Mee Goreng Basah

Resipi dari FB..tapi aku dah olah sikit bahan-bahan..Kalau ikut menu asal, sotong..tapi aku tukarkan dengan fish cake..selain tu ada sayur tauge & tomato..tapi aku tak guna sebab dua2 tak de stok kat rumah..Kita guna apa yang ada je la..

Antara Bahan Utama : ~ 
 
**Kicap Manis
**Sos Tiram
**Garam (kalau nak letak)

Cara Masak : 

 1) Tumis bahan blend (cili kering, bawang merah & bawang putih) hingga naik minyak.

2) Masukkan sedikit air, kalau suka mee basah2.. 

3) Masukkan fish cake, biar seketika..Baru masukkan telur..

4) Selepas agak sebati, masukkan sawi..biar masak..baru masukkan mee..

5) Letak sos tiram, kicap manis & perasakan dengan garam..Gaul2 sehingga sebati & SIAP!! 

 Komen mr hubby, mak & abah ~ sedap..kembang kempis hidung..ahaks!!!