PRODUK NEUTROGENA


Set penjagaan muka terbaru yang kak fiezz fall in love sangat...Tengok tajuk entry pun dah tau..Kenapa?Jom baca..Baru2 ni sebagai Neutrogena Beauty Squad kak fiezz terima 1 set penjagaan muka neutrogena Happy Skin 24/7 yang terdiri dari Deep Clean Cleansing Oil to Foam / Deep Clean Foaming Cleanser & Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub untuk kulit normal. Antara 3 ni paling kak fiezz suka Deep Clean Cleansing Oil to Foam..Sebab ia berfungsi 2 dalam 1..Make up remover  & pencuci muka..Serius suka sangat weii..Baru tahu ada produk yang berfungsi 2 dalam 1 macam ni..Nampak benor ketinggalan kak fiezz ni..hehe..Kak fiezz sekarang ni memang suka mekap kalau ke pejabat atau keluar berjalan-jalan..Kalau kat pejabat tak ada masalah, boleh guna je make up remover tapi kalau keluar?Kan ke payah nak bawa pencuci muka, make up remover..eh!!berat beg tau..Jadi bila kak fiezz diperkenalkan dengan Deep Clean Cleansing Oil to Foam yang boleh bertindak dwifungsi..memang buat kak fiezz jatuh hati sangat...Bagi kak fiezz produk ni jimat dan memudahkan untuk di bawa dalam beg terutama kalau kita travel..Minggu ni kak fiezz shortvacay, jadi memang wajib bawa..Dari pengalaman Kak fiezz yang dah mencuba Deep Clean Cleasing Oil to Foam ni hampir 2 minggu, memang best sangat sebab mudah nak tanggalkan mekap sebab ia membersihkan & menanggalkan segala sisa mekap, kotoran serta minyak yang melekap pada muka kita..Masa guna ni, dia akan berminyak pada awal sapuan & selepas lama sikit, ia akan berbuih untuk membersihkan muka dengan lebih mendalam & berkesan..Selalunya bila dia dah berbuih sikit, kak fiezz akan campur dengan air...Warna Deep Clean Cleasing Oil to Foam jernih & bau dia wangi sebab mengandungi ekstrak rosemary yang kaya dengan nutrien & anti oksidan..Lepas cuci muka dengan Deep Clean Cleasing Oil to Foam ni, cuba cubit pipi sendiri...Mesti rasa nak pegang je selalu..

Selain dari Deep Clean Cleasing Oil to Foam ni, dua lagi produk yang ada dalam set ni iaitu Deep Clean Foaming Cleanser Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub berjaya menarik minat kak fiezz untuk terus kekal dengan Neutrogena..Tambahan pula selepas kak fiezz gunakan sendiri, hasilnya sangat memuaskan hati..Seperti Deep Clean Foaming Cleanser, ia berfungsi untuk menghilangkan segala kekotoran, minyak serta sel2 kulit mati pada kulit dan mengawal pengeluaran minyak untuk mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit supaya kulit lebih segar & sihat..Bau dia pun wangi & menenangkan...Untuk Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub, kak fiezz suka sebab berfungsi untuk menghapuskan segala blackhead & mengelakkan ia untuk berulang semula..Ia bertindak menembus jauh ke dalam liang untuk menghapuskan minyak berlebihan & bintik hitam yang degil..Kak fiezz dah try scrub & rasa best sangat lepas sesi scrub..Kulit terasa licin & segar..Kak Fiezz akan terus menggunakan Neutrogena sebab produk Neutrogena adalah Dermatologist testedOil free HypoallergenicNon-Comedogenic..Kak fiezz percaya produk Neutrogena boleh memberi kak fiezz kulit yang bukan sahaja segar tetapi sihat..Nak jelita macam duta Neutrogena yang baru iaitu pelakon terkenal Nicole Kidman walaupun beliau dah berusia..eh!!orang perempuan ni kena jaga penampilan tau..Jadi perkara pertama yang harus dititik berat adalah wajah..1st impression selalunya dari wajah, jadi kulit wajah yang sihat akan memberi kita keyakinan yang tinggi terutama kalau kerja kita perlu berhadapan dengan orang ramai setiap hari..Cewah...tetiba feeling pakar kecantikan dah ni...hehe

Set Penjagaan Muka Neutrogena (Kulit Normal)


Deep Clean Cleasing Oil to Foam 142ML (RM44.90)
Deep Clean Foaming Cleanser 100G (RM18.70)
Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub 100G (RM23.70)

Deep Clean Cleansing Oil to Foam



    CARA PENGGUNAAN KAK FIEZZ ~

www.fiezasani.xyz

1. Pump sikit Deep Clean Cleansing Oil to Foam atas tapak tangan
2. Calit pada muka & kemudian ratakan pada keseluruhan muka untuk cuci kesan mekap, kotoran & minyak..
3. Sikit berminyak masa mula-mula & kemudian akan bertukar kepada buih..Masa ni campur sikit air & gosok muka sehingga bersih.
4. Cuci muka dengan air..dan lap..Cuba cubit pipi sendiri lepas cuci, mesti suka...bau dia pun best..

Jom tengok video amatur kak fiezz menggunakan produk neutrogena deep clean cleansing oil to foam ni..Sorry..tak berapa pandai sangat buat video..haha..#siscuba...

6 Comments

  1. Wahhh pasni makin berseri2 la muka jawabnya... Best tak produk ni??

    ReplyDelete
  2. Dulu pun pernah guna pencuci muka neutrogena ni ;) mmg best

    ReplyDelete
  3. Saya pun fall in love ke tiga2 nya...best sgt pakai

    ReplyDelete
  4. Saya pun fall in love ke tiga2 nya...best sgt pakai

    ReplyDelete
  5. Semuanya best2 kan. Tapi suka yang Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub ☺

    ReplyDelete