz pegang handphone & purse gitu je bila nak beli makanan kat cafe..Risau kot terjatuh ke apa kan handphone tu..Dah la handphone dah hint nak bermasalah..Kak fiezz mencari la wristlet..Kebetulan pulak ternampak kawan kak fiezz post handmade wristlet dia dalam facebook..Suka la weiii..Terus kak fiezz tanya harga..Okey, reasonable sebab buatan tangan..Untuk kak fiezz okey je pasal harga..Lepas tu Kak fiezz terus pilih kain untuk wristlet ni.. Kak fiezz nak corak abstrak..tak nak la corak kartun-kartun..tak berapa berkenan..Kawan kak fiezz bagi pilihan corak kain..Mula-mula corak yang kawan kak fiezz bagi tak berapa nak menepati sangat citarasa kak fiezz..Mungkin orang lain suka..Kak fiezz tak..Citarasa kita berbeza...So kak fiezz request nak corak abstrak..Nasib baik kawan..Kalau tak, mesti kawan kak fiezz angin nak layan request kak fiezz yang ngengada ni..hehe..Lepas tu kawan kak fiezz bagi corak yang dalam gambar ni tapi ada beberapa pilihan warna..Rambang mata jap nak pilih warna apa..So, biasa la kak fiezz..suka ambil warna selamat bak kata officemate kak fiezz..kak fiezz pilih yang dalam gambar ni..Sekejap je kawan kak fiezz buat..rasanya dalam masa seminggu dah siap..kak fiezz order 4hb April, 2017 & 7hb April 2017 dia dah pos pada kak fiezz..Oo..lupa pulak nak infrom kawan kak fiezz ni memang tailor..Dia pandai jahit..Dia memang ambil tempahan macam-macam yang berkaitan dengan bidang jahit-menjahit ni..Nanti kat bawah kak fiezz bagi IG / FB dia..pi la terjah..Macam2 jenis beg dia jahit..tabik spring kat dia sebab pandai menjahit..kat rumah kak fiezz walaupun ada mesin jahit memang krik krik la..kak fiezz tak minat nak menjahit...hehe...
Cantik tak?Ni la purse merangkap wristlet kak fiezz..Insyaallah, tak hilang sebab ada nama tu..hehe
Letak la segala-gala kad dalam tu..siap buku bank..handphone..multifunction betul..Suka suka suka...
Ni social media kawan kak fiezz yang buat handmade wristlet ni..Kot la ada yang berkenan ke, kan..hehe
Facebook ~ NurMaialina Llimin
Instagram ~ inahaireina
3 Comments
Cantiknya kak. Eiffel Tower lagi. :)
ReplyDeleteMenariknya :)
ReplyDeletecantiknya kak fieza
ReplyDelete